Saturday, June 24, 2017

APA ITU KERJAN?

Istiadat Kerjan 
Istiadat kerjan bermaksud memasyhurkan atau mengisytiharkan secara adat yang penuh dengan istiadat ke atas penyandang pusaka Undang Luak. Dengan demikian, istilah kerjan digunakan khas kepada adat istiadat menabalkan atau menobatkan Undang. Sehubungan dengan itu, Luak Rembau dikenali dengan Tanah Kerjan dan Seri Menanti dikenali sebagai Tanah Mengandung. Istiadat kerjan dilaksana dan disempurnakan di rumah penyandang yang dilantik dengan penuh adat istiadat.

Istiadat kerjan Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip telah ditentukan pada 2 Disember 1998 bersamaan 13 Syaaban 1419. Istiadat kerjan diadakan di kediaman beliau di Kampung Sepri, Rembau.

Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip telah dibawa ke Balai Adat bersama Toh Puan dengan diiringi oleh Juak Hulubalang. Datuk Raja Senara Haji Ismail bin Haji Yasin telah menyempurnakan pemasyhuran kerjan dengan menyerukan :-

Bismillahirrahmanirrahim 
Dengar.... 
Dengar.... 
Dengar.... 
Wahai rakyat Luak Rembau, 
Yang tua dan yang muda, 
Yang besar dan yang kecil, 
Yang miskin dan yang kaya, 
Lelaki dan perempuan, 
Yang berpangkat dan yang melarat sekalian. 

Mengikut perbilangan:
Adat dipakai baru, 
Kain dipakai usang, 
Bercupak sepanjang bertuang, 
Beradat sepanjang jalan. 

Pada hari ini diumukan dengan rasminya takhta Undang Luak Rembau yang ke-21 dikerjankan kepada Yang Teramat Mulia Datuk Lela Maharaja Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman.
Sesuai dengan perbilangan :

Godang jangan melanda 
Panjang jangan melindih 
Adat yang tak lekang dek panas 
Tak lapuk dek hujan 
Dianjak tak layu 
Dicabut tak mati 
Di mana tanah dipijak 
Akar dilangkah 
Undang Luak yang punya 

Sebaik sahaja pemasyhuran dibuat, Datuk Ngiang telah memukul gong atau canang menandakan rasmi mengikut adat istiadat Datuk Lela Maharaja Muhamad Sharif bin Haji Othman sebagai Undang Luak Rembau ke-21. Kerjan adalah satu sebutan adat yang bermaksud pertabalan. Kerjan diadakan selepas seseorang itu dimasyhur atau ditabalkan sebagai undang. Sistem undang yang diguna pakai sekarang ini merupakan satu sistem demokrasi penuh yang unik.


Segala perlantikan dan keputusan adalah mengikut keputusan majoriti. Anak buah melantik Buapak. Buapak melantik Lembaga. Lembaga melantik Dato’ Undang. Kemuafakatan Dato’ Undang inilah akan melantik Yang Dipertuan Besar. Sistem ini telah digunakan sejak zaman-berzaman.

Istiadat kerjan ini dimulakan dengan menurunkan alat kebesaran. Penurunan alat kebesaran adalah satu tanda kebesaran bagi setiap penyandang undang luak. Alat kebesaran ini diwarisi daripada undang luak pertama,



Thursday, June 22, 2017

SENARAI UNDANG REMBAU

Senarai Dato'-Dato' Undang Luak Rembau :

1. 1540 - 1555 Dato' Lela Maharaja Sri Rama bin Datuk Lela Balang
2. 1555 - 1605 Dato' Sedia Raja Ombo bin Dato Lela Maharaja Sri Rama
3. 1605 - 1620 Dato' Lela Maharaja Lenggang [Genggang]
4. 1620 - 1645 Dato' Sedia Raja Pandak
5. 1645 - 1660 Dato' Lela Maharaja Uban
6. 1660 - 1690 Dato' Sedia Raja Sagah
7. 1690 - 1725 Dato' Sedia Raja Kurup
8. 1725 - 1750 Dato' Sedia Raja Sabat [Sobok]
9. 1750 - 1790 Dato' Lela Maharaja Lulinsoh
10. 1790 - 1795 Dato' Sedia Raja Pekak
11. 1795 - 1812 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Kusil bin Dato' Lela Maharaja Uban
12. 1812 - 1819 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Bogok [Bahago]
13. 1819 - 1838 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Nganit [Reneh]
14. 1838 - 1871 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Akhir
15. 1871 - 1883 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Sahil
16. 1883 - 1905 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Sarun bin Saidin
17. 1905 - 1922 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Sulung bin Miah
18. 1922 - 1938 Y.A.M. Dato' Sedia Raja Abdu'llah bin Haji Dahan
19. 1938 - 1962 Y.A.M. Dato' Lela Maharaja Haji Ipap bin 'Abdu'llah
20. 1962 - 1998 Y.T.M. Dato' Sedia Raja Haji Adnan bin Haji Ma'ah
21. 1999 - Y.T.M. Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharif Bin Othman

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts