Tuesday, December 31, 2013

KEUNGGULAN ADAT PERPATIH

Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Zaman

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Menurut sejarah, Adat Perpatih yang berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa.

Adat Merupakan Peraturan Hidup 

Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. 

Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Pepatah ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu kerana orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari satu-satu sudut sahaja. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori iaitu:-

Adat Yang Sebenar Adat - Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Undang/Penghulu wajib memahami peraturan ini. Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Kerapatan atau muafakat adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan, Gemuk berpupuk segar bersiram, Dianjak layu dicabut mati. Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah : Kalau tak patah, tiat, Kalau tak luka, congek, Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka, Tujuh musim padi tak jadi. Adat Yang Teradat dan Adat Yang Diadatkan - Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' bererti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang. Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala. Adat Istiadat - Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap pembesar adat dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih 

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

Keturunan dikira melalui nasab ibu : Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri : Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka : Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang : Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku : Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Struktur Masyarakat Adat Perpatih 

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama.

Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.

Perlantikan Pemimpin 

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato Lembaga pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan sistem demokrasi. 

Keutamaan Wanita 

Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. 

Pembahagian Harta 

Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).

Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual 

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.

Harta Sepencarian 

Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Amalan Adat Perpatih Masakini 

Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.

Kesimpulan 

Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut. Sumber: Waris Semenda

KEUNIKAN ADAT PERPATIH

Adat ialah hukum hidup dan juga merupakan peraturan yang diamalkan oleh sesebuah komuniti masyarakat yang muncul secara turun-temurun yang wajib dipatuhi dan diamalkan dari satu generasi ke satu generasi yang akan datang. Timbulnya dan wujudnya adat adalah semenjak zaman awal, iaitu semenjak sesuatu kawasan itu belum diterokai. Buktinya dapat dilihat melalui pepatah tersebut:

Adat semenda-menyemenda 
Jangan hukum tak menghambat 
Adat tak menghalang

Bila dilihat tentang Adat Perpatih Negeri Sembilan, ianya membawa maksud yang sangat luas dan kompleks. Adat Perpatih Negeri Sembilan ini adalah merupakan satu undang-undang yang kompleks kerana Adat Perpatih Negeri Sembilan mengandungi segala undang-undang dan tatatertib atau lebih molek lagi disebut sebagai sebuah perlembagaan. Adat Perpatih Negeri Sembilan di anggap sebagai undang-undang atau peraturaan itu dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu:

a) Adat yang sebenarnya adat yang asasi seperti menterbitkan keturunan daripada sebelah ibu, hidup bersuku-suku, beraja berundang, berlembaga, tanah pesaka adat dan lain-lain lagi.
b) Adat yang diadatkan iaitu suatu yang disusunkan mengikut muafakatnya kemudian dijadikan adat.
c) Adat yang teradat iaitu kata muafakat yang telah diadatkan (resam) dan keadaannya berbeza antara satu tempat dengan yang lain.
d) Adat istiadat iaitu adat-adat resam yang terdapat dalam sesuatu upacara seperti adat istiadat perkahwinan, barkadim dan sebagainya.

 Berdasarkan kepada kategori yang dinyatakan, adat yang sebenar adat itulah yang dikatakan sebagai ‘undang-undang’. Sesiapa yang melanggar adat tersebut haruslah menerima hukuman di atas perbuatannya. Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa adat wajib dijadikan panduan dan pegangan hidup. Maka di sini lahirlah pepatah yang berbunyi:

Ibu adat muafakat 
Bapa adat berani 
Adat yang bersendi hukum 
Hukum bersendi Kitabullah 
Menghukum adil berkata benar 
Tidak ada berpihak-pihak 
Hukum adil dijalankan 
Nan benar dianjak tidak

Adat ini juga bermaksud suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yng saling bergantung dan sama. Adat yang ditafsirkan tadi adalah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.

Adat dan budaya adalah dua entiti yang terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah. Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu boleh kita katakan adat sebagai budaya yang asal.

Adat Perpatih sungguh tinggi nilai hidup bermasyarakat. Adat Perpatih berintisarikan nilai hidup yang lengkap, sesuai untuk kegunaan bimbingan masyarakat dari zaman ke zaman dan menitikberatkan hidup tolong menolong. ‘Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’. Negeri Sembilan telah mengamalkan Adat Perpatih sejak 600 tahun yang lalu. Adat Perpatih yang menjadi amalan merangkumi suatu sistem sosiobudaya yang kompleks, lengkap dan murni bahkan adat tersebut telah bersedia untuk menerima penyesuaian dengan keadaan serta kehendak zamannya.

Usang-usang diperbaruhi 
Lapuk-lapuk dikajangi 
Yang elok dipakai 
Yang buruk dibuang
Kalau singkat minta disambung 
Kalau panjang minta dikerat 
Kalau koyak minta ditampal 

Sistem Adat Perpatih boleh membina masyarakat yang bersopan santun, berbudi bahasa, adil, sejahtera dan bersatu padu. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud dalam lingkungan sosialnya. Adat Perpatih adalah suatu sistem sosial yang kompleks dan peraturan hidup yang sistematik berdasarkan keharmonian hidup bermasyarakat serta mempunyai konsep dan ideologi yang disedari dengan jelas. Berasaskan amalan, falsafah dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya, maka Adat Perpatih boleh dijadikan paksi keintelektualan dan amat praktikal untuk dijadikan panduan hidup harian masyarakat hari ini. Seperti kata perbilangan;

Dianjak layu 
Dicabut mati 
Gemuk berpupuk 
Segar bersiram 

Kata tersebut membawa maksud, adat itu tidak akan hidup jika tidak dipelihara, diamalkan, dijaga dan dibajai kerana adat mempunyai nilai-nilai kerohanian dalam membentuk lahiriah manusia. Pemahaman yang tepat terhadap perbilangan adat yang mengandungi makna konotatif dan denotatif membolehkan individu itu bertingkah laku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Jika diperhalusi penyampaian sesuatu maksud itu mencerminkan kehalusan dan pemikiran tinggi pengamalnya. Bagi pengamal Adat Perpatih setiap aspek kehidupan itu ada nilai dan falsafanya yang tersendiri. Adat Perpatih tidak hanya dipraktikkan dalam urusan adat semata-mata tetapi adat ini mengajar masyarakatnnya bagaimana hidup bermasyarakat.

Tegak rumah kerana sendi 
Runtuh sendi rumah binasa 
Sendi bangsa adalah budi 
Runtuh budi runtuhlah bangsa 
Adat bersaudara, saudara dipertahankan 
Adat berkampung, kampung dipertahankan 
Adat bernegeri, negeri dipertahankan 
Adat berbangsa, bangsa dipertahankan. 

Ini menunjukkan setiap ahli masyarakat dimestikan patuh kepada pemimpin dan masyaarakatnya serta tidak mementingkan diri sendiri. Individu tidak dapat berbuat sesuatu dengan hanya menurut kehendak hatinya semata-mata tetapi apa yang dilakukan mestilah menjaga maruah masyarakatnya, “bak telur sesangkar, pecah sebiji, pecah semuanya”

Bukit sama didaki 
Lurah sama dituruni 
Yang berat sama dipikul 
Yang ringan sama dijinjing 
Duduk sama rendah 
Berdiri sama tinggi 

 Adat Perpatih amat unik. Didalamnya terkandung penggunaan pepatah dan petitih menerusi bahasa berlarik dan berirama yang begitu indah di dengar. Ungkapan-ungkapan tersebut mengandungi kehendak dan maksud tertentu sebagai peraturan dan undang-undang. Lebih menarik lagi dalam ungkapan yang dilahirkan tidak memaparkan maksud secara terus atau tersurat tetapi mengandungi makna yang tersirat. Kata-katanya pendek dan ringkas, namun mempunyai unsur pemikiran, falsafah dan kebenaran. Secara langsung, bahasa perbilangan Adat Perpatih memancarkan kehalusan perasaan yang diimbangi oleh keluasan, kedalaman serta ketajaman pemikiran pendukung Adat Perpatih terhadap alam yang berlandaskan kehidupan serta aktiviti sosial, ekonomi dan politik masyarakat dan alam sekitarnya.

Monday, December 16, 2013

ISU SEMASA DALAM ADAT PERPATIH



Program Dailog Adat Pepatih di Kem Seri Pilah (07 Dis 2013) Bersama Prof Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, TG Malim Perak mendapat sambutan yg menggalakan dpd Ibu Soko/Waris Soko dan pencita adat majlis diadakan secara santai.

DENDAM TAK SUDAH?

Wednesday, December 11, 2013

Istiadat Menyalang kali keenam dihadapan Undang Luak Rembau



Rembau, 04 Julai -- "Bulat anak buah menjadikan buapak, bulat buapak menjadikan lembaga, bulat lembaga menjadikan undang, bulat undang menjadikan raja", demikian perumpamaan dan bahasa adat yang disarankan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.


Makam Undang Rembau ke 19

Pada makam tertera nama Dato' Ipap, Undang luak Rembau yang ke 19. Beliau dilahirkan 1898, menjadi Undang 1938 dan meninggal dunia 1962.Untuk pengetahuan secara traditionalnya daerah Rembau di Negeri Sembilan merupakan sebuah luak atau negeri kecil yang memiliki ketua bertaraf raja bergelar Undang. Di sebelah adalah makam isteri beliau.

Sunday, December 8, 2013

SEJARAH MINANGKABAU AWAL

1. Kerajaan Pertama di Gunung Merapi

 1. MAHARAJA YANG BERMAHKOTA  


Dikatakan pula oleh Tambo, bahwa dalam pelayaran putera-putera Raja Iskandar Zulkarnain tiga bersaudara, dekat pulau Sailan mahkota emas mereka jatuh ke dalam laut. Sekalian orang pandai selam telah diperintahkan untuk mengambilnya. Tetapi tidak berhasil, karena mahkota itu dipalut oleh ular bidai di dasar laut.  Ceti Bilang Pandai memanggil seorang pandai mas. Tukang mas itu diperintahkannya untuk membuat sebuah mahkota yang serupa.  Setelah mahkota itu selesai dengan pertolongan sebuah alat yang mereka namakan “camin taruih” untuk dapat menirunya dengan sempurna. Setelah selesai
tukang yang membuatnya pun dibunuh, agar rahasia tidak terbongkar dan jangan dapat ditiru lagi. Waktu Sri Maharaja Diraja terbangun, mahkota itu diambilnya dan dikenakannya diatas kepalanya. Ketika pangeran yang berdua lagi terbangun bukan main sakit hati mereka melihat mahkota itu sudah dikuasai oleh si bungsu. Maka terjadilah pertengkaran, sehingga akhirnya mereka terpisah. Sri Maharaja Alif meneruskan pelayarannya ke Barat. Ia mendarat di Tanah Rum, kemudian berkuasa sampai ke Tanah Perancis dan Inggris. Sri Maharaja Dipang membelok ke Timur, memerintah negeri Cina dan menaklukkan negeri Jepang. 
2. Galundi Nan Baselo 
Sri Maharaja Diraja turun sedikit ke bawah dari puncak Gunung Merapi membuat tempat di Galundi Nan Baselo. Lebih ke baruh lagi belum dapat ditempuh karena lembah-lembah masih digenangi air, dan kaki bukit ditutupi oleh hutan rimba raya yang lebat.  Mula-mula dibuatlah beberapa buah taratak. Kemudian diangsur-angsur membuka tanah untuk dijadikan huma dan ladang. Teratak-teratak itu makin lama makin ramai, lalu tumbuh menjadi dusun, dan Galundi Nan Baselo menjadi ramai.  Sri Maharaja Diraja menyuruh membuat sumur untuk masing-masing isterinya mengambil air. Ada sumur yang dibuat ditempat yang banyak agam tumbuh dan pada tempat yang ditumbuhi kumbuh, sejenis tumbuh-tumbuhan untuk membuat tikar, karung, kembut dsb. Ada pula ditempat yang agak datar. Ditengah-tengah daerah itu mengalir sebuah sungai bernama Batang Bengkawas. Karena sungai itulah lembah Batang Bengkawas menjadi subur sekali.  Beratus-ratus tahun kemudian setelah Sri Maharaja Diraja wafat, bertebaranlah anak cucunya kemana-mana, berombongan mencari tanah-tanah baru untuk dibuka, karena air telah menyusut pula. Dalam tambo dikatakan “Tatkalo bumi barambuang naiak, aia basintak turun”.  Keturunan Sri Maharaja Diraja dengan “Si Harimau Campa” yang bersumur ditumbuhi agam berangkat ke dataran tinggi yang kemudian bernama “Luhak Agam” (luhak = sumur). Disana mereka membuka tanah-tanah baru. Huma dan teruka-teruka baru dikerjakan dengan sekuat tenaga. Bandar-bandar untuk mengairi sawah-sawah dikerjakan dengan sebaik-baiknya. Keturunan “Kambing Hutan” membuka tanah-tanah baru pula di daerah-daerah Gunung Sago, yang kemudian diberi nama “Luhak 50 Koto” (Payakumbuh) dari luhak yang banyak ditumbuhi kumbuh.  Keturunan “Anjing yang Mualim” ke Kubang Tigo Baleh (Solok), keturunan “Kucing Siam” ke Candung-Lasi dan anak-anak raja beserta keturunannya dari si Anak Raja bermukim tetap di Luhak Tanah Datar. Lalu mulailah pembangunan semesta membabat hutan belukar, membuka tanah, mencencang melateh, meneruka, membuat ladang, mendirikan teratak, membangun dusun, koto dan kampung.   
3. Kedatangan Sang Sapurba  
Tersebutlah kisah seorang raja bernama Sang Sapurba. Di dalam tambo dikatakan “Datanglah ruso dari Lauik”. Kabarnya dia sangat kaya bergelar Raja Natan Sang Sita Sangkala dari tanah Hindu. Dia mempunyai mahkota emas yang berumbai-umbai dihiasai dengan mutiara, bertatahkan permata berkilauan dan ratna mutu manikam.  Mula-mula ia datang dari tanah Hindu. Ia mendarat di Bukit Siguntang Maha Meru dekat Palembang. Disana dia jadi menantu raja Lebar Daun. Dari perkawinannya di Palembang itu dia memperoleh empat orang anak, dua laki-laki yaitu Sang Nila Utama, Sang Maniaka; dua perempuan yaitu Cendera Dewi dan Bilal Daun. Pada satu hari Sang Sapurba ingin hendak berlayar menduduki Sungai Indragiri. Setelah lama berlayar, naiklah dia ke darat, akhirnya sampai di Galundi Nan Baselo. Waktu itu yang berkuasa di Galundi Nan Baselo ialah Suri Dirajo, seorang dari keturunan Sri Maharaja Diraja. Suri Diraja tekenal dengan ilmunya yang tinggi, ia bertarak di gua Gunung Merapi. Karena ilmunya yang tinggi dan pengetahuannya yang dalam, ia jadi raja yang sangat dihormati dan disenangi oleh penduduk Galundi Nan Baselo dan di segenap daerah. Ia juga bergelar Sri Maharaja Diraja, gelar yang dijadikan gelar keturunan raja-raja Gunung Merapi.  Anak negeri terheran-heran melihat kedatangan Sang Sapurba yang serba mewah dan gagah. Orang banyak menggelarinya “Rusa Emas”, karena mahkotanya yang bercabang-cabang. Oleh karena kecerdikan Suri Dirajo, Sang Sapurba dijadikan semenda, dikawinkan dengan adiknya bernama Indo Julito. Sang Sapurba adalah seorang Hindu yang beragama Hindu. Dia menyembah berhala. Lalu diadakan tempat beribadat di suatu tempat. Tempat ini sampai sekarang masih bernama Pariangan (per-Hiyang-an = tempat menyembah Hiyang / Dewa). Dan disitu juga terdapat sebuah candi buatan dari tanah tempat orang-orang Hindu beribadat. Ada juga yang mengatakan tempat itu adalah tempat beriang-riang.  
 4. Raja yang Hanya Sebagai Lambang  
Sang Sapurba lalu dirajakan dengan memangku gelar Sri Maharaja Diraja juga. Tetapi yang memegang kendali kuasa pemerintahan tetap Suri Dirajo sebagai orang tua, sedangkan sang sapurba hanya sebagai lambang.Untuk raja dengan permaisurinya dibuatkan istana “Balairung Panjang” tempatnya juga memerintah. Istana ini konon kabarnya terbuat dari : tonggaknya teras jelatang, perannya akar lundang, disana terdapat tabuh dari batang pulut-pulut dan gendangnya dari batang seleguri, getangnya jangat tuma, mempunyai cenang dan gung, tikar daun hilalang dsb. Karena Pariangan makin lama makin ramai juga Sang Sapurba pindah ke tempat yang baru di Batu Gedang. Seorang hulubalang yang diperintahkan melihat-lihat tanah-tanah baru membawa pedang yang panjang. Banyak orang kampung yang mengikutinya. Mereka menuju ke arah sebelah kanan Pariangan. Terdapatlah tanah yang baik, lalu dimulai menebang kayu-kayuan dan membuka tanah-tanah baru. Selama bekerja hulubalang itu menyandarkan pedang yang panjang itu pada sebuah batu yang besar. Banyak sekali orang yang pindah ke tempat yang baru itu. Mereka berkampung disitu, dan kampung baru tempat menyandarkan pedang yang panjang itu, sampai sekarang masih bernama Padang Panjang.  Lama kelamaan Padang Panjang itu jadi ramai sekali. Dengan demikian Pariangan dengan Padang Panjang menjadi sebuah negeri, negeri pertama di seedaran Gunung Merapi di seluruh Batang Bengkawas, yaitu negeri Pariangan Padang Panjang. Untuk kelancaran pemerintahan perlu diangkat orang-orang yang akan memerintah dibawah raja. Lalu bermufakatlah raja dengan orang-orang cerdik pandai. Ditanam dua orang untuk Pariangan dan dua orang pula untuk Padang Panjang. Masing-masing diberi pangkat “penghulu” dan bergelar “Datuk”. · Dt. Bandaro Kayo dan Dt. Seri Maharajo untuk Pariangan · Dt. Maharajo Basa dan Dt. Sutan Maharajo Basa untuk Padang Panjang. Orang-orang yang berempat itulah yang mula-mula sekali dijadikan penghulu di daerah itu. Untuk rapat dibuat Balai Adat. Itulah balai pertama yang asal sebelum bernama Minangkabau di Pariangan. 
5. Sikati Muno 
Seorang orang jahat yang datang dari negeri seberang tiba pula di daerah itu. Karena tubuhnya yang besar dan tinggi bagai raksasa ia digelari orang naga “Sikati Muno” yang keluar dari kawah Gunung Merapi. Rakyat sangat kepadanya dan didongengkan mereka, bahwa naga itu tubuhnya besar dan panjangnya ada 60 depa dan kulitnya keras. Ia membawa bencana besar yang tidak terperikan lagi oleh penduduk. Kerjanya merampok dan telah merusak kampung-kampung dan dusun-dusun. Padi dan sawah diladang habis dibinasakannya. Orang telah banyak yang dibunuhnya, laki-laki, perempuan dan gadis-gadis dikorbankannya. Keempat penghulu dari Pariangan-padang Panjang diutus Suri Drajo menghadap Sang Sapurba di Batu Gedang tentang kekacauan yang ditimbuklan oleh Sikati Muno. Untuk menjaga prestisenya sebagai seorang semenda, Sang Sapurba lalu pergi memerangi Sikati Muno. Pertarungan hebat pun terjadi berhari-hari lamanya. Pedang Sang Sapurba sumbing-sumbing sebanyak seratus sembilan puluh. Akhirnya naga Sikati Muno itu mati dibunuh oleh Sang Sapurba dengan sebilah keris. Keris tersebut dinamakan “Keris Sikati Muno”, keris bertuah, tak diujung pangkal mengena, jejak ditikam mati juga.  Sejak itu amanlah negeri Pariangan-Padang Panjang, dan semakin lama semakin bertambah ramai. Oleh sebab itu Sang Sapurba memerintahkan lagi mencari tanah-tanah baru. Pada suatu hari raja sendiri pergi keluar, melihat-lihat daerah yang baik dijadikan negeri. Dia berangkat bersama-sama dengan pengiring-pengiringnya. Ia sampai pada suatu tempat mata air yang jernih keluar dari bawah pohon tarab. Sang Sapurba berpikir, tanah itu tentu akan subur sekali dan baik dijadikan negeri. Lalu diperintahkannyalah membuka tanah-tanah baru ditempat itu. Sampai sekarang tanah itu dinamakan Sungai Tarab. Kemudian hari jadi termasyhur, tempat kedudukan “Pamuncak Koto Piliang” Dt. Bandaharo di Sungai Tarab. Selain itu raja menemui pula setangkai kembang teratai di daerah itu, kembang yang jadi pujaan bagi orang-orang Hindu. Raja menyuruh mendirikan sebuah istana di tempat itu. Setelah istana itu siap raja lalu pindah bertahta dari Pariangan-Padang Panjang ke tempat yang baru itu, yang kemudian dinamakan negeri Bungo Satangkai, negeri yang kedua sesudah Pariangan-Padang Panjang.   (Sumber : Minangkabau Tanah Pusaka – Tambo Minangkabau)                  
2. KERAJAAN MINANGKABAU BARU
Pusat kerajaan kembali lagi ke Pariangan Padang Panjang disebut awal masa kerajaan Minangkabau Baru. Sejak inilah diciptakan dan dikukuhkan aturan adat Minangkabau yang kita amalkan sampai sekarang. Walaupun telah berganti musim adat Minangkabau tetap terpakai disebut; Tidak lakang oleh panas, tidak lapuk oleh hujan. Siapapun diantara putra-putri Minangkabau yang dengan sengaja melanggar aturan adat itu, akan tersisih hidupnya dalam keluarga sendiri. Tahun 1127, Sultan Sri Maharaja Diraja menikah dengan puti Indo Jelita, yakni adik kandung dari Datuk Suru Dirajo. Setelah 14 tahun menikah, ternyata belum juga mendapat keturunan. Maka atas sepakat dewan kerajaan, Sultan Sri Maharaja Diraja menikah lagi dengan Puti Cinto Dunia. Setelah dua tahun menikah dengan Puti Cinto Dunia, tidak ada juga tanda-tanda kehamilan Puti tsb. Maka Sultan menikah lagi dengan Puti Sedayu. Atas rahmat Tuhan, tahun 1147, lahirlah Sultan Paduko Basa dari permaisuri Puti Indo Jelito, yang kemudian diangkat sebagai Raja Minangkabau, bergelar Datuk Ketemanggungan. Tahun itu juga lahir pula Warmandewa dari Puti Cinto Dunia, yang kemudian bergelar Datuk Bandaharo Kayo. Tahun 1148, lahir lagi Reno Shida dari Puti Sedayu, yang kemudian bergelar Datuk Maharajo Basa. Dengan demikian telah 3 orang putra Raja, masing-masing dari tiga orang ibu. Tahun 1149, Sultan sri Maharaja Diraja mangkat dan waktu itu anak raja yang tertua masih berusia 2 tahun. Atas sepakat dewan kerajaan, Ibu Suri Puti Indo Jelito, langsung memegang tampuk kerajaan Minangkabau sementara menunggu Sutan Paduko Basa menjadi dewasa. Tugas harian dilaksanakan oleh tiga pendamping raja yakni Datuk Suri Dirajo, Cetri Bilang Pandai dan Tantejo Gurano. Karena kasih sayang Datuk Suri Puti Indo Jelito menjanda, lalu dinikahkan dengan Cetri Bilang Pandai. Dari perkawinannya itu melahirkan 5 orang anak :

·        Jatang Sutan Balun bergelar Datuk Perpatih Nan Sabatang (lahir 1152)
·        Kalap Dunia bergelar Datuk Suri Maharajo nan Banego-nego (lahir 1154)
·        Puti Reno Judah lahir 1157, kemudian dibawa oleh Datuk Perpatih Nan Sabatang ke Lima Kaum untuk keturunan kemenakannya nan menjadi penghulu
·        Puti Jamilan lahir 1159, kemudian dibawa Datuk Ketemanggungan ke Sungai Tarab dan ke Bunga Setangkai untuk keturunannya nanti menjadi raja dan penghulu
·        Mambang Sutan lahir th 1161, setelah berumur 4 th bergelar Datuk Suri Dirajo menggantikan gelar mamaknya (abang dari Puti Indo Jelito)
Mambang Sutan merupakan kemenakan pertama di Minangkabau yang menerima gelar dari mamaknya. Tahun 1165 yakni sewaktu Sutan Paduko Basa telah berumur 18 tahun, beliau diangkat sebagai penghulu bergelar Datuk Ketumanggungan, sekalipun menduduki tahta kerajaan Minangkabau, pengganti raja yang telah 16 tahun mengemban tugas dari ibunya Puti Indo Jelito. Selain itu, semua anak laki-laki Sultan Sri Maharaja Diraja dinobatkan pula menjadi penghulu.Tahun 1174 kerajaan Minangkabau baru memperluas daerah adatnya ke Sungai Tarab, Lima Kaum dan Padang Panjang. Masing-masing daerah diduduki oleh seorang penghulu anak dari tiga orang istri Sultan Sri Maharaja Diraja. Karena kepadatan penduduk daerah Pariangan maka tahun 1186-1192 diadakan perpindahan penduduk, maka terbentuklah Luhak Nan Tigo.  Pada masing-masing luhak dibentuk beberapa kelarasan dan pada kelarasan dibentuk pula beberapa suku. Adapun suku dalam daerah kerajaan Minangkabau diatur menurut garis keturunan ibu. Siapapun bapak dari seorang anak atau apapun pangkat bapaknya, namun suku anaknya menurut suku ibunya. Untuk mengukuhkan berdirinya suku, maka harta pusaka dari nenek, diwariskan kepada ibun dan dari ibu diwariskan pula kepada anak perempuan. Aturan adat yang demikian disebut Matrilinial. Hanya dua daerah di dunia ini yang memakai aturan Matrilinial. Satu didaerah pedalaman Hindia, asal nenek moyangnya dahulu 2000 tahun sebelum masehi. Dan satu lagi berkembang di Sumbar. Bagi perempuan harta pusaka bukan untuk kepentingan pribadi, tapi untuk jaminan hidup keturunan suku. Pada tahun 1292, cicit dari Puti Jamilan, bernama Putri Dara Jingga yang pemangku Putri Mahkota, dinikahkan dengan Mahisa Anabrang, Panglima kerajaan Singhasari, keluarga dari Raja Kartanegara. Sebelum menikah terlebih dahulu Mahisa di-islamkan. Tahun 1293 Puti Dara Jingga sedang hamil, pergi mengikuti suaminya pulang ke Singhasari yang dipanggil oleh raja Pertama Majapahit (Raden Wijaya). Putri Dara Jingga membawa adik seayah dengannya yaitu Puti Dara Petak untuk pengasuh anaknya yang akan lahir. Beberapa bulan dikerajaan Majapahit yang mengambil alih kerajaan Singhasari itu, lahirlah anak dari Puti Dara Jingga yang diberi nama Adityawarman. Puti Dara Petak, dinikahi oleh Raja Majapahit (Raden Wijaya). Puti Dara Petak berubah nama menjadi Diyan Sri Tribuaneswari. Walaupun telah menjadi istri Raja Majapahit, Puti Dara Petak tetap mengasuh Adityawarman di kerajaan Majapahit. Karena Datuk Ketumanggungan telah sangat tua, maka tahun 1295, Puti Dara Jingga dipanggil pulang ke Minangkabau untuk menjadi Raja di Minangkabau dengan panggilan Bundo Kanduang. Anak Bundo Kanduang yang bernama Adityawarman tetap tinggal dikerajaan Majapahit, karena Puti Dara Petak tidak mau melepasnya pulang, ingin terus mengasuh anak kakaknya.  Setelah Bunda Kandung menjadi Raja Minangkabau, memanglah Datuk Ketumanggungan mangkat dalam usia 149 tahun dan disusul oleh meninggalnya Datuk Perparih Nan Sebatang dalam usia 146 tahun. Si Kambang Bendahari (dayang-dayang utama dari Bunda Kandung) dinikahkan dengan Selamat Panjang Gobang (1292) yakni seorang diplomat utusan dari kerajaan Cina (khubilai Khan). Sebelum menikah terlebih dahulu Selamat Panjang Gombak di-Islamkan. Perkawinan itu melahirkan seorang anak bernama Cindur Mato th 1294. Cindur Mato diasuh ilmu perang oleh Mahisa Anabrangyang yang teringat akan anak kandungnya Adityawarman jauh di Majapahit. Selain itu Cindur Mato dididik ilmu silat pula oleh ayah kandungnya Selamat Panjang Gombak. Maka menjadilah Cindur Mato seorang pendekar yang tangguh dan Panglima kerajaan Minangkabau yang tiada tandingan dizamannya.  Adityawarman sendiri yang Putra Mahkota Kerajaan Minangkabau, dididik ilmu perang dan ilmu kerjaan oleh Majapahit. Adityawarman pernah menjadi Wirdamatri yang merupakan predikat setaraf dengan Mpu Nala dan Maha Patih. Karena itu Adityawarman salah seorang Tri Tunggal Kerajaan Majapahit. Setelah dewasa pulanglah Adityawarman menemui Bundo Kandung dan kawin dengan Puti Bungsu (anak mamaknya Rajo Mudo) dari Ranah Sikalawi-Taluk Kuantan, sebelum menikah Adityawarman yang menganut Budha, terlebih dahulu di-Islamkan. Pada tahun 1347 Adityawarman dinobatkan menjadi Raja Minangkabau bergelar Dang Tuanku (Sutan Rumandung). Pernikahan Adityawarman dengan Puti Bungsu melahirkan anak yang bernama Ananggawarman. Gahah Mada pernah marah kepada Adityawarman karena tidak mau takluk kepada Majapahit. Tapi Adityawarman tidak segan kepada Gajah Mada, karena mereka sependidikan. Gajah Mada mencoba menyerang Minangkabau pada th 1348, tapi gagal, malah Adityawarman pernah membantu Majapahit menaklukkan Bali. Sewaktu Minangkabau dibawah pimpinan Ananggawarman tahun 1375-1417, pertahanan kerajaan Minangkabau telah sangat kuat. Patih Wikrawardhana dikerajaan Majapahit, masih mencoba menyerang kerajaan Minangkabau tahun 1409, tapi tetap tidak berhasil. Itu merupakan serangan yang terakhir terhadap Minangkabau. Kalau dizaman Datuk Ketumanggungan dan Datuk Perpatih Nan Sabatang, kerajaan Minangkabau terkenal dengan aturan adat dan filsafahnya, maka dizaman Bundo Kanduang, Adityawarman dan Ananggawarman kerajaan Minangkabau terkenal dengan keahlian Cindur Mato sebagai panglima perangnya. Sesudah Ananggawarman tidak terdengar lagi kegiatan Raja Minangkabau, mungkin karena raja dan penghulunya tidak lagi membuat ubahan, baik untuk kerajaan, maupun untuk rakyat yang memang telah sempurna dibentuk oleh cerdik pandai terdahulu. Demikian sempurnanya aturan adat dikerjakan Minangkabau sangat pula membantu pelaksanaan aturan adat itu, karena adat Minangkabau disusun bersendi syarak (agama Islam) dan syarak bersendi Kitabullah.  
(Sumber : Kerajaan Minangkabau – Jamilus Jamin)      
3. Asal Usul Kata Minangkabau

 Orang-orang Majapahit tidak ketinggalan mencoba kecerdasan dan kecerdikan orang-orang dari Gunung Merapi ini. Pada suatu hari mereka membawa seekor kerbau besar dan panjang tanduknya, kecil sedikit dari gajah.  Mereka ingin mengadakan pertandingan adu kerbau. Ajakan mereka itu diterima baik oleh kedua datuk yang tersohor kecerdikannya dimana-mana itu, yaitu Dt. Katumanggungan dan Dt. Parpatih Nan Sabatang. Taruhannya adalah seperti dulu-dulu juga, yakni kapal pendatang dengan segala isinya, dan taruhan datuk yang berdua itu ialah kerajaan mereka sendiri. Waktu tiba saatnya akan mengadu kerbau, setelah kerbau Majapahit dilepaskan di tengah gelanggang, orang banyak riuh bercampur cemas melihat bagaimana besarnya kerbau yang tidak ada tandingannya di Pulau Perca waktu itu. Dalam keadaan yang menegangkan itu, pihak orang-orang negeri itupun mengeluarkan kerbaunya pula. Dan alangkah herannya dan kecutnya hati orang banyak itu melihat mereka mengeluarkan seekor anak kerbau. Anak kerbau itu sedang erat menyusu, dan orang tidak tahu, bahwa anak kerbau itu telah bebearapa hari tidak doberi kesempatan mendekati induknya.  Ketika melihat kerbau besar di tengah gelanggang anak kerbau itu berlari-lari mendapatkannya yang dikria induknya dengan kehausan yang sangat hendak menyusu. Dimoncongnya terikat sebuah taji atau minang yang sangat tajam. Ia menyeruduk ke bawah perut kerbau besar itu, dan menyinduk-nyinduk hendak menyusu. Maka tembuslah perut kerbau Majapahit, lalu lari kesakitan dan mati kehabisan darah. Orang-orang Majapahit memprotes mengatakan orang-orang negeri itu curang. Kegaduhan pun terjadi dan hampir saja terjadi pertumpahan darah. Tetapi dengan wibawanya Dt. Katumanggungan dan Dt. Parpatih Nan Sabatang membawa orang-orang itu ke balai persidangan. Disanalah Dt. Parpatih Nan Sabatang menangkis tuduhan-tuduhan orang-orang Majapahit. Akhirnya orang-orang Majapahit pemgakui kealpaan mereka tidak mengemukakan persyaratan-persyaratan antara kedua belah pihak sebelum mengadakan pertandingan.  Sejak itu tempat mengadu kerbau itu sampai sekarang bernama Negeri Minangkabau. Dan kemudian hari setelah peristiwa kemenangan mengadu kerbau dengan Majapahit itu termasyhur kemana-mana, wilayah kekuasaan orang-orang yang bernenek moyang ke Gunung Merapi dikenal dengan Alam Minangkabau. Diceritakan pula kemudian rumah-rumah gadang diberi berginjong seperti tanduk kerbau sebagai lambang kemenangan.   (Sumber : Minangkabau Tanah Pusaka – Tambo Minangkabau)   
4. Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan
Datuk Perpatih nan Sebatang pada zaman dahulu konon kabarnya sudah pernah berlayar dan sampai ke Melaka serta singgah di Negeri Sembilan. 
Negeri Sembilan sekarang
Negeri Sembilan termasuk salah satu negara bagian yang menjadi negara Federasi Malaysia. Sebelah selatannya terletak Gubernemen Melaka sebelah ke timur dengan negara bagian Jojor, sebelah utara dengan Pahang dan sebelah barat dengan Selangor.  Dalam tahun 1970 negara bagian yang luasnya 2.580 mil persegi ini mempunyai penduduk lebih dari setengah juta jiwa dengan penduduk berkebangsaan Melayu lebih sedikit dari bangsa Cina. Mayoritas di Malaysia terdiri dari tiga rumpun bangsa : Melayu, Cina dan Keling. Penduduk bangsa Melayu yang kira-kira seperempat juta itu sebahagian besar masih mempunyai hubungan dengan daerah asalnya yaitu Minangkabau. Masih banyak adat istiadat Minangkabau yang masih belum hilang oleh mereka dan sebagian masih dipergunakan dalam tata cara hidupnya. Malahan beberapa keterangan dan adat-adat yang di Minangkabau sendiri sudah dilupakan pada mereka masih tetap segar dan masih dipergunakan. Hubungan sejarah ini sudah bermula pada pertengahan abad kelima belas.  Patun mereka berbunyi :  Leguh legah bunyi pedati Pedati orang pergi ke PadangGenta kerbau berbunyi jugaBiar sepiring dapat pagiWalau sepinggan dapat petangPagaruyung teringat juga Negeri Sembilan sebuah kerajaan tetapi pemerintahannya berdasarkan Konstitusi yang disana dikatakan Perlembagaan Negeri. Badan Legislatifnya bernama “Dewan Perhimpunan/Perundingan Negeri yang mempunyai anggota 24 orang. Anggota-anggota ini dipilih oleh rakyat dalam Pemilihan Umum yang disini dikatakan : Pilihan raya. Pelaksanaan pemerintahan dilaksanakan oleh Menteri Besar yang didampingi oleh 8 orang anggotanya yang bernama : “Anggota Majelis Musyawarah Kerajaan Negeri”. Gelaran raja ialah Duli Yang Mahamulia Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dalam tahun 1970 itu yang memerintah ialah : Tuanku Ja’far ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan beliau ialah keturunan yang kesebelas dari Raja Malewar yang berasal dari Minangkabau dan memerintah antara tahun 1773 – 1795.  Pemerintahan Negeri Sembilan terbagi atas 6 daerah seperti kabupaten di Indonesia, yaitu: Seremban, Kuala Pilah, Port Dickson, Jelebu, Tampin dan Rembau. Ibukotanya ialah Seremban. Istana raja terdapat di ibukota Seremban ini bernama : Istana Seri Menanti. Tetapi arsitekturnya tidak lagi dengan cara Minang melainkan sudah berkomposisi antara arsitektur Minang dan Melayu. 
Kedatangan bangsa Minangkabau 
Sebelum Negeri Sembilan bernama demikian di Melaka sudah berdiri sebuah kerajaan yang terkenal dalam sejarah. Dan pelabuhan Melaka menjadi pintu gerbang untuk menyusup kedaerah pedalaman tanah Semenanjung itu. Maka sebulum berdiri Negeri Sembilan datanglah rombongan demi rombongan dari Minangkabau dan tinggal menetap disini.  
Rombongan Pertama  
Mula-mula datanglah sebuah rombongan dengan pimpinan seorang datuk yang bergelar Datuk Raja dengan isterinya Tok Seri. Tetapi kurang jelas dari mana asal mereka di Minangkabau. Mereka dalam perjalanan ke Negeri Sembilan singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Selat Melaka terus ke Johor. Dari Johor mereka pergi ke Naning terus ke Rembau. Dan akhirnya menetap disebuah tempat yang bernama Londar Naga. Sebab disebut demikian karena disana ditemui kesan-kesan alur naga. Sekarang tempat itu bernama Kampung Galau. 
Rombongan Kedua  
Pimpinan rombongan ini bergelar Datuk Raja juga dan berasal dari keluarga Datuk Bandaro Penghulu Alam dari Sungai Tarab. Rombongan ini menetap disebuah tempat yang kemudian terkenal dengan Kampung Sungai Layang.  
Rombongan Ketiga 
Rombongan ketiga ini datang dari Batu Sangkar juga, keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik. Mereka dua orang bersaudara: Sutan Sumanik dan Johan Kebesaran. Rombongan ini dalam perjalanannya singgah juga di Siak, Melaka, dan Rembau. Kemudian membuat sebuah perkampungan yang bernama Tanjung Alam yang kemudian berganti dengan Gunung Pasir. 
Rombongan Keempat 
Rombongan ini datang dari Sarilamak (Payakumbuh), diketuai oleh Datuk Putih dan mereka menepat pada Sutan Sumanik yang sudah duluan membuka perkampungan di Negeri Sembilan ini. Datuk Putih terkenal sebagai seorang pawang atau bomoh yang ahli ilmu kebatinan. Beliaulah yang memberi nama Seri Menanti bagi tempat istana raja yang sekarang ini. Kemudian berturut-turut datang lagi rombongan lain-lainnya antaranya yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan : Rombongan yang bermula mendiami Rembau datangnya dari Batu Hampar (Payakumbuh) dengan pengiringnya dari Batu Hampar sendiri dan dari Mungka. Nama beliau ialah Datuk Lelo Balang. Kemudian menyusul lagi adik dari Datuk Lelo Balang bernama Datuk Laut Dalam dari Kampung Tiga Nenek.  Walaupun penduduk Negeri Sembilan mengakui ajaran-ajaran Datuk Perpatih nan Sebatang yang sangat populer disini tetapi mereka tidak membagi persukuan atas 4 bagian seperti di Minagkabau. Mungkin disebabkan situasi dan perkembangannya sebagai kata pepatah : Dekat mencari suku jauh mencari Hindu, maka suku-suku di Negeri Sembilan berasal dari luhak dari tempat datang mereka itu atau negeri asal datangnya.  Berdasarkan asal kedatangan mereka yang demikian terdapatlah 12 suku di Negeri Sembilan yang masing-masing adalah sbb; 
1.      Tanah Datar
2.      Batuhampar
3.      Seri Lemak Pahang
4.      Seri Lemak Minangkabau
5.      Mungka
6.      Payakumbuh
7.      Seri Malanggang
8.      Tigo Batu
9.      Biduanda
10.   Tigo Nenek
11.   Anak Aceh
12.   Batu Belang
Fakta-fakta dan problem 
Sejarah Pada sebuah tempat yang bernama Sungai Udang kira-kira 23 mil dari Seremban menuju Port Dickson terdapat sebuah makam keramat. Disana didapati juga beberapa batu bersurat seperti tulisan batu bersurat yang terdapat di Batu Sangkar. Orang yang bermakam disana bernama Syekh Ahmad dan berasal dari Minangkabau. Ia meninggal dalam tahun 872 H atau 1467 Masehi. Dan masih menjadi tebakan yang belum terjawab, mengapa kedatangan Sekh itu dahulu kesini dan dari luahk mana asalnya. 
Raja berasal Minangkabau 
Dalam naskah pengiriman raja-raja yang delapan orang antaranya dikirimkan ke Rembau, Negeri Sembilan bernama Malenggang Alam. Tetapi bilamana ditinjau sejarah negeri Sembilan raja Minangkabau pertama dikirimkan kesini Raja Mahmud yang kemudian bergelar Raja Malewar.  Raja Malewar memegang kekuasaan antara tahun 1773-1795. Beliau mendapat 2 orang anak Tengku Totok dan puteri bernama Tengku Aisah. Beliau ditabalkan di Penajis Rembau dan kemudian pindah ke istana Seri Menanti. Sehingga sekarang masih populer pepatah yang berbunyi : Be raja ke JohorBertali ke SiakBertuan ke Minangkabau Kedatangan beliau ke Negeri Sembilan membawa selembar rambut yang kalau dimasukkan ke dalam sebuah batil atau cerana akan memenuhi batil atau cerana itu. Benda pusaka itu masuh tetap dipergunakan bila menobatkan seorang raja baru. Yang mengherankan kenapa sesudah meninggalnya Raja Malewar dalam tahun 1795 tidak diangkat puteranya menjadi raja melainkan sekali lagi diminta seorang raja dari Minangkabau. Dan dikirimlah Raja Hitam dan dinobatlkan dalam tahun 1795. Raja Hitam kawin dengan puteri Raja Malewar yang bernama Tengku Aisyah sayang beliau tidak dikarunia putera. Raja Hitam kawin dengan seorang perempuan lain bernama Encek Jingka. Dari isterinya itu beliau mendapat 4 orang putera/puteri bernama : Tengku Alang Husin, Tengku Ngah, Tengku Ibrahim dan Tengku Alwi. Dan ketika beliau wafat dalam tahun 1808 mengherankan pula gantinya tidaklah diangkat salah seorang puteranya. Tetapi sekali lagi dikirimkan perutusan ke Pagaruyung untuk meminta seorang raja baru. Dan dikirimlah Raja Lenggang dari Minagkabau dan besar kemungkinan inilah Raja Melenggang Alam yang dikirimkan dari Minangkabau dan tersebut dalam naskah pengiriman raja-raja yang Delapan di Minangkabau. Raja Lenggang memerintah antara tahun 1808 sampai tahun 1824. Raja Lenggang kawin dengan kedua puteri anak raja Hitam dan mendapat putera dua orang bernama : Tengku Radin dan Tengku Imam. Ketika raja Lenggang meninggal dinobatkanlah Tengku Radin menggantikan almarhum ayah beliau. Dan inilah raja pertama Negeri Sembilan yang diangkat oleh Pemegang Adat dan Undang yang lahir di Negeri Sembilan. Dan keturunan beliaulah yang turun temurun menjadi raja di Negeri Sembilan. Raja Radin digantikan oleh adiknya Raja Imam (1861-1869). Dan selanjutnya raja-raja yang memerintah di Negeri Sembilan : Tengku Ampuan Intan (Pemangku Pejabat) 1869-1872, Yang Dipertuan Antah 1872-1888, Tuanku Muhammad 1888-1933, Tuanku Abdul Rahman 3/8/1933-1/4/1960, Tuanku Munawir 5/4/1960-14/4/1967, Tuanku Ja’far dinobatkan 18/4/1967. 
Terbentuknya Negeri Sembilan  
Semasa dahulu kerajaan negeri Sembilan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Minangkabau. Yang menjadi raja dinegeri ini asal berasal dari keturunan Raja Minangkabau. Istananya bernama Seri Menanti. Adat istiadatnya sama dengan Minangkabau, peraturan-peraturannya sebagiannya menurut undang-undang adat di Minangkabau. Mereka mempunyai suku-suku seperti orang Minangkabau tetapi berbeda cara pemakaiannya.  Perpindahan penduduk ini terjadi bermula pada abad ke :XIV yaitu ketika pemerintah menyarankan supaya rakyat memperkembang Minangkabau sampai jauh-jauh diluar negeri. Mereka harus mencari tanah-tanah baru, daerah-daerah baru dan kemudian menetap didaerah itu. Setengahnya yang bernasib baik dapat menemui tanah kediaman yang subur dan membuka tanah dan membuat perkampungan disitu. Ada pula yang bersatu dengan rakyat asli yang ditemui merka dan menjadi pemimpin disana. Sudah tentu adat-adat, undang-undang, kelaziman dinegeri asalnya yang dipergunakannya pula dinegeri yang baru itu. Sebagai sudah diuraikan orang-orang Minangkabau itu menjalani seluruh daerah : ke Jambi, Palembang, Indragiri, Taoung Kanan dan Tapung Kiri, Siak dan daerah lainya. Sebagiannya menyeberangi Selat Melaka dan sampai di Negeri Sembilan.  Pada abad ke XVI pemerintahan negeri mereka disana sudah mulai tersusun saja. Mereka mendirikan kerajan kecil-kecil sebanyak 9 buah dan kesatuan kerajan kecil-kecil itu mereka namakan NEGERI SEMBILAN. Negara ini terjadi sewaktu Minangkabau mempersatukan kerajaan-kerajaan kecil ini dan diperlindungkan dibawah kerajan Johor. Setelah negara kesatuan ini terbentuk dengan mufakat bersama dengan kerajaan Johor dimintalah seorang anak raja Pagaruyung untuk dinobatkan menjadi raja di Negrei Sembilan itu. Pada waktu itulah bermula pemerintahan Yang Dipertuan Seri Menanti. Asal usul anak negeri disitu kebanyakan dari Luhak Lima Puluh Kota yaitu dari : Payakumbuh, Sarilamak, Mungka, Batu Balang, Batu Hampar, Simalanggang dan sebagian kecil dari Luhak Tanah Datar. Dari negeri-negeri mana mereka berasal maka nama-nama negeri itulah menjadi suku mereka. Sebagian tanda bukti bahwa rakyat Negeri Sembilan itu kebanyakan berasal dari Luhak Lima Puluh Kota sampai sekarang masih terdapat kata-kata adat yang poluler di Lima Puluh Kota : “Lanun kan datang merompak, Bugis kan datang melanggar”. Kata-kata adat ini sering tersebut dalam nyanyian Hikayat Anggun nan Tunggal Magek Jabang. Di tanah Melaka kata-kata ini menjadi kata sindiran atau cercaan bagi anak-anak nakal dan dikatakan mereka “anak lanun” atau anak perompak. Kalau dibawa kepada jalan sejarah diatas tadi, maka yang dimaksud dengan “lanun” itu ialah perompak, rakyat dari Raja Daeng Kemboja yang hendak merampas Negeri Sebilan. Dan Bugis adalah nama negeri asal Daeng Kemboja tadi. Dan memang aneh, kata lanun yang jadi buah nyanyian oleh rakyat Lima Puluh Kota ini tidak dikenal oleh rakyat Luhak Agam dan sedikit oleh rakyat rakyat Luhak Tanah Datar. Karena memang fakta sejarah keturunan anak negeri Sembilan itu sebagian besar berasal dari Luhak Lima Puluh Kota. Nama suku-suku rakyat disana menjadi bukti yang jelas. Oleh karena Sultan Johor sudah memberikan bantuannya dalam melindungi rakyat Negeri Sembilan ini dari jarahan lanun atau Daeng Kemboja, disebabkan ini pulalah Yang Dipertuan Pagaruyung memberikan bantuan kepada Sultan Johor dalam memberikan bantuan ikut bertempur di Siak untuk memerangi bangsa Aceh. Maka hubungan yang demikian rapat semenjak berabad-abad itu menjadikan hubungan antara negara yang akrab : Negeri Sembilan pada khususnya, Indonesia – Malaysia pada umumnya.  
(Sumber : Minangkabau Tanah Pusaka – Tambo Minangkabau)     


Wednesday, October 16, 2013

Keunggulan Adat Perpatih

Tak Lapuk Dek Hujan, Tak Lekang Dek Zaman

Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Menurut sejarah, Adat Perpatih yang berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa

Adat Merupakan Peraturan Hidup

Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.

Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.

Pepatah ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu kerana orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari satu-satu sudut sahaja. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori iaitu:-

Adat Yang Sebenar Adat - Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Undang/Penghulu wajib memahami peraturan ini. Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Kerapatan atau muafakat adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan, Gemuk berpupuk segar bersiram, Dianjak layu dicabut mati. Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah : Kalau tak patah, tiat, Kalau tak luka, congek, Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka, Tujuh musim padi tak jadi.

Adat Yang Teradat dan Adat Yang Diadatkan - Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' bererti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang. Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala. Adat Istiadat - Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap pembesar adat dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.

Prinsip-prinsip Adat Perpatih

Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

Keturunan dikira melalui nasab ibu : Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri : Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka : Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya

Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang : Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku : Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Struktur Masyarakat Adat Perpatih

Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama.

Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.

Perlantikan Pemimpin

Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato Lembaga pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan sistem demokrasi.

Keutamaan Wanita

Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.

Pembahagian Harta

Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.

Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).

Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual

Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.

Harta Sepencarian

Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).

Amalan Adat Perpatih Masakini

Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.

Kesimpulan

Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut.

Sumber: warisemenda.blogspot

Struktur Suku Di Rembau

Suku Yang Dua Belas

Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang dimaksudkan ialah Biduanda (1), Paya Kumbuh (2), Mungkal (3), Tiga Nenek (4), Tanah Datar (5), Sri Melenggang (6), Sri Lemak (7), Batu Hampar (8), Batu Belang (9), Anak Melaka (10), Anak Acheh (11) dan Tiga Batu (12). Begitu juga di Rembau, terdapat kesemua 12 Suku ini. Di antara keduabelas suku yang tersebut, suku Biduanda mempunyai kedudukan yang istemewa iaitu mempunyai hak mutlak untuk menjadi dan menyandang pusaka Undang Luak Rembau. Ini kerana dalam Adat Perpatih, suku Biduanda dianggap sebagai suku yang sesungguhnya merupakan orang asal di Rembau. Sementara suku-suku lain adalah terdiri dari dari orang-orang yang datang dari Minangkabau, Sumatra . Kedatangan mereka ini adalah secara berperingkat-peringkat.

Dipercayai terdapat empat suku yang mula-mula datang meneroka ke Rembau. Mereka ini terdiri dari pengikut-pengikut yang mengiringi Tok Lela Balang dan Tok laut Dalam iaitu dua orang ketua Minangkabau yang mula-mula datang. Tok Lela Balang diiringi oleh orang-orang dari suku Batu Hampar dan Mungkal sementara Tok Laut Dalam pula diiringi oleh orang-orang dari suku Paya Kumbuh dan Tiga Nenek. Selepas mendapat tahu kejayaan suku yang empat ini, maka suku-suku yang lain pula telah datang. Tiap-tiap suku itu pula mempunyai ketua masing-masing yang kemudiannya dikenali dengan gelaran Lembaga.

Pada peringkat awal, peneroka-peneroka ini telah membuka kawasan penempatan di kawasan Rembau Baruh. Apabila semakin ramai peneroka yang datang, mereka telah diarahkan agar membuka kawasan penempatan baru di kawasan Rembau Darat. Dengan itu terdapatlah pentadbiran adat yang dibahagikan kepada Baruh dan Darat. Oleh kerana adanya pecahan penempatan tadi maka terdapat lebih dari 12 suku kesemuanya di Rembau. Pentadbiran suku di Baruh dan di Darat juga adalah berlainan walaupun dari suku yang sama. Setiap satu pecahan suku mempunyai seorang Lembaga yang bertanggungjawab.

Sumber: warisemenda.blogspot.com/‎

Tuesday, August 20, 2013

Muzium Negeri Sembilan usaha pulihara warisan sejarah


MAKAM Bungkal Sekudai yang dipulihara Lembaga Muzium Negeri Sembilan di Kampung Kota, Rembau sebagai menghargai sumbangannya dalam institusi Undang Luak Rembau.

REMBAU 16 Ogos - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah menjalankan beberapa usaha memulihara dan mengekalkan warisan bersejarah di negeri ini supaya dapat dipertontonkan kepada generasi muda.

Pengarahnya, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, antara yang dipulihara ialah makam pemimpin adat dan pembesar negeri, yang ketika ini banyak menjadi rujukan dalam kalangan pengkaji sejarah, sama ada untuk tujuan dokumentasi, mahupun projek tesis pengajian mereka.

"Ini juga dapat memberikan ilham dan petunjuk kepada generasi muda terhadap budaya lampau, asal usul sesebuah kawasan serta mengetahui pemimpin yang pernah memegang kuasa di situ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Katanya, usaha terbaharu yang dilakukan oleh LMNS ialah menjalankan usaha murni dengan memulihara Makam Datuk Bungkal yang terletak di Kampung Kota di sini.

"Berdasarkan daripada sumber Balai Undang Luak Rembau, Datuk Bungkal Bendahara Datuk Sekudai adalah seorang wanita yang dilahirkan di Kampung Relong, Rembau di sekitar tahun 1497.

"Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik iaitu Datuk Mudek, Datuk Mengkudu dan Datuk Bungkal," katanya.

Tambah Shamsuddin, semasa zaman kanak-kanak, beliau telah diserahkan oleh ibu bapanya kepada pembesar dari Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Datuk Leteh untuk dipelihara kerana ketika itu Leteh berserta rombongan telah membawa pembaharuan dan agama Islam di Rembau.

"Bungkal telah berkahwin dengan seorang pembesar dari Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Datuk Lela Balang sekitar tahun 1516 dan memperoleh empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

"Anak perempuan beliau yang sulung bernama Datuk Pundong diikuti Datuk Siti, Datuk Lijah, Datuk Makraman dan anak lelaki ialah Datuk Seri Rama.

"Bungkal bersama dengan Lela Balang iaitu suami beliau berserta dengan pembesar-pembesar yang lain telah bermuafakat melantik seorang penghulu bagi mentadbir kerajaan Rembau," ujarnya.

Tambah Shamsuddin, atas kebulatan anak buah, maka Datuk Seri Rama iaitu anak kepada Lela Balang dengan Bungkal telah dilantik sebagai Undang Luak Rembau yang pertama dan dikerjankan pada tahun 1540.

"Dengan wawasan dan pemikiran yang bernas daripada Bungkal dan Lela Balang, maka Institusi Undang Luak Rembau telah ditubuhkan di sekitar tahun 1540 dan kekal sehingga ke hari ini," ujarnya.

Melihatkan perkembangan itu katanya, LMNS memulihara makam ini untuk menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan Bungkal di samping menjadi tempat rujukan.

"Apabila dipulihara diharap dapat menjadi kawasan sumber maklumat berkaitan tokoh terutama dalam hubungannya dengan sejarah Institusi Undang Luak Rembau.

"Adalah diharapkan menerusi kerja-kerja menaiktaraf dan pemuliharaan makam ini nanti akan memperkayakan lagi produk pelancongan yang berasaskan warisan bersejarah yang terdapat di daerah Rembau," ujarnya.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130817/ws_04/Muzium-Negeri-Sembilan-usaha-pulihara-warisan-sejarah#ixzz2cVGpN0mD © Utusan Melayu (M) Bhd

Thursday, August 1, 2013

Nyomondo

BLUES GANG

Kalau bertandang ke bumi adat,
Ikut aturan jangan disanggah,
Hidupnya kito di lingkung adat,
Matinya kito di kandung tanah

Dari Koto poie Soghomban,
Nak daro cantik laei menawan,
Kok tosilap kato kito dihamunkan,
Duduk ontok-ontok jangan melawan

Dongan montuo jangan mombohong,
Takut disumpah jadi keparat,
Bulatnya air kerana pemotong,
Bulat kato kerano mufakat

Chorus
Kalau dah duduk di bumi adat,
Biarlah padi dari lalang,
Pado yang bongsu diboghi mandat,
Silap lari solai sopinggang

Kampong Lado, Tanjung Sonong,
Ulu Sopori, Kampung Pematang
Kito nyomondo tak ado kuaso,
Suruh poei dipanggil datang

Cucunya sayang nak mulo belajar,
Antar sekolah, sekolah tadika
Balik bojomput poie berantar,
Cucu dikundang ateh basikal

Ingat nak pencen sudahlah sampai,
Ghumah pusako kito botolkan
Kito nyomondo bak buah rambai,
Tanah pusako bagai durian

Bilo kito sudah besagho,
Duit pun sikit kurang kuaso,
Tak tahan daulat tanah pusako,
Berangkeklah balik ke porak kito

Chorus
Hati gajah samo dilapah,
Hati kuman samo dicincang,
Sayangkan bini hormat montuo,
Beradat bilo monyomondo

Tido baring besamo cucu,
Atuk dah mulo monjoling-joling,
Di topi Uwan di tongah cucu,
Atuk kono tido mongereng

Belago kono dihimpap rumah,
Kito kono duri durian,
Kito nyomondo di bumi adat,
Untung nasib tuahnya badan

Batu godok, batu tanggo,
Batu giling, batu nesan,
Tak tahan daulat tanah pusako,
Lobih baik pocah sompadan.

Makam Tok Bungkal

Tok Bungkal binti Bendahara Dato Sekudai dilahirkan di Kampung Relong, Rembau sekitar tahun 1497. Beliau merupakan anak bongsu daripada adik beradik Dato Mudek, Dato Mengkudu dan Dato Bungkal. Semasa zaman kanak-kanak beliau telah diserahkan oleh ibubapa beliau kepada Pembesar dari Pagar Ruyung, Sumatera untuk dipelihara kerana Dato Leteh berserta rombongannya telah membawa pembaharuan dan Agama Islam di Rembau pada masa itu. Dato Bungkal telah diIslamkan semasa zaman kanak-kanak lagi.

Dato’ Bungkal telah berkahwin dengan seorang Pembesar dari Pagar Ruyung iaitu Dato Lela Balang sekitar tahun 1515 dan memperoleh 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak perempuan beliau yang sulung bernama Dato Pundong diikuti oleh Dato Siti, Dato Lijah, Dato Makraman dan anak lelaki Dato Seri Rama. Dato Bungkal bersama dengan Dato Lela Balang iaitu suami beliau beserta dengan pembesar-pembesar yang lain telah bermuafakat melantik seorang penghulu bagi mentadbir Kerajaan Rembau. Atas kebulatan anak buah, maka Dato Seri Rama bin Dato Lela balang iaitu anak kepada Dato Lela Balang dengan Dato Bungkal telah dilantik sebagai Undang Luak Rembau yang pertama dan dikerjankan pada tahun 1540. Dengan wawasan dan pemikiran yang bernas dari Dato Bungkal dan Dato Lela Balang maka Institusi Undang Luak Rembau berkekalan sehingga ke hari ini.
Sumber: Balai Undang Luak Rembau

Makam Tok Bungkal bte Batin Sekudai, di Kampung Kota Lama yang telah di baik pulih pada Jun 2013.

Terdapat kesilapan tentang tag nama yang sepatutnya adalah Tok Bungkal bte Batin Sekudai.

Makam Tok Bungkal sebelum dinaik taraf seperti di atas.

Sunday, April 7, 2013

KOTA PERLU DIISYTIHAR TEMPAT WARISAN BERSEJARAH

Sejarah Negeri Sembilan bermula di Rembau. Sejarah Rembau pula banyak bermula di kawasan sekitar DUN Kota. Pada hakikatnya Kota mempunyai banyak kesan sejarah sejak mula pembukaan Rembau oleh orang Asal dari keturunan Jakun. Sistem pemerintahan Rembau yang tersusun adalah hasil kesepakatan antara orang Asal keturunan Jakun dengan kaum pendatang Minangkabau dari Sumatera.

Perlantikan Undang Rembau yang pertama iaitu Dato' Sri Rama bin Datuk Lela Balang (Waris Jakun) pada tahun 1540 M adalah merupakan putera dari hasil perkahwinan pembesar dari Pagar Ruyung dan anak Ketua Tok Batin adalah detik permulaan sistem pemerintahan kerajaan Rembau pada ketika itu.

Sepertimana yang diketahui pakar sejarah, kerajaan Rembau banyak memberi bantuan kepada pembesar Melaka selepas kejatuhan Melaka ditangan penjajah Portugis.

Lubok China di Rembau adalah tempat pusat perdagangan orang Cina di rantau ini selepas orang-orang Cina pada ketika itu memboikot untuk berdagang di pelabuhan Melaka yang dikawal Portugis. Manakala Tun Zainal Abidin bin Bendahara Paduka Raja Tun Perak telah dilantik menjadi Dato' Lubok China.

Memandangkan Kota mempunyai banyak kesan sejarah, maka beberapa tempat-tempat bersejarah di Kota ini perlulah dipelihara untuk tatapan generasi kini dan akan datang agar mereka dapat mengenang kembali sejarah bahawa Kota adalah merupakan tempat penyatuan umat di rantau ini.

Secara tidak langsung dengan pengisytiharan Kota sebagai tempat Warisan Bersejarah, ianya akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di tempat ini.

Antara tempat bersejarah yang terdapat di Kota dan perlu dipelihara ialah :
1. Rumah YTM Dato Lela Maharaja, Dato' Haji Sulong (Undang Rembau ke 17)
2. Surau Batu Kampung Paya (Berhadapan rumah YTM Dato' Haji Sulong)
3. Rumah Tun Abd Malek Yusof (Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama)
4. Telapak YTM Dato' Lela Maharaja, Dato' Haji Ipap (Undang Rembau ke 19), Kampung Kota Lama (bermulanya ketamadunan Kerajaan Rembau)
5. Makam Lela Balang (Ayahanda kepada Undang Rembau Pertama)
6. Makam Tok Bungkal (Bonda kepada Undang Rembau Pertama)
7. Makam Dato' Si Rama (Undang Rembau Pertama)
8. Makam Dato' Ombo (Undang Rembau Kedua)
9. Makam Tok Tua, Kampung Perah
10. Makam Tok Dalam, Kampung Padang Lekok
11. 2 makam lama Batu Nesan Acheh yang terletak di Kg Tanah Datar, Gadong
12. Danau Tasik Emas
13. Kuala Dadih
14. Masjid Lama Kg Selemak
15. Masjid Lama Tanah Datar
16. Masjid Kampung Paya

Disamping itu terdapat beberapa tempat bersejarah di Kota yang telah hilang kesannya iaitu :-
1. Perigi Raja Melewar ketika bersemayam di Penajis. Perigi ini telah dirobohkan ketika pembinaan semula Sekolah Kebangsaan Penajis.
2. Pusat permerintahan Rembau di Kendong ketika zaman Inggeris. Kawasannya sekarang ialah Pusat Pengembangan Pertanian Kendong

Kota perlu diisytihar sebagai tempat Warisan Bersejarah.

HJ GHAZALI BIN MOHD SHOM
Penyelaras PAS DUN Kota

SumberL http://pas-n28-kota.blogspot.com/2013/04/kenyataan-akhbar-pengisytiharan-dun.html

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts