Tuesday, September 12, 2017

MESYUARAT AJK KERAPATAN 1/2017


Dimaklumkan kita mesyuarat AJK yang pertama pada ketetapan berikut:
Acara    : Mesyuarat AJK Kerapatan.
Tarikh    : 16hb September 2017  ( Sabtu )
Masa      : 2.00 ptg
Tempat  : Astana Warisan D'Kota.
Di harap semuanya dapat menghadiri mesyuarat itu nanti pada masa yang telah di tetapkan bagi membincangkan secara terperinci atur cara majlis nanti.

Friday, September 8, 2017

BUAPAK PEROLEH CUCU SULONG

Syukur alhamdullillah. ..Lahirnya cucu pertama....
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim  kerana Kau telah mengurniakan ku seorang cucu yang sungguh comel....semoga akan menjadi insan yang solehah....aaaminnn...
Nama: Aralea Deanna....lahir pada 7hb Sept 2017 di Hospital Serdang




Saturday, September 2, 2017

Monday, July 24, 2017

MAJLIS RAMAH MESRA AIRIL FITRI DI ASTANA D' KOTA

Kampung Kota Lama, 22 Julai 2017 - Majlis Ramah Mesra Aidil fitri Uressian71-76, 2017 telah berlangsung dgn jayanya di Astana Warisan D'Kota di kKampong Kota Lama. Terima kaseh saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang sudi melapangkan masa untuk bersama .


















Friday, July 21, 2017

DOA HARI JUMAAT

DOA HARI JUMAAT
بسم الله الرحمن الرحيم 
اللهم صل على محمد وآل محمد

Dengan asma Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya

اَلْحَمْدُ للهِِ الاَْوَّلِ قَبْلَ الاِْنْشاءِ وَالاِْحْياءِ، وَالاْخِرِ بَعْدَ فَناءِ الاَْشْياءِ، الْعَليمِ الَّذى لا يَنْسى مَنْ ذَكَرَهُ، وَلا يَنْقُصُ مَنْ شَكَرَهُ، وَلا يَخيبُ مَنْ دَعاهُ، وَلا يَقْطَعُ رَجاءَ مَنْ رَجاهُ

Segala puji bagi Allah, Yang Awal sebelum penciptaan dan penghidupan,Yang Akhir setelah punah semua,Yang Maha Tahu,Yang Tak Melupakan orang yang mengingatNya, Yang Tidak Merugikan orang yang mensyukuri-Nya, Yang Tidak Mengecewakan orang yang memohon pada-Nya, Yang Tidak Memutuskan harap orang yang mengharap-Nya

اَللّهُمَّ اِنّى اُشْهِدُكَ وَكَفى بِكَ شَهيداً، وَاُشْهِدُ جَميعَ مَلائِكَتِكَ وَسُكّانَ سَماواتِكَ وَ حَمَلَةَ عَرْشِكَ وَمَنْ بَعَثْتَ مِنْ اَنْبِيائِكَ وَرُسُلِكَ وَاَنْشَأْتَ مِنْ اَصْنافِ خَلْقِكَ

Ya Allah, aku mintakan kesaksian-Mu dan cukuplah Engkau sebagai saksi. Aku mintakan kesaksian seluruh malaikat-Mu penghuni langit-Mu dan pemikul arasy-Mu serta yang Kau bangkitkan sebagai nabi dan rasul-Mu dan yang Kau ciptakan dari berbagai makhluk-Mu

اِنّي اَشْهَدُ اَنَّكَ اَنْتَ اللهُ لا اِلهَ اِلاّ اَنْتَ وَحْدَكَ لا شَريكَ لَكَ وَلا عَديلَ وَلا خُلْفَ لِقَوْلِكَ وَلا تَبْديلَ، وَاَنَّ مُحَمَّداً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ، اَدّى ما حَمَّلْتَهُ اِلَى العِبادِ، وَجاهَدَ فِي اللهِ عَزَّ وَجَلَّ حَقَّ الْجِهادِ، وَاَنَّهُ بَشَّرَ بِما هُوَ حَقٌّ مِنَ الثَّوابِ، وَاَنْذَرَ بِما هُوَ صِدْقٌ مِنَ الْعِقابِ
Aku bersaksi, sesungguhnya Engkau Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau, Tunggal Tak Berserikat dan Tak Bertara firman-Mu tak berubah dan tak berganti, dan sesungguhnya Muhammad saw hemba-Mu dan Rasul-Mu,
ia penuhi apa yang Kau bebankan padanya untuk semua hamba
ia berjihad di jalan Allah dengan jihad yang sebenarnya
ia memberi kabar gembira tentang pahala yang sejati
ia mengancam dengan siksa yang sesungguhnya

اَللّهُمَّ ثَبِّتْني عَلى دينِكَ ما اَحْيَيْتَني، وَلا تُزِغْ قَلْبي بَعْدَ اِذْ هَدَيْتَني، وَهَبْ لي مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهّابُ، صَلِّ عَلى مُحَمَّد وَعَلى آلِ مُحَمَّد، وَاجْعَلْني مِنْ اَتْباعِهِ وَشيعَتِهِ، وَاحْشُرْني في زُمْرَتِهِ، وَوَفِّقْني لاَِداءِ فَرْضِ الْجُمُعاتِ وَما اَوْجَبْتَ عَلَيَّ فيها مِنَ الطّاعاتِ وَقَسَمْتَ لاَِهْلِها مِنَ الْعَطاءِ في يَوْمِ الْجَزاءِ، اِنَّكَ اَنْتَ الْعَزيزُ الْحَكيمُ

Ya Allah
Teguhkan aku pada agama-Mu selama Kau hidupkan aku
Janganlah gelincirkan hatiku setelah Engkau tunjuki aku
Karuniakan padaku rahmat dari sisi-Mu
Sungguh, Engkaulah Maha Pemberi
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadikanlah aku dari pengikut dan golongannya
Kumpulkan aku pada kelompoknya
Bimbinglah aku untuk melaksanakan kewajiban Jum’at, yang Kau wajibkan atasku untuk aku taati dan Kau bagikan karunia pada hari pembalasan pada orang yang layak menerimanya.
Sungguh, Engkaulah Yang Maha Gagah dan Maha Bijaksana



Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin (sa) salah seorang cucu
Rasulullah saw.
(kitab Mafâtihul Jinân, kunci-kunci surga, bab 1, pasal 3)

Saturday, June 24, 2017

APA ITU KERJAN?

Istiadat Kerjan 
Istiadat kerjan bermaksud memasyhurkan atau mengisytiharkan secara adat yang penuh dengan istiadat ke atas penyandang pusaka Undang Luak. Dengan demikian, istilah kerjan digunakan khas kepada adat istiadat menabalkan atau menobatkan Undang. Sehubungan dengan itu, Luak Rembau dikenali dengan Tanah Kerjan dan Seri Menanti dikenali sebagai Tanah Mengandung. Istiadat kerjan dilaksana dan disempurnakan di rumah penyandang yang dilantik dengan penuh adat istiadat.

Istiadat kerjan Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip telah ditentukan pada 2 Disember 1998 bersamaan 13 Syaaban 1419. Istiadat kerjan diadakan di kediaman beliau di Kampung Sepri, Rembau.

Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip telah dibawa ke Balai Adat bersama Toh Puan dengan diiringi oleh Juak Hulubalang. Datuk Raja Senara Haji Ismail bin Haji Yasin telah menyempurnakan pemasyhuran kerjan dengan menyerukan :-

Bismillahirrahmanirrahim 
Dengar.... 
Dengar.... 
Dengar.... 
Wahai rakyat Luak Rembau, 
Yang tua dan yang muda, 
Yang besar dan yang kecil, 
Yang miskin dan yang kaya, 
Lelaki dan perempuan, 
Yang berpangkat dan yang melarat sekalian. 

Mengikut perbilangan:
Adat dipakai baru, 
Kain dipakai usang, 
Bercupak sepanjang bertuang, 
Beradat sepanjang jalan. 

Pada hari ini diumukan dengan rasminya takhta Undang Luak Rembau yang ke-21 dikerjankan kepada Yang Teramat Mulia Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman.
Sesuai dengan perbilangan :

Godang jangan melanda 
Panjang jangan melindih 
Adat yang tak lekang dek panas 
Tak lapuk dek hujan 
Dianjak tak layu 
Dicabut tak mati 
Di mana tanah dipijak 
Akar dilangkah 
Undang Luak yang punya 

Sebaik sahaja pemasyhuran dibuat, Datuk Ngiang telah memukul gong atau canang menandakan rasmi mengikut adat istiadat Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharif bin Haji Othman sebagai Undang Luak Rembau ke-21. Kerjan adalah satu sebutan adat yang bermaksud pertabalan. Kerjan diadakan selepas seseorang itu dimasyhur atau ditabalkan sebagai undang. Sistem undang yang diguna pakai sekarang ini merupakan satu sistem demokrasi penuh yang unik.


Segala perlantikan dan keputusan adalah mengikut keputusan majoriti. Anak buah melantik Buapak. Buapak melantik Lembaga. Lembaga melantik Dato’ Undang. Kemuafakatan Dato’ Undang inilah akan melantik Yang Dipertuan Besar. Sistem ini telah digunakan sejak zaman-berzaman.

Istiadat kerjan ini dimulakan dengan menurunkan alat kebesaran. Penurunan alat kebesaran adalah satu tanda kebesaran bagi setiap penyandang undang luak. Alat kebesaran ini diwarisi daripada undang luak pertama,



Thursday, June 22, 2017

SENARAI UNDANG REMBAU

Senarai Dato'-Dato' Undang Luak Rembau :

1. 1540 - 1555 Dato' Lela Maharaja Sri Rama bin Datuk Lela Balang
2. 1555 - 1605 Dato' Sedia Raja Ombo bin Dato Lela Maharaja Sri Rama
3. 1605 - 1620 Dato' Lela Maharaja Lenggang [Genggang]
4. 1620 - 1645 Dato' Sedia Raja Pandak
5. 1645 - 1660 Dato' Lela Maharaja Uban
6. 1660 - 1690 Dato' Sedia Raja Sagah
7. 1690 - 1725 Dato' Sedia Raja Kurup
8. 1725 - 1750 Dato' Sedia Raja Sabat [Sobok]
9. 1750 - 1790 Dato' Lela Maharaja Lulinsoh
10. 1790 - 1795 Dato' Sedia Raja Pekak
11. 1795 - 1812 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban
12. 1812 - 1819 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Bogok [Bahago]
13. 1819 - 1838 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Nganit [Reneh]
14. 1838 - 1871 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Akhir
15. 1871 - 1883 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Sahil
16. 1883 - 1905 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Sarun bin Saidin
17. 1905 - 1922 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Sulung bin Miah
18. 1922 - 1938 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Abdu'llah bin Haji Dahan
19. 1938 - 1962 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Ipap bin 'Abdu'llah
20. 1962 - 1998 Y.T.M. Dato' Sedia Raja Haji Adnan bin Haji Ma'ah
21. 1999 - Y.T.M. Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharif Bin Othman

Tuesday, May 23, 2017

Warisan Ipap



Syukur alhamdullilah. ...process baik pulih rumah pusaka ini telah pun selesai. Sekarang dalam usaha untuk menjadikannya sebagai galeri sejarah Dato' Haji Ipap Bin Abdullah. ..Dato' Undang Luak Rembau ke 19. Apabila siap kelak ianya akan di kenali sebagai Astana Warisan D'Kota. .

NEGERI SEMBILAN : KAHWIN SAMA SUKU




 PEKAN KOTA, N.SEMBILAN

NOTA : 
ADA SEDIKIT MASALAH TEKNIKAL KE ATAS CATATAN YANG DIHASILKAN PADA 31 MAC 2013 INI. SAYA STRUKTURKAN SEMULA CATATAN YANG AGAK DIBERI PERHATIAN OLEH PENGUNJUNG BLOG. CATATAN INI TELAH DILAWATI SEBANYAK 3636 KALI.

JIKA SUDI SILA LIHAT KAITAN (LINK) CATATAN INI DENGAN " KAHWIN SAMA SUKU : HUKUMANNYA ".

Secara umumnya, sesiapa pon termasuk mereka yang bukan Orang Negeri Sembilan memahami bahawa Sistem Adat Perpatih di Negeri Sembilan tidak membenarkan perkahwinan di kalangan keturunan yang sama SUKU. Contoh, seorang lelaki dari keturunan Suku Biduanda tidak boleh berkahwin dengan perempuan yang juga dari keturunan Suku Biduanda. Benarkah?

Suku Biduanda di Luak Rembau terbahagi kepada dua Sub-Suku - Suku Biduanda Lela Maharaja dan Suku Biduanda Sedia Raja. Saya memohon maaf kerana di atas kedangkalan ilmu menggunakan istilah ‘Sub-Suku’. Mungkin ada terma dalam teromba adat perpatih yang lebih tepat lagi.
Dipercayai bahawa di antara pendatang terawal Minangkabau ke Rembau adalah kumpulan yang diketuai oleh Dato Leteh. Ketika itu Rembau dikuasai oleh penduduk asal yang diketuai oleh Tok Batin Sekudai. Bagimanapun, kumpulan pendatang Minangkabau dan penduduk asal Rembau menjalin hidup dalam suasana harmoni sehinggakan Tok Batin Sekudai sanggup menyerahkan anak perempuannya yang bernama Dato’ Bungkal kepada Dato Leteh untuk dijadikan anak angkat.
Selepas itu satu lagi kumpulan pendatang Minangkabau yang diketuai oleh seorang Pembesar Minangkabau bernama Dato’ Lela Balang datang dan menetap di Rembau. Akhirnya Pembesar Minangkabau itu (Dato’ Lela Balang) berkahwin dengan anak angkat kepada Dato’ Leteh itu, yaani Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai.  

Pasangan itu memperolehi lima orang anak – 4 orang perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak peremuan pasangan Dato’ Lela Balang dan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai ialah; Datuk Pandung, Datuk Siti, Datuk Lijah dan Datuk Makraman. Anak lelaki bernama Dato’ Seri Rama.Dari keturunan anak-anak perempuan pasangan inilah lahirnya keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja di Rembau.


PAPAN TANDA MAKAM PURBA ALMARHUM UNDANG LUAK REMBAU
PERTAMA & PUAN ISTERI
Makam ini terletak di kawasan terpencil di Kampung Chengkau Ulu

Untuk menyempurnakan ‘ Grand Design’ yang kesannya kekal hingga hari ini, Dato’ Seri Rama (Anak lelaki pasangan Dato’ Lela Balang dan Datuk Bungkal bt. Batin Sekudai) ‘ dikahwinkan’ (berkahwin) dengan anak perempuan kepada seorang lagi Pembesar Minangkabau, iaitu Dato’ Laut Dalam yang bernama Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Dari keturunan pasangan inilah ( Dato’ Seri Rama dan  Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam) bermulanya keturunan Suku Biduanda Sedia Raja di Rembau.

MAKAM PURBA ALMARHUM UNDANG LUAK REMBAU PERTAMA DAN PUAN ISTERI

‘ Grand Design’ itu dirangka kerana pada mulanya cuma keturunan Dato’ Lela Balang/ Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai sahaja yang layak dilantik menjadi Undang Luak Rembau. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada seorang lagi ketua pendatang Minangkabau bernama Dato Laut Dalam. Satu persetujuan dicapai bahawa keturunan Dato’Laut Dalam juga boleh menjadi Undang Luak Rembau dengan syarat mengahwinkan anak lelaki Dato’ Lela Balang dengan anak perempuannya (Dato Laut Dalam).

Secara kasar kompromi tersebut dilihat melunaskan hajat Dato’ Laut Dalam. Bagaimanapun,  satu perkara penting yang disisip secara bijak ialah dominasi keturunan Dato’ Bungkal binti Tok Batin Sekudai (Dato’ Lela Balang) dalam menerajui Adat Perpatih di Rembau tidak diusik. Dengan mengatur perkahwinan Dato’ Seri Rama/Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam, keturunan Dato’ Bungkal bt. Tok Batin Sekudai yang juga adalah penduduk asal Rembau masih kekal sebagai kuasa dominan dalam menerajui Adat Perpatih di Rembau.

Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja adalah dari keturunan anak-anak perempuan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai. Keturunan Suku Biduanda Sedia Raja pula adalah dari keturunan cucu-cucu Dato’ Bungkal bt Tok Batin Sekudai (melalui perkahwinan anak lelakinya, Dato’ Seri Rama dengan Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam).        

Dato’ Seri Rama dilantik menjadi Undang Luak Rembau Pertama ( 1540 – 1555) dengan gelaraan Dato’ Lela Maharaja Dato’ Seri Rama. Gelaran Lela Maharaja adalah berdasarkan nasab di sebelah ibunya ( Dato Bungkal bt. Batin Sekudai).

Anak lelaki pasangan Dato’ Seri Rama bin Dato’ Lela Balang/Siti Hawa bt. Laut Dalam yang bernama Dato’ Ambo (Ombo) bin Dato’ Seri Rama dilantik menjadi Undang Luak Rembau Ke-2 ( 1555 – 1605) dengan gelaran Dato’ Sedia Raja Dato’ Ambo (Ombo) bin Dato’ Seri Rama.
Begitulah secara ringkas pertalian persaudaraan diantara keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja dengan Suku Biduanda Sedia Raja. Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja bermula dari keturunan anak-anak perempuan Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai. Sementara itu keturunan Suku Biduanda Sedia Raja adalah bermula dari keturunan anak lelaki Dato’ Bungkal bt. Batin Sekudai, iaitu Undang Luak Rembau Pertama Dato’ Seri Rama yang berkahwin dengan Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Saya tidak berani memuktamadkan bab ini kerana tidak mempunyai maklumat mengenai anak-anak perempuan pasangan Dato’ Seri Rama/ Siti Hawa bt. Dato’ Laut Dalam. Bagaimanapun, mengikut Sistem Adat Perpatih yang ‘matrilineal’ ( nasab suku mengikut nasab ibu), keturunan suku diambilkira dari keturunan sebelah anak perempuan.    

Dalam sistem Adat Perpatih di Daerah Rembau, anak lelaki dari kedua-dua keturunan ini (Keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja dan Suku Biduanda Sedia Raja) sahaja yang layak dipilih dan dilantik sebagai Undang Luak Rembau secara bergilir-gilir.

Dalam perbualan seharian, seseorang itu samada dari Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja akan disebut sebagai Suku Biduanda sahaja tanpa menyebut samada Suku Biduanda Lela Maharaja atau Sedia Raja. Kebiasaannya, sebutan Suku Biduanda Lela Maharaja atau Sedia Raja cuma diperincikan dalam majlis adat yang bersifat formal sahaja. 

Berbalik kepada persoalan awal, benarkah perkahwinan sesama Suku tidak dibolehkan?
Melalui pemerhatian terhadap amalan perkahwinan keturunan Suku Biduanda di kampung halaman sendiri ( keturunan Suku Biduanda menetap di banyak kampung dalam Daerah Rembau), saya mendapati bahawa berlaku dan tiada halangan bagi anak adat berkahwin sesama Suku Biduanda dengan syarat pasangan tersebut hendaklah dari Sub-Suku yang berlainan ( Suku Biduanda Lela Maharaja atau Suku Biduanda Sedia Raja). Contoh, seorang dari keturunan Suku Biduanda Lela Maharaja boleh berkahwin dengan seorang dari keturunan Suku Biduanda Sedia Raja. Sebaliknya, seseorang itu tidak dibolehkan berkahwin sesama Sub-Suku.

Undang Luak Rembau sekarang ialah Undang Luak Rembau Ke-21, Dato’ Lela Maharaja Haji Muhamad Sharif bin Haji Othman ( 1998 hingga sekarang) dari Suku Biduanda Lela Maharaja.
Catatan ini adalah dari pemerhatian saya mengenai Suku Biduanda di kampung sendiri. Catatan ini adalah catatan orang biasa yang dibesarkan dalam masyarakat yang tegar mengamalkan Adat Perpatih. Namun, dalam tempoh yang terlalu panjang, saya telah bermastautin ke luar daerah adat. Saya akui tidak mendalami selok-belok Adat Perpatih. Saya berlapang dada dengan teguran, membetulkan atau menokok tambah info yang kurang tepat dalam catatan ini.


Ujang Kutik: http://ujangchengkau.blogspot.my/2013/03/negeri-sembilan-kahwin-sama-suku.html

Monday, May 22, 2017

PERKAHWINAN DALAM ADAT PERPATIH

PERKAHWINAN DALAM ADAT PERPATIH


Adat menggariskan tata-atur, susun lapis yang begitu murni dalam nikah kahwin atau istilah adat disebut Somondo Monyomondo

Nan perempuan disomondo dek oghang
Nan lelaki monyomondo ko oghang
Kundo monyala ko labu
Labu monyala ko kundo
Sirih Bojunjung
Ayam boghinduk
Sigai moncaghi onau
Onau totap
Sigai boghanjak

Ia bermula dengan adat merisik, menghantar cincin tanya, bertunang, mengembang cincin, menjemput mempelai, ijab dan kabul, bersanding, terinai, jamuan dan menyalang. Nikah kahwin terbahagi kepada 2 iaitu :-
Lazim
Perkahwinan yang lazim adalah mengikut tata atur adat nan diuco pakai iaitu bermula daripada adat merisik sehinggalah menyalang. Adat berkata orang meminang, tanah berani, berani surut, berani lalu, berani cepat, berani lambat, berani berolek dan berani tak berolek.

Tak lazim
Perkahwinan tak lazim adalah menyerah dan merumah. Menyerah dan merumah berlaku kerana pinangan teruna atau bujang ditolak oleh keluarga pihak perempuan. Menyerah dan merumah berlaku pada waktu malam di rumah anak gadis atau anak dara. Waktu itu ibu dan ayah tiada di rumah menghadiri majlis agama di surau, masjid atau kenduri. Lelaki ditemani oleh beberapa orang kawan-kawannya naik ke atas rumah dan duduk di serambi.

Orang menyerah adat berkata :-
Ditughun’an bulih
Diteghimo bulih

Manakala orang merumah adat berkata :-

Hati boghani sonjato tajam
Mulut baca omeh banyak
Tepuk dado tanyo selegho
Bujo lalu molintang patah
Potamo tobilang
Keduo ilang

KEDUDUKAN ORANG SEMENDA

Dalam adat orang semenda dikatakan :-

Buek dek disughuh
Boghonti dek ditogah

Ibaghat abu di ateh tunggul
Ibaghat tolo di ujung tanduk
Ibaghat ombun di ujung ghumput

Bagi orang somondo
Kocik anak,
Bosa tu pek mondo

Orang Somondo dongan tompek mondo
Ibaghat montimun dongan dian
Monggelek kono
Digelek pun kono

Ini adalah satu sudut pandangan manakala di satu pandangan yang lain orang semenda itu mendapat tempat / kedudukan yang amat baik. Disebut dalam perbilangan :-

Bondol nan ompek
Oghang somondo nan punyo

Potang dio moghoban’an
Pagi dio melopeh’an
Dijago ayam jangan dapek dek musang
Dijaga kobau jantan tak moghompok

Orang somondo
Tompek yakin
Tompek pocayo
Tompek bobona
Pado tompek mondo
Dan kunci bini laki

Orang semenda yang baik dan bijak harus memahami sedalam-dalamnya pepatah :-

Tau bobilik kocik
Tau bobilik godang

Maksudnya orang semenda yang tahu adat dapat membezakan yang mana urusannya sebagai bapa dan yang mana menjadi urusan tempat mondo nan seadat yang tak boleh dicampur atau masuk campur.


JENIS-JENIS ORANG SEMENDA

Pertama :  Orang semenda sahaja
Maksud :  Orang semenda / pasangan yang tiada anak

Kedua :    Orang semenda bapa budak
Maksud :  Orang semenda yang berulit dengan anak-anak dan isterinya sahaja

Ketiga :    Orang semenda langau hijau
Maksud :  Orang semenda yang berbibi-binian. Nikah dan cerai.

Adat berkata :-   Oghang bini-binian
Anak tak dapek disughuh
Tanam-tanaman tak dapek dighaso

Keempat :    Orang semenda kumbang jantan
Maksud :  Orang semenda berperangai seperti kumbang menghisap madu isterinya dan menghabiskan harta benda isterinya.

Kelima :        Orang semenda alas / pelapik tempat mondo
Maksud :  Orang semenda yang baik / ideal. Bertanggungjawab kepada mentua-mentaya, ipar-lamai dan seluruh keluarga.

Adat berkata :-   

Ado samo dimakan
Tak ado samo moncaghik
Banyak diboghi boghumpuk
Sikit diboghi moncocah
Banyak tando ado
Sikit tando ingat
Hati gajah samo dilapah
Hati tungau samo moncocah

PANTANG LARANG TEMPAT MONDO DAN ORANG SOMONDO

Manakala dalam menentukan keharmonian masyarakat adat, ada pula pantang larang yang perlu dipatuhi.

Pantang Tempat Mondo

1.      Beri satu dua ditarik
Maksud :  Kakaknya dikahwini, adik iparnya dinodai
2.      Pelesit duo sekampung
Maksud :  Orang somondo berlaku curang dan cabul dengan isteri tempat mondo
3.      Anau sobatang duo sigai
Maksud :  Orang somondo menggalakkan isterinya menjual maruah untuk keuntungannya.

Pantang Orang Somondo

1.   Udah diboghi diambik balik
Maksud :  Sorang somondo dilakukan curang oleh tempat mondo
2.    Diujo dipogang ekor
Maksud :  Orang somondo diberi harta contohnya kerbau. Bila kerbau tersebut telah membiak, orang somondo tidak diberi tahu tempat mondo telah mengambil dan menjual kerbau tersebut.
3.    Posan taghuh dipemalami
Maksud :  Orang somondo yang telah diseraya pergi menuntut duit adat dan istiadat di rumah pihak lelaki dan bila sampai diturut oleh tempat mondo dan mengambil tugas orang somondo mengatakan orang somondonya tak menuras (monugheh)



Tuesday, April 4, 2017

FESTIVAL SILAT WARISAN TANAH BERADAT

Senjata Melayu juga akan dipertontonkan kepada hadirin. Lihatlah bagaimana hebatnya warisan kita menggunakan senjata untuk mempertahankan Tanah Air kita.

Monday, March 20, 2017

In Progress

Rumah pusaka di telapak Dato' Haji Ipap bin Abdullah Undang Luak Rembau ke19 di Kampong Kota Lama dalam proses baik pulih. Apabila siap nanti, rumah ini akan jadikan sebagai Galeri Dato' Haji Ipap bin Abdullah. Ianya akan di kenali dengan nama " ASTANA WARISAN D' KOTA. "












RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts