Adat Pepatih dibahagikan kepada empat jenis atau dalam istilah adat 'Adat nan empat jenjang' iaitu:
Adat yang sebenar:
* Adat yang sebenar adat ialah undang-undang. Dalam dunia moden hari ini ialah undang-undang yang telah diwartakan atau digezetkan sama ada diperingkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Adat yang sebenar ialah juga hukum alam. Ia adalah ketentuan Ilahi, Allah SWT.
Contoh:
Sifat api - membakar
Sifat air - membasahi
Benda-benda tajam melukai
Adat yang teradat :
* Adat yang teradat adalah kelaziman atau tabii.
Contoh:
Adat merisik, Adat bertunang, Adat menjemput pengantin, Adat mengembang cincin, Adat berkayu berakar dan lain-lain.
Adat yang diadatkan :
* Adat yang diadatkan ialah adat yang diucap dan dipakai.
Adat Istiadat:
* Adat istiadat ialah adat resam.