Sunday, October 9, 2011

Tuesday, October 4, 2011

Kampung Kota Lama (Telapak Waris Kg Kota)

Asalnya merupakan sebahagian daripada Hutan Gombira atau Gombirah.

1502 :

  • Hutan Gombira diteroka oleh Batin Pak Nilu (ipar Batin Sekudai) dan diberi nama Kampung Gombira.
  • Pokok merbau ditebang dengan bantuan Batin Cepa (ayah Batin Pak Nilu dan mertua Batin Sekudai) dari Rasah. Batin Cepa meninggal dunia dan dikebumikan di sini.
  • Nama Rembau ditukar dari Perabu kepada Merbau Tua.

1504 :

  • Datuk Leteh dan Tok Bungkal binti Batin Sekudai pindah ke sini dari Kampung Lada.
  • Tok Bungkal menukar nama kampung ini kepada Kampung Kotor.

1515/16 :

  • Datuk Lela Balang dan orang-orangnya sampai ke Kampung Kotor melalui Johor.
  • Datuk Lela Balang berkahwin dengan Tok Bungkal.

1516/17 :

  • Si Rama (Penghulu Rembau pertama) dilahirkan
  • Si Rama dikerjankan sebagai Penghulu Rembau
  • Si Rama berkahwin dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam.

Makam lama batu nesan Acheh yang telah rosak dan patah

Telapak Ibu Soko Waris Kampung Kota

Sumber: Nagari Nan Tuo: Klik untuk maklumat lanjut

STRUKTUR PENTADBIRAN PERUT KG KOTA




BUAPAK
YM Dato' Samaraja Dzulkefli bin Ismail

Besar Waris Perut Darat
Suhaimay bin Hamzah
Tok Penghulu Menteri

Besar Waris Perut Baruh
Dato' Shahazmi bin Abd Samad
Tok Baginda Kaya

Besar Waris Perut Tengah
(Kosong)
Tok Demosa

Besar Waris Perut Hulu
Mohd Khalit bin Aman
Tok Memperang

Besar Waris Perut Hilir
Fariza bin Hussein
Tok Laksemana

Monday, October 3, 2011

Struktur dan Organisasi Sosial

Masyarakat adat Negeri Sembilan dikelompokkan kepada beberapa Suku. Setiap suku dapat dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil yang dinamakan Perut. Setiap perut pula dibahagikan kepada beberapa kelompok Ruang, yang mengandungi beberapa Rumpun.

SUKU

Masyarakat adat perpatih dikelompokkan kepada 12 suku iaitu:

Biduanda

Paya Kumbuh

Tiga Nenek

Batu Belang

Tiga Batu

Semelenggang

Selemak

Mungkal

Tanah Datar

Batu Hampar

Anak Melaka

Anak Acheh.

Bilangan ini pada umumnya berubah dari satu Luak ke Luak adat yang lain. Contohnya Luak Rembau, Jumlah sukunya adalah 27, Luak Jelebu 12, Luak Johol 11, Luak Jempol 12 dan sebagainya. Setiap suku ini mempunyai seorang ketua yang dikenali sebagai Lembaga. Suku merupakan satu kelompok kekeluargaan yang dianggap besar dalam masyarakat adat perpatih. Mereka yang menganggotai sesuatu suku itu dipercayai berasal dari moyang yang sama. Namun garis salasilah yang berpuncakan moyang tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat dan jelas. Walau bagaimanapun ahli sesuku menganggap diri mereka sebagai adik-beradik dan oleh itu rasa kesatuan di antara mereka adalah kuat dan teguh. Keadaan hidup komunal dan korporat di kalangan ahli-ahli sesuku tergambar dalam perbilangan berikut:

Sikap dan nilai yang tergambar dalam perbilangan tersebut telah dan perlu dipatuhi kerana setiap perilaku seseorang ahli, samada baik atau buruk, akan memberi kesan secara langsung kepada seluruh suku.Keahlian dalam suatu suku adalah kekal sepanjang hidup seseorang. Keanggotaan suku adalah berdasarkan dua perkara berikut:

KELAHIRAN

UPACARA KADIM

Penentuan suku adalah mengikut suku ibu. Sekiranya seorang perempuan itu dari suku Tiga Nenek berkahwin dengan lelaki dari suku Tanah Datar maka anak-anak mereka akan mewarisi suku ibu mereka iaitu suku Tiga Nenek.

Keanggotaan suku melalui upacara berkadim pula mempunyai kaitan dengan upacara menganak angkat. Upacara ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu berkadim pinang sebatang (yang dilakukan kepada diri seorang individu lelaki) dan berkadim aur serumpun (yang dilakukan kepada diri seorang perempuan)

Dalam keadaan tradisi, suku adalah unit dasar dari segi kediaman, kekeluargaan dan pengelompokan para pemilik harta. Kesatuan di dalam suku di ikat oleh persamaan nilai dasar yang terkandung di dalam kesatuan suku. Setiap individu mempunyai suku masing-masing dan hanya boleh menjadi anggota satu suku sahaja.

PERUT
Setiap suku dipecahkan kepada kelompok yang lebih kecil dinamakan Perut. Bilangan perut dalam setiap suku adalah tidak sama. Perut merupakan kelompok kekeluargaan yang berasal dari. hubungan kekeluargaan keturunan satu moyang yang sama. Hubungan kekeluargaan antara perut adalah lebih jelas berbanding hubungan kekeluargaan dalam satu suku. Kerjasama di kalangan ahli perut adalah perlu terutama sebelum sebarang upacara ritual dijalankan. Oleh itu, sebelum menjalankan sebarang aktiviti sosial, ekonomi ataupun politik, ahli seperut akan dikumpulkan dalam satu majlis yang dinamakan berkampung bagi membincangkan masalah atau keputusan yang perlu dilaksanakan untuk mencapai kepentingan bersama. Adat istiadat ini kebiasaannya diketuai oleh Lembaga Suku atau Buapak. Buapak merupakan kepala yang mengetuai kelompok kekeluargaan Perut.

RUANG
Perut yang dibahagikan kepada beberapa bahagian yang lebih kecil pula dikenali sebagai Ruang. Ruang kebiasaanya mempunyai kelompok kekeluargaan yang berasal dari satu nenek. Hubungan kekeluargaan dalam satu ruang adalah lebih rapat berbanding anggota-anggota dalam satu perut dimana setiap anggota ruang sentiasa ziarah menziarahi dan saling bertemu terutamanya dalam kenduri kecil-kecilan. Setiap kegiatan yang diadakan oleh anggota ruang perlulah dilakukan secara bersama dan sekiranya ahli berkenaan berada diluar kawasan, adalah menjadi beban tugas Besar (Besar merupakan ketua kelompok Ruang) untuk menjemputnya. Di samping itu, sekiranya ahli berkenaan tidak dapat hadir, menjadi tanggungjawabnya sendiri untuk memohon maaf dan membuat pengakuan bahawa beliau akan bersetuju dan patuh terhadap sebarang keputusan yang akan dicapai semasa istiadat berkampung nanti.


RUMPUN
Kelompok yang lebih kecil daripada ruang adalah Rumpun. Beberapa buah rumpun membentuk satu kelompok kekeluargaan ruang. Kebiasaannya, kelompok kekeluargaan rumpun mempunyai hubungan keluarga yang luas iaitu sekurang-kurangnya terdiri daripada tiga generasi. Memandangkan bilangan anggota dalam sesebuah rumpun itu adalah kecil (jarang melebihi 50 orang), maka hubungan di antara mereka adalah amat rapat dan sering berjumpa dalam kehidupan harian. Ketua bagi Rumpun dikenali sebagai Kadim atau pun Tua Rumpun.

Sumber: Pusat Internet Desa Kota

ASAL USUL NAMA REMBAU


REMBAU merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang banyakmenyimpan sejarah kedatangan orang­-orang Minangkabau di NegeriSembilan. Malah Rembau menjadi tempat berkumpulnya orang­-orang Minangkabau untuk memulakan penghidupan baru di tanah melayu.

Nama Rembau diambil dari nama sejenis pokok yang bernama Merbau. Kisah bermula apabila sekumpulan orang asli terjumpa sebatang pokok Merbau yang amat besar dan tinggi menjulang. Pokok tersebut tumbuh di kaki Gunung Datok. Adapun Gunung Datok itu banyak menyimpan kisah sejarah dan kini orang ramai suka mendakinya sebagai salah satu
aktiviti mendaki gunung.

Nama Rembau bermula dari peristiwa sekumpulan orang-­orang asli yang diketuai oleh Batin Sekudai hendak membuat penempatan baru dikaki Gunung Datok. Semasa membuat kerja menebas dan menebang dalam usaha membersihkan kawasan tersebut mereka terjumpa
sebatang pokok yang amat besar dan tinggi menjulang. Setelah bebincang akhirnya mereka membuat keputusan menebang pokok Merbau itu kerana kawasan tersebut hendak dijadikan tempat kediaman. Mereka bimbang pokok yang besar itu akan membahayakan keselamatan mereka.

Maka mereka pun menebang pokok Merbau tersebut secara bergilir-­gilir dengan menggunakan kapak dan beliung. Mereka berkerja siang dan malam selama tujuh hari tujuh malam. Tetapi apa yang menghairankan mereka ialah pokok tersebut masih juga tidak mahu tumbang.

Setelah genap tujuh hari tujuh malam mereka berusaha untuk menumbangkan pokok Merbau tersebut tetapi masih tidak berjaya, akhirnya mereka mengadukan perkara itu kepada seorang Bomoh yang paling handal di kalangan mereka. Dan setelah bomoh itu melihat pokok tersebut maka bomoh itu menyuruh orang­-orang asli itu mendaki Gunung Datok hingga sampai ke kemuncak. Kemudian mereka hendaklah meminta izin dari penunggu Gunung tersebut untuk menebang pokok Merbau tua itu.

Esoknya beberapa orang asli mendaki Gunung Datok dengan membawa pelbagai persembahan untuk diberikan kepada penunggu yang dipercayai berada di puncak gunung tersebut. Setelah sampai di puncak Gunung Datuk, mereka pun menyeru nama penunggu gunung itu sambil meminta kebenaran untuk menebang pokok Merbau tua yang tumbuh di kaki gunung itu. Setelah selesai mereka pun pulang ke rumah masing­-masing.

Pada malamnya turunlah hujan lebat bersama ribut kencang. Dan pada keesokan paginya mereka beramai­-ramai keluar dari rumah masing­ masing menuju ke pokok Merbau tua itu untuk meneruskan kerja penebangan.

Tetapi alangkah terperanjatnya mereka bila melihat pokok Merbau tua yang amat besar dan tinggi itu sudah pun tumbang menyembah bumi. Mereka amat hairan melihat pangkal pokok yang begitu besar dan untuk mengukur lebarnya mereka duduk bersila di perdu pokok itu. Khabarnya setelah 40 orang duduk bersila barulah penuh pangkal pokok Merbau yang ditebang itu.

Mereka menjamu selera sambil bersuka ria menandakan sudah berjaya menumbangkan pokok yang paling besar itu. Sebahagian dari mereka menyusuri batang pokok itu untuk mencari pucuknya. Khabarnya pucuk pokok Merbau yang tumbang itu sampai ke sebuah sungai lalu Sungai itu dinamakan Sungai Ujung.

Dan kawasan pangkal pokok itu mereka namakan Kampung Merbau Tua. Untuk meringkaskan sebutan mereka sebut " Kampung Merbau" sahaja dan akhirnya bertukar menjadi Rembau sahaja. Menurut ceritanya, sekumpulan orang­orang Minangkabau yang datang dari Pagar Ruyung Sumatera Barat telah datang ke Rembau dengan tujuan mengembangkan agama Islam di samping berniaga.

Oleh kerana orang­-orang asli disitu menyambut kedatangan mereka dengan baik lalu mereka mengambil keputusan untuk menetap di situ malah ramai yang berkahwin dengan penduduk tempatan. Datok Lela Balang iaitu ketua orang­orang Minangkabau telah membuka sebuah penempatan baru berhampiran kampung Merbau Tua dan kampung yang baru dibuka itu dinamakan Kampung Kota. Kampung tersebut masih ada hingga sekarang.

Adik Datok Lela Balang pula membuka sebuah penempatan lagi lalu dinamakan Kampung Padang Lekuk. Sejak itu semakin ramailah orang­ orang Minangkabau datang ke Rembau dan orang-­orang asli pula meninggalkan tempat itu untuk membuat penempatan baru.

Menurut ceritanya lagi, Raja Melewar dari Pagar Ruyung Minangkabau datang ke Negeri Sembilan melalui Sungai Rembau lalu bersemayam di Kampung Penajis, tidak jauh dari Kampung Kota. Kemudian baginda mendirikan sebuah istana lalu dinamakan Kampung Istana Raja.

Apabila istana itu terbakar maka didirikan sebuah istana baru di Seri Menanti. Dan hingga sekarang Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan bersemayam di Istana Besar Seri Menanti. Adapun nama­-nama kampung seperti Kampung Kota, Kampung Penajis, Kampung Istana Raja dan Kampung Sawah Raja masih kekal namanya sehingga sekarang.

RUMAH MELAYU NEGERI SEMBILAN







Rumah dan perkampungan merupakan salah satu peralatan budaya yang penting dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Ianya juga menjadi asas kepada kajian sosio-budaya masyarakat tersebut.

Rumah dan pembinaannya dapat menggambarkan satu bentuk budaya bagi orang yang mendiaminya. Di Negeri Sembilan, reka bentuk rumah orang Melayu agak unik yang melambangkan keunikan masyarakat adat perpatih yang diamalkan oleh orang-orang Negeri Sembilan.

Rumah Melayu Tradisional mempunyai daya tarikan yang tersendiri di mana setiap binaan dan struktur asas rumah seperti tiang, bumbung, bendul, tingkap dan tangganya dikatakan dibina dengan mewakili pelbagai maksud yang tersendiri. Senibina rumah berkenaan sering dikaitkan dengan sifat kreatif masyarakat melayu dan hubungan mereka yang sangat erat dengan alam sekitar.

Sekiranya kita melangkah ke Negeri Sembilan pasti kita bertemu dengan rumah orang Melayu yang hampir serupa bentuknya. Di Taman Seni, Seremban terdapat sebuah model rumah Melayu Negeri Sembilan yang telah tua usianya. Namun dalam ketuaan usianya itu, banyak rahsia sejarah silam tersimpan.

Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini telah dibina pada tahun 1921. Ianya juga menggambarkan corak seni bina rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan secara keseluruhannya. Model rumah Melayu ini pada asalnya terletak di atas tanah tinggi di persimpangan Jalan Tasik dan Jalan Dunman dalam bandar Seremban sebelum dipindahkan ke Taman Seni Negeri Sembilan.

Sebagaimana rumah Melayu Negeri Sembilan lazimnya, model rumah Melayu Negeri Sembilan ini juga menyamai reka bentuk rumah adat Minangkabau. Ini merupakan pengaruh yang jelas ke atas rumah-rumah Melayu Negeri Sembilan keseluruhannya. Dan sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, kerana kebanyakan orang-orang Melayu Negeri Sembilan adalah berasal dari Minangkabau.

Jika ditinjau dengan teliti dan mendalam mengenai konsep binaan rumah Melayu Negeri Sembilan, ia begitu lengkap dari segi susunan dan perancangannya. Dengan memfokuskan kepada model rumah Melayu Negeri Sembilan, kita dapati ianya meniru reka bentuk Minangkabau. Ia mempunyai bumbung panjang dan lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit. Seperti rumah Melayu lain ia juga mempunyai rumah ibu, atau rumah tengah serambi serta loteng dan pada dindingnya mempunyai ukiran-ukiran yang menarik sekali. Antara ciri lain adalah berlantai tinggi dari tanah dan bertangga kayu.

Model rumah Melayu Negeri Sembilan ini diperbuat daripada kayu yang bermutu tinggi dan atapnya juga daripada kayu. Rumah ini juga agak sederhana besarnya iaitu 17.8 meter x 2.7 meter panjang dan 7.8 meter x 0.9 meter lebar. Ia mempunyai 16 batang tiang utama; justeru itu ia juga dikenali sebagai Rumah Tiang 16.

Seperti rumah-rumah Melayu tradisional, rumah ini juga diserikan dengan ukiran-ukiran yang menarik pada bahagian hadapan rumah. Ukiran ini menambahkan lagi mutu seni rumah tersebut yang bukan sahaja kukuh dari segi binaannya tetapi juga indah dan bernilai dari segi reka bentuk seninya. Oleh sebab itulah Model Rumah Melayu ini telah dipamerkan di London pada tahun 1924 dalam Pameran Great Wembly. Kini model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini masih berdiri tegak di Taman Seni Negeri Sembilan sebagai bangunan sejarah untuk tatapan generasi akan datang.

Berhampiran dengan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan ini, terdapat sebuah lagi bangunan lama yang iaitu Istana Ampang Tinggi. Istana Ampang Tinggi juga merupakan istana yang mempunyai pengaruh reka bentuk Minangkabau. Ia berbumbung panjang dan lentik. Selain daripada reka bentuknya, keindahan atau seni ukiran yang terdapat di dinding, pintu, tangga dan lain-lain bahagian istana ini juga merupakan keistimewaannya. Istana ini juga dibina tanpa menggunakan paku besi.

Kebanyakan ukiran-ukiran yang terdapat di Istana ini mempunyai motif-motif tertentu khususnya motif awan larat, bunga semantung, bunga tampuk manggis dan berbagai-bagai jenis motif bunga-bungaan. Sesungguhnya ukiran-ukiran ini melambangkan ketinggian mutu seni ukiran dan budaya Melayu sendiri.

Istana ini juga mempunyai loteng, iaitu salah satu ciri bagi rumah-rumah Melayu tradisional Negeri Sembilan. Di bahagian ini biasanya merupakan tempat menyimpan barang-barang berharga dan juga tempat beradu puteri-puteri.

Istana Ampang Tinggi ini telah dibina pada masa pemerintahan Yamtuan Ulin (Yamtuan Imam), Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kelima di antara tahun 1861-1869. Istana ini pernah menjadi tempat bersemayam Tunku Muhammad, Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan Ketujuh. Bagaimanapun pada tahun 1928, Istana ini tidak menjadi tempat bersemayam baginda lagi dan ianya dijaga oleh kerabat-kerabat baginda. Pada tahun 1953 Istana ini dipindahkan ke Seremban dan dijadikan Muzium Negeri.

Kedua-dua bangunan Model Rumah Melayu Negeri Sembilan dan Istana Ampang Tinggi ini kini menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke Taman Seni Negeri Sembilan. Sesungguhnya bangunan-bangunan tersebut merupakan hasil seni bina orang-orang Melayu yang mempunyai kreativiti yang tinggi dan ianya memancarkan sifat warisan budaya nenek moyang dahulu. Hasil seni yang bermutu itu lahir dari proses evolusi; dibentuk oleh zaman dan di dalamnya tersirat dan terjalin aspek budaya Melayu yang menjadi kebanggaan generasi kini.


Sumber: Arkib Negara Malaysia

Sunday, October 2, 2011

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Adat Perpatih

Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang. Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum. Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan di bahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

Negeri Melayu lain berpegang pada Adat Temenggong. Tetapi Datuk Perpatih dan Datuk Temenggong adalah dua bersaudara di Sumatera dan terus berkembang di Malaysia. Kesultanan Melaka pada kurun ke-15 menjadikan Adat Temenggong menjadi dominan di Alam Melayu. Raja Melaka memberi perlindungan kepada penghijrah dari Minangkabau untuk menetap di Naning. Selepas Portugis menguasai Melaka, perlindungan itu dilanjutkan oleh Kesultanan Johor sebagai pewaris Kesultanan Melaka.

Adat Minangkabau

Orang Minangkabau terkenal dengan adatnya yang kuat. Adat sangat penting dalam kehidupan masyarakatnya. Oleh karena itu dalam petatah Minangkabau diungkapkan, hiduik di kanduang adat. Maka, ada empat tingkatan adat di Minangkabau.

1. Adat Nan Sabana Adat
Adat nan sabana adat adalah kenyataan yang berlaku tetap di alam, tidak pernah berubah oleh keadaan tempat dan waktu. Kenyataan itu mengandung nilai-nilai, norma, dan hukum. Di dalam ungkapan Minangkabau dinyatakan sebagai adat nan indak lakang dek paneh, indak lapuak dek hujan, diasak indak layua, dibubuik indak mati atau adat babuhua mati. Adat nan sabana adat bersumber dari alam.

Pada hakikatnya, adat ini ialah kelaziman yang terjadi sesuai dengan kehendak Allah. Maka, adat Minangkabau tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Hal itu melahirkan konsep dasar pelaksanaan adat dalam kehidupan masyarakat Minangkabau, yakni adat basandi syarak, syarak basandi kitabullah dan syarak mangato, adat mamakai. Dari konsep itu lahir pulalah falsafah dasar orang Minangkabau yakni alam takambang jadi guru.

Adat nan sabana adat menempati kedudukan tertinggi dari empat jenis adat di Minangkabau, sebagai landasan utama dari norma, hukum, dan aturan-aturan masyarakat Minangkabau. Semua hukum adat, ketentuan adat, norma kemasyarakatan, dan peraturan-peraturan yang berlaku di Minangkabau bersumber dari adat nan sabana adat.

2. Adat Nan Diadatkan
Adat nan diadatkan adalah adat buatan yang dirancang, dan disusun oleh nenek moyang orang Minangkabau untuk diterapkan dalam kehidupan sehari-hari. Aturan yang berupa adat nan diadatkan disampaikan dalam petatah dan petitih, mamangan, pantun, dan ungkapan bahasa yang berkias hikmah.

Orang Minangkabau mempercayai dua orang tokoh sebagai perancang, perencana, dan penyusun adat nan diadatkan, yaitu Datuak Parpatiah Nan Sabatang dan Datuak Katumangguangan.

Inti dari adat nan diadatkan yang dirancang Datuak Parpatiah Nan Sabatang ialah demokrasi, berdaulat kepada rakyat, dan mengutamakan musyawarah untuk mufakat. Sedangkan adat yang disusun Datuak Katumangguangan intinya melaksanakan pemerintahan yang berdaulat ke atas, otokrasi namun tidak sewenang-wenang. Sepintas, kedua konsep adat itu berlawanan. Namun dalam pelaksanaannya kedua konsep itu bertemu, membaur, dan saling mengisi. Gabungan keduanya melahirkan demokrasi yang khas di Minangkabau. Diungkapkan dalam ajaran Minangkabau sebagai berikut:

Bajanjang naiak, batanggo turun.
Naiak dari janjang nan di bawah, turun dari tanggo nan di ateh.
Titiak dari langik, tabasuik dari bumi.


Penggabungan kedua sistem ini ibarat hubungan legislatif dan eksekutif di sistem pemerintahan saat ini.

3. Adat Nan Taradat
Adat nan taradat adalah ketentuan adat yang disusun di nagari untuk melaksanakan adat nan sabana adat dan adat nan diadatkan sesuai dengan keadaan dan kebutuhan nagarinya. Adat ini disusun oleh para tokoh dan pemuka masyarakat nagari melalui musyawarah dan mufakat. Dari pengertian itu lahirlah istilah adat salingka nagari.

Adat nan taradat disebut juga adat babuhua sentak, artinya dapat diperbaiki, diubah, dan diganti. Fungsi utamanya sebagai peraturan pelaksanaan dari adat Minangkabau. Contoh penerapannya antara lain dalam upacara batagak pangulu, turun mandi, sunat rasul, dan perkawinan, yang selalu dipagari oleh ketentuan agama, di mana syarak mangato adaik mamakaikan.

4. Adat Istiadat
Adat istiadat merupakan aturan adat yang dibuat dengan mufakat niniak mamak dalam suatu nagari. Peraturan ini menampung segala kemauan anak nagari yang sesuai menurut alua jo patuik, patuik jo mungkin. Aspirasi yang disalurkan ke dalam adat istiadat ialah aspirasi yang sesuai dengan adat jo limbago, manuruik barih jo balabeh, manuruik ukuran cupak jo gantang, manuruik alua jo patuik.

Ada dua proses terbentuknya adat istiadat. Pertama, berdasarkan usul dari anak nagari, anak kemenakan, dan masyarakat setempat. Kedua, berdasarkan fenomena atau gejala yang tumbuh dan berkembang di dalam masyarakat. Ini diungkapkan dalam kato pusako:

Tumbuah bak padi digaro, tumbuah bak bijo disiang.
Elok dipakai, buruak dibuang.
Elok dipakai jo mufakat, buruak dibuang jo rundiangan.


Adat istiadat umumnya tampak dalam bentuk kesenangan anak nagari seperti kesenian, langgam dan tari, dan olahraga.

[i] adat nan indak lakang dek paneh, indak lapuak dek hujan, diasak indak layua, dibubuik indak mati, atau adat yang tidak lekang oleh panas, tidak lapuk karena hujan, di pindahkan tidak layur, dicabut tidak akan mati, artinya adat tersebut hidup terus sesuai dengan keperluan manusia, dan adat itu dapat dilaksanakan oleh orang Minangkabau walaupun di tanah perantauannya sendiri.

[ii] Adat berbuhul mati, adalah adat sebenar adat yang datangnya dari Allah Khaliqul Alam, sesuai dengan fiotrah manusia.

[iii] Maknanya, yang ditetapkan oleh syari'at agama Islam, semestinya dipakaikan oleh adat di ranah Minangkabau

[iv] Alam terkembang jadi guru telah menjadi filosofi adat di Minangkabau sejak pertama. Dari melihat alam sesungguhnya kita dapat mengenal kekuasaan Allah Khaliqul Alam ini.

[v] Berjenjang naik bertangga turun, ada aturan yang mesti dilalui. Naik dimulai dari jenjang yang di bawah, terjaga keteraturan, dan turun dari tangga yang di atas, artinya ada kaedah yang mesti dijaga baik. Secara hokum alam titik dari langit, yakni aturan syarak itu datang dari wahyu, dan aturan adat tabusek dari bumi, menjadi perilaku masyarakat mulai dari lapisan paling bawah.

[vi] Tumbuah bak padi digaro, tumbuah bak bijo disiang. Elok dipakai, buruak dibuang. Elok dipakai jo mufakat, buruak dibuang jo rundiangan. Tumbuh bagaikan padi yang di pelihara di sawah, tumbuh bagaikan bijo (tampang) yang di jaga dan dipupuk disiangi. Maka adat itu akan berkembang dengan baik. Dalam perkembangan zaman maka adat itu berperinsip kepada mana yang elok dapat di pakai, mana yang buruk dapat dibuang. Akan tetapi menetapkan elok itu mesti dengan mufakat, mengahadirkan kebiasaan istiadat dan bimbingan agama Islam juga. Mana yang tudak baik, dapat dibuang melalui perundingan.

Tahukah anda?

1. Tahukan anda bahawa Negeri Sembilan merupakan negeri yang paling demokratik sekali di Malaysia?

Pemilihan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan (Yam Tuan) hanya boleh dilakukan oleh Undang sahaja? Terdapat 4 Undang utama di Negeri Sembilan iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Rembau, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Johol. Mereka inilah yang berkuasa penuh untuk memilih Yam Tuan yang baru selepas Yam Tuan yang sebelumnya mangkat. Setelah berbincang dan bersepakat barulah Yam tuan yang baru akan dilantik.

Ini berbeza dengan sistem di negeri beraja lain di mana selepas seorang sultan mangkat, tahta lazimnya turun daripada si ayah kepada si anak. Lihat sistem yang diamalkan lebih demokrasi bukan di Negeri Sembilan.

2. Prinsip-prinsip dalam adat perpatih memberi keistimewaan kepada wanita.

Dalam hal ini, aku lebih suka terhadap isu pembahagian harta pusaka yang banyak memberikan kelebihan kepada pihak perempuan. Ramai orang luar yang sering salah faham tentang isu ini sehingga ada yang takut untuk menikahi perempuan Negeri Sembilan.

Bila tak diterangkan tentang isu tersebut dia orang tak faham, bila dah diterangkan pun masih tak faham.

Aku tak adalah begitu arif mengenai adat Perpatih, jadi kena membaca lebih sedikit mengenai adat Perpatih ni. Berikut penerangan yang diambil daripada wikipedia.

Selalu menjadi topik perdebatan hangat mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat.

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Sebabnya tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih. Maksudnya, seorang wanita Adat Perpatih walau betapa miskin dan papa pun, dia tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup.

Jika dia pulang ke kampungnya dia sudah ada tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival). Akan harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Cuba fahamkan ayat tersebut. Kalau seorang lelaki menikahi perempuan Negeri Sembilan, buat apa dia nak sentuh atau ambil harta pusaka sebelah isteri beliau? Itu hak dia ke? Itukan tanah adat keluarga sebelah isteri dan sudah sedia ada sebelum beliau menikahi isterinya lagi.

.

Sumber: http://paramedik.bbfr.net/t6884-keunikan-adat-perpatih-n9

KEUNIKAN ISTIADAT MENYALANG

UM 20 mei 2011

PEPATAH Tak lapok dek hujan, tak lekang dek paneh seringkali diungkapkan apabila membicarakan mengenai Adat Perpatih yang menjadi amalan masyarakat di Negeri Sembilan. Istiadat menyalang Datuk Lembaga dan Buapak delapan kampung Suku Biduanda Luak Rembau yang diadakan di kediaman rasmi Datuk Undang Luak Rembau di Rembau baru-baru ini menyerlahkan keunikan Adat Perpatih yang menjadi amalan turun temurun penduduk Negeri Sembilan.

Istiadat Menyalang ini adalah adat istiadat merafak sembah kepada Undang Luak Rembau Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, sebagai tanda menjunjung kasih penyandang pusaka baru mengadap dengan penuh beradat dan istiadat.

Istiadat kali kelima ini yang diadakan di kediaman rasmi Undang Luak Rembau sejak tahun 1999 menyaksikan empat orang penyandang pusaka yang baru dilantik merafak sembah kepada penyandang pusaka yang lebih tinggi yang juga sebagai pelengkap atau istiadat terakhir pelantikan mereka.

Mereka ialah penyandang Pusaka Lembaga iaitu Datuk Putih Khairol Nizam Yahya (Suku Batu Hampar Petani) dan Datuk Panglima Dagang Ruslan Nunet (Suku Seri Melenggang Minangkabau) serta Pusaka Buapak iaitu Datuk Juan Mohd Ros Mohd Yunus (Buapak Suku Biduanda Kampung Tebat) dan Datuk Samaraja Dzulkefli Ismail (Buapak Suku Biduanda Kampung Kota).

Majlis itu turut menyaksikan rombongan penyandang pusaka sukunya bersama dan anak buah mengadap dengan beradat dan mempersembahkan wang adat (bahara), tepak sireh, serta iringan seperti nasi besar (panco) yang berisi telur, wajik, dodol dan boko atau dulang yang berisi kuih muih.

Mengikut adat kehadiran mereka dengan rombongan ini menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.
Turut hadir pada istiadat itu ialah Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, Undang Luak Jelebu Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab dan Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Datuk Mohd Jan Abdul Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu negeri Datuk Mohammad Razi Kail.

Perlantikan penyandang pusaka adat di Luak Rembau adalah amalan demokrasi yang diamalkan oleh pengamal adat sejak dahulu. Ia adalah tanggungjawab setiap ahli dalam suku tersebut sebagai hak dan kebebasan untuk memilih atau dipilih.
Kekosongan sesuatu pusaka adat selalunya disebabkan kematian dan "memuntahkan" pusaka dan sebagainya. Di Luak Rembau, penyandang pusaka adat akan diganti selepas 100 hari kekosongan berlaku.

Kebulatan mengikut pepatah "Bulat air dek pembetong, bulat kata dek muafakat" akan diadakan untuk mencari "benih" dalam menentukan "perut" mengikut giliran.
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman berkata istiadat ini menjadi teras dalam mendirikan adat bagi penyandang pusaka adat yang baru.

Adat istiadat itu dizahirkan (diamalkan) daripada nenek moyang terdahulu dan sehingga kini masih dipegang teguh kepada sistem adat dan seterusnya memakmurkan institusi adat itu sendiri.

"Keindahan adat kita sungguh jelas. Istiadat ini bertujuan memasyhur dan mengisytiharkan secara rasmi kepada anak buah berkaitan pusaka yang disandang Datuk Lembaga.

"Kehadiran mereka dengan rombongan menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat itu," katanya pada majlis Istiadat Menyalang itu.

Sumber - Bernama

Telapak Ibu Soko

Telapak Ibu Soko di Kampung Pulau Kota

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts