Friday, September 30, 2011
Monday, September 26, 2011
Sejarah Rembau - Bahagian 2
Abad 17 | |
1605 | 1. Datuk Ambo meninggal dunia |
2. Lenggang dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 3 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. | |
1620 | 1. Datuk Lenggang meninggal dunia |
2. Pandak dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 4 dengan gelaran Datuk Sedia Raja | |
1622 | Rombongan Tunku Besar Raja Bujang sampai di Rembau Darat dan membuat penempatan di Kampung Ulu Penajis, Ulu Sepri. |
1623 – 24 | Sultan Abdul Jalil II (1623 – 77) Johor melantik Datuk Ganti Maharaja, Lembaga suku Anak Melaka sebagai wakil kerajaan Johor di Rembau |
1640, 7 September | Rembau menghantar seramai 300 orang tentera membantu Johor dan Belanda menyerang Melaka. |
27 Oktober | Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka. |
1641, 14 Januari | 1. Melaka jatuh ke tangan Belanda |
Februari – Mac | 1. Lebai Muda dan Hitam ditahan oleh Belanda di Tampin |
2. Hitam berjaya melepaskan diri dan mendapat perlindungan di Rembau. | |
1642, Januari | 1. Jan Janz Menie menyekat lalu lintas di Sungai Penajis |
Februari | 1. Jan Janz Menie datang ke Rembau menemui Datuk Pandak |
2. Belanda menebus pelarian Kristian daripada Rembau. | |
3. Belanda membuka semula lalu lintas di Sungai Penajis | |
April | Utusan Sultan Johor menemui Datuk Pandak dan meminta membayar denda $200. |
1 – 2 Mei | Utusan Rembau berada di Melaka meminta Belanda menjadi pengantaraan dengan Johor mengenai denda $200. |
1643, 5 Mei | Orang Rembau membakar kapal dan membunuh dua orang anak kapal Melaka di Sungai Baru |
23 Mei | Peperangan di antara orang Rembau dan Melaka di Sungai Penajih berkaitan dengan perbuatan Melaka menutup sungai tersebut. |
1644, Januari | 1. Utusan daripada Sultan Johor sampai di Rembau |
2. Penghulu Rembau disoal selidik oleh Sultan Johor di Batu Sawar tentang rompakan ke atas Jorge Fernandez dan pembunuhan orang kristian di Tampin | |
5 Februari | 1. Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau |
2. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh. | |
7 Februari | Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial. |
Ogos | Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka. |
16 Ogos | 1. Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka. |
2. Belanda berjaya mematahkan pemberontakan Rembau-Naning | |
3. Hitam dan kumpulannya kecuali telah dihukum bunuh oleh Belanda | |
1645 | 1. Tunku Besar Raja Bujang meninggal dunia. |
Februari | 2. Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek |
3. Datuk Sedia Raja Pandak meninggal dunia | |
4. Uban dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 5 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja | |
1646 | 1. Tentera Rembau-Naning dikalahkan oleh Belanda di Taboh Naning |
Mac | 1. Rembau menghantar pewakilan yang diketuai oleh Datuk Jalila Muluk dan Khatib Sitam Muda ke Melaka merundungkan perjanjian persahabatan Rembau-Belanda |
24 Jun | 1. Pengampunan 24 orang rakyat Rembau-Naning oleh pihak berkuasa Belanda di Betawi yang akan dihukum bunuh |
17 September | 1. Rundingan damai diadakan di rumah Datuk Jalila Muluk – di antara Pembesar Rembau dan Naning dengan Abraham Steen, wakil kerajaan Belanda |
2. Datuk Uban menandatangani perjanjian perdamaian Rembau-Belanda | |
1647 | Neydert Clinkert datang ke Rembau mengutip bayaran ganti rugi Belanda |
1649 | Sekumpulan orang Sungai Ujong (suku Semelenggang) membuat perkampungan di Rembau Darat. Mereka bernaung di bawah Datuk Mendelika. Kelompok baru ini dikenali sebagai Semelenggang Empat Ibu. |
1650an | 1. Satu kumpulan orang Biduandan Jakun di bawah pimpinan Datuk Gindai Lautan datang membuat perkampungan di Rembau Darat |
2. Sekumpulan orang Minangkabau yang berasal daripada Batu Hampar di bawah pimpinan Datuk Sutan Bendahara sampai ke Rembau Darat | |
1659 | 1. Keluarga Diraja Johor datang ke Rembau meminang anak gadis suku Biduanda Jakun bernama Seri Banun. Peminangan itu telah ditolak oleh Orang Kaya Kecil, ayah Seri Banun |
2. Datuk Lela Maharaja Uban mengisytiharkan bahawa hak carak Biduanda Jakun menyandang pusaka Penghulu Rembau dicabut (dilucutkan) untuk sekali gilirankerana dianggap menderhaka menolak pinangan Diraja Johor | |
1660 | 1. Datuk Lela Maharaja Uban meninggal dunia |
2. Sagah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 6 dengan gelaran Datuk Sedia Raja | |
1670, Disember 1671, Januari | Utusan Datuk Sagah menghadap Sultan Johor untuk meminta izin menyerang Belanda di Melaka |
1676 | Datuk Sagah menemui Penghulu-Penghulu Sungai Ujong, Kelang dan Naning merundingkan hal menjemput seorang putera raja dari Minangkabau |
1677 | Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau |
Februari | Raja Ibrahim mengutus surat kepada Belanda di Melaka meminta Melaka jangan lagi mengganggu Rembau dan Naning. Surat itu tidak dijawab oleh Belanda |
April | 1. Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka. |
2. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka | |
Jun | Raja Ibrahim dan tenteranya berundur dari Melaka dan balik ke Rembau-Naning |
November-Disember | Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat. |
1678 | 1. Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka |
2. Belanda menyerang Rembau. Ikatan seagama yang cuba diwujudkan oleh Raja Ibrahim gagal. | |
Oktober | Raja Ibrahim mati dibunuh oleh Baggia, hamba kepunyaan Datuk Raja Merah, Penghulu Naning |
November | Datuk Sagah memperbaharui perjanjian persetiaan dan persahabatan dengan Belanda |
1680, Januari | Utusan Datuk Sagah ke Melaka merundingkan satu perjanjian dengan Belanda |
13 Februari | Surat perjanjian damai Rembau – Melaka ditandatangani di Melaka |
1690 | 1. Datuk Sagah meninggal dunia |
2. Kurap dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 7 dengan gelaran Datuk Sedia Raja |
Sunday, September 25, 2011
JENIS-JENIS ADAT PERPATIH
Adat Pepatih dibahagikan kepada empat jenis atau dalam istilah adat 'Adat nan empat jenjang' iaitu:
Adat yang sebenar:
* Adat yang sebenar adat ialah undang-undang. Dalam dunia moden hari ini ialah undang-undang yang telah diwartakan atau digezetkan sama ada diperingkat Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri. Adat yang sebenar ialah juga hukum alam. Ia adalah ketentuan Ilahi, Allah SWT.
Contoh:
Sifat api - membakar
Sifat air - membasahi
Benda-benda tajam melukai
Adat yang teradat :
* Adat yang teradat adalah kelaziman atau tabii.
Contoh:
Adat merisik, Adat bertunang, Adat menjemput pengantin, Adat mengembang cincin, Adat berkayu berakar dan lain-lain.
Adat yang diadatkan :
* Adat yang diadatkan ialah adat yang diucap dan dipakai.
Adat Istiadat:
* Adat istiadat ialah adat resam.
PRINSIP-PRINSIP ASAS ADAT PERPATIH
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
Adat Perpatih : Suku Biduanda
Sejarah kedatangan adat perpatih ke Negeri Sembilan adalah berkait rapat dengan kedatangan peneroka-peneroka orang-orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka. Penduduk Negeri Sembilan kebanyakan mereka berasal dari Tanah Minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka.
Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem adat perpatih atau dikenali juga sebagai sistem matrilineal, di mana keturunan seseorang itu disusurgalurkan mengikut sebelah ibu (nisab ibu). Adat perpatih dapat dianggap sebagai satu kawalan sosial dan merupakan satu sistem kekerabatan yang amat liberal dan menyeluruh. Justeru itu, terdapat beberapa konsep dalam adat ini yang menunjukkan hubungan kekrabatan seperti jurai, perut, suku dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, dari segi asal-usul adat ini, pada hari ini masyarakat Negeri Sembilan pada teorinya terpecah kepada 12 kumpulan yang dipanggil suku. Suku adalah merupakan kesatuan yang pada zaman awal berbentuk pengwilayahan yang diberi nama-nama tertentu iaitu:-
1. Suku Biduanda/Waris
2. Suku Batu Hampar
3. Suku Paya Kumbuh
4. Suku Mungkal
5. Suku Tiga Nenek
6. Suku Seri Melenggang
7. Suku Seri Lemak
8. Suku Batu Belang
9. Suku Tanah Datar
10. Suku Tiga Batu
11. Suku Anak Aceh
12. Suku Anak Melaka
Dari segi pentadbiran, adat perpatih adalah adat yang meliputi keseluruhan kehidupan ahlinya. Jadi, disamping mengaturkan kehidupan sosioekonominya, ia juga mempunyai sistem tadbir politik yang tersendiri. Untuk tujuan ini perbilangan adat mengatakan:
Ini bermaksud bahawa tiap-tiap luak atau daerah mempunyai seorang ketua atau pemerintah tertentu yang bergelar PENGHULU atau sekarang ini UNDANG. Jawatan undang ini digilirkan di kalangan ahli dalam suku biduanda atau waris.
Dalam sistem adat perpatih penduduk-penduduk dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan yang paling asas ialh kumpulan yang dinamakan PERUT. Anggota kumpulan ini terdiri dari keturunan nenek yang satu. Ketua perut ialah seorang lelaki yang dinamakan ibu bapa. Kumpulan yang besar daripada perut dinamakan suku iaitu terdiri daripada perut-perut yang ada tali persaudaraannya. Kedudukan suku adalah di bawah lembaga yang dipilih daripada ahli perut. Pemilihannya adalah mengikut giliran yang telah ditentukan. Di atas lembaga ialah undang, dipanggil Datuk Undang.
Adat ini dilaksanakan hampir sepenuhnya dalam berbagai-bagai aspek kehidupan dalam masyarakat iaitu penentuan pentadbiran, pembahagian kuasa politik, pembahagian dan urusan tanah pusaka, penyusunan prinsip nikah kahwin dan sebagainya. Sebagai suatu peraturan hidup yang berdasarkan kepada kepentingan bersama bergotong royong dan demokrasi, adat ini sentiasa dipertahankan keutuhan dan kewibawaannya.
Keturunan dalam adat perpatih adalah menerusi pihak perempuan.Menurut adat seseorang anak adalah masuk pihak ibunya dan dia dianggap tidak ada pertalian dengan suku bapanya. Adat ini amat besar pengaruhnya dalam kehidupan masyarakat yang berkenaan. Menurut hukum syarak seseorang itu boleh berkahwin dengan anak perempuan kakak atau adik ibunya. Tetapi perkahwinan semacam ini adalah dianggap sumbang pada sisi adat perpatih. Bagi mereka, anggota-anggota dalam satu suku semuanya dikira sangat rapat persaudaraannya iaitu disifatkan sebagai suatu keluarga besar. Sehubungan dengan ini masyarakat adat perpatih di anak lebih rapat lagi perhubungannya dengan bapa saudara sebelah ibu daripada bapa saudara sebelah bapanya.
Sejarah Rembau - Bahagian 4
Abad 19 | |
1801-02 | Tertubuhnya Ikatan Suku Yang Lima atau Berlima Di Sebelah Baroh |
Penghulu Rembau dengan rasmi mengiktiraf kewujudan ikatan : Berempat Berlima Suku Di Baroh dan Berlima Bersembilan Suku Di Darat dalam kerajaan Rembau. | |
1808 | Raja Lenggang Laut ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Seri Menanti di Penajis, Rembau. |
1812 | Datuk Lela Maharaja Kosil meninggal dunia. |
Bogok dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 12 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. | |
1819 | Raja Ali dan Raja Lenggang Laut mewujudkan institusi Lembaga Yang Berempat Di Darat. |
Datuk Bogok meninggal dunia. | |
Ngonit @ Reneh @ Ramah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 13 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. | |
Raja Ali pula melantik Pakat, ahli waris suku Biduanda Jawa sebagai Penghulu Rembau. Pelantikan Pakat tidak mendapat pengiktirafan Lembaga Tiang Balai Rembau. | |
Jun | Timmerson Tyssen, Gabenor Belanda di Melaka menghantar utusan menjemput Penghulu dan Pembesar-pembesar Rembau ke Melaka. |
Semasa di Melaka, mereka menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Inggeris. | |
1824 | Raja Lenggang meninggal dunia. |
1826 | Raja Labu ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar di Penajis, Rembau oleh Penghulu Rembau, Penghulu Sungai Ujong dan Penghulu Naning. Baginda digelar Yamtuan Sati. |
Raja Labu menyerang Raja Ali. | |
1829 | ‘Perang’ antara Raja Labu dengan Raja Ali tamat. |
1830 | Raja Labu diusir keluar daripada Seri Menanti dengan perkenan Datuk Kelana Sungai Ujong. |
Pembesar-pembesar Rembau ke Melaka mengadakan rundingan dengan Inggeris. Kedua-dua pihak bersetuju menandatangani satu perjanjian. | |
1831, Ogos | Perang Naning meletus. Rembau membantu Dol Said, Penghulu Naning. |
19 Ogos | Syed Syaaban berpaling tadah membantu Inggeris dengan mendapat bayaran $500 Sepanyol. |
30 November | Inggeris membuat perjanjian dengan Rembau tetapi tidak sah kerana Lembaga Tiang Balai tidak turut serta. |
1832, 28 Januari | Pembesar-pembesar Rembau menandatangani perjanjian (memperbaharui Perjanjian November 1831) di Simpang. |
30 April | Syed Syaaban dan pengikutnya membantu Inggeris menyerang Naning dan memainkan peranan penting memastikan kemenangan Inggeris. |
13 September | Raja Ali mengisytiharkan dirinya sebagaiYang Dipertuan Besar Rembau dan Syed Syaaban dilantiknya menjadi Yang Dipertuan Muda Rembau. |
21 Oktober | Ibbetson, Gabenor Negeri-negeri Selat mengunjungi tempat kediaman Raja Ali di Bandar, Rembau. |
1833, 9 Januari | Perjanjian sempadan Rembau-Melaka ditandatangani. |
23 Januari | Syed Syaaban mula menjalankan aktiviti mencukai lalu lintas perdagangan Sungai Linggi di Simpang |
Sept-Nov | Perang Rembau-Linggi meletus. |
1834 | Syed Syaaban melakukan percubaan membunh Datuk Ngonit tetapi gagal. |
Datuk Ngonit berserta Datuk Kelana dan Raja Raden memihak Datuk Kattas Linggi menentang Syed Syaaban dan Raja Ali. | |
1836 | Syed Syaaban dan Raja Ali diusir keluar daripada Rembau. |
1837 | Raja Raden, Yang Dipertuan Besar Seri Menanti melantik seorang ahli Biduanda Jakun daripada Kampung Chengkau belahan (perut) Chembong menjadi wakilnya di Rembau dengan gelaran Datuk Raja Diraja. Datuk ini diberi taraf Orang Besar Penghulu. |
Institusi Yang Dipertuan Muda Rembau dihapuskan | |
1843 | Datuk Ngonit meninggal dunia. |
Berlaku pertelingkahan mencari pengganti. | |
Akhir dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 14 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. Calon lain terutama Lebai Kulop tidak berpuas hati pelantikan Datuk Akhir itu. | |
Lebai Kulop memanjangkan tuntutannya itu dengan menggunakan senjata. | |
Rembau meminta jasa baik Datuk Kelana menjadi orang perantaraan dalam pertelingkahan Datuk Akhir dengan Lebai Kulop. | |
Datuk Kelana Kawal melantik seorang waris Biduanda jakun Kampung Chengkau yang diberi gelaran Datuk Menteri Penghulusebagai wakil khasnya di Rembau. | |
1844 | Pembesar-pembesar Rembau mulai melibatkan diri dalam aktiviti mengutip cukai di Sungai Linggi khususnya di Simpang. |
Mula berlaku pertelingkahan sempadan di Sungai Linggi antara Rembau, Sungai Ujong dan Selangor. | |
1847 | Syed Syaaban menyatakan kesanggupannya membantu Datuk Akhir memerangi Lebai Kulop dengan syarat beliau dilantik semula sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau. |
Satu majlis perundingan diadakan antara Pembesar-pembesar Rembau dengan Inggeris tentang Syed Syaaban. | |
Inggeris menolak permintaan Syed Syaaban | |
1848 | Lebai Kulop meninggal dunia. |
Gelaran Datuk Menteri Penghulu, wakil Datuk Kelana dalam pertelingkahan Datuk Akhir dan Lebai Kulop ditukar menjadi Datuk Menteri Lela Perkasa. Datuk ini diberi taraf Orang Besar Penghulu dan khas untuk disandang oleh waris Kampung Chengkau. | |
1850 | Raja Ali meninggal dunia di Keru, Tampin |
Syed Syaaban diberi kuasa oleh Inggeris untuk memerintah Tampin dan direstui oleh Pembesar-pembesar Rembau. Beliau diberi gelaran Tunku Besar Tampin. | |
1851 | Inggeris mengadili satu pertemuan di Melaka di antara Datuk Akhir, Datuk Kelana Kawal dan Raja Raden untuk menyelesaikan kegiatan Lebai Kulop. Datuk Kelana tidak hadir. Datuk Akhir berjanji akan menyiasat perbuatan dan menghentikan aktiviti Lebai Kulop. |
1855 | Kegiatan mengutip cukai di Sungai Linggi semakin bertambah dengan terlibat tiga orang pembesar lain. |
Ogos | Datuk Kelana Kawal menyerang tol-tol cukai di Sungai Linggi. |
1857 | Kapal perang Amethyst memusnahkan kubu percukaian di Pengkalan Kempas. |
1859 | Datuk Kulup Tunggal, Syahbandar Sungai Ujong melibatkan diri dalam kegiatan mengutip cukai. Berlaku pertelingkahan antara Datuk Syahbandar dengan Datuk Kelana. |
Datuk Akhir diminta menjadi orang tengah dalam konflik Datuk Syahbandar dan Datuk Kelana. | |
Datuk Akhir, Datuk Kelana dan Raja Raden menaikkan cukai perlombongan ke atas pelombong Cina. | |
1860 | Datuk Akhir memberi kuasa kepada Haji Musa untuk mengutip cukai di Lubok Cina. |
Perbuatan ini menegangkan perhubungan Datuk Akhir, dengan Datuk Kelana dan Datuk Kattas Linggi. | |
1861 | Inggeris cuba menyelesaikan konflik antara tiga orang pembesar itu. |
1862 | Temenggong Abu Bakar Johor menemui Datuk Akhir untuk cuba mendapat bantuan tentera Rembau bagi mempertahankan kedudukan Tun Mutahir, Bendahara Pahang tetapi gagal. |
186 | Wan Aman anak Bendahara Tun Mutahir, Pahang menenmui Datuk Akhir meminta izin membenarkan tenteranya melintasi kawasan Rembau untuk pergi ke Pahang Barat. Datuk Akir telah memberi keizinan tetapi tidak mahu campur dalam pertelingkahan di Pahang. |
1870 | Tunku Kudin (Selangor) menemui Datuk Akhir dan membuat perjanjian untuk menentukan sempadan Rembau-Selangor. Rembau berkuasa di Simpang dan Selangor di Pengkalan Kempas. |
26 Julai | Perhubungan antara Rembau dengan Sungai Ujong dan Linggi menjadi tegang. |
1872, Ogos | Datuk Akhir menghantar tentera Rembau ke Selangor membantu Tunku Kudin mengambil semula Kuala Lumpur daripada Raja Mahadi. |
29 Oktober | Satu rundingan diadakan di Simpang yang dihadiri oleh Datuk Kelana Sendeng dan Tunku Kudin. Datuk Akhir tidak hadir kerana sakit. Tunku Kudin bersetuju membuka semula lalu lintas perdagangan di Sungai Linggi. |
November | Datuk Akhir meninggal dunia di Lubuk Cina. |
Haji Mustapha dan Datuk Perba Sahil berebut untuk mendapatkan pusaka tersebut. | |
Lembaga Tiang Balai Rembau tidak mendapatkebulatan mengenai pemilihan calon penghulu yang baru. | |
Haji Sahil memangku jawatan Penghulu Rembau. Perbuatan ini mendapat tentangan daripada Haji Mustapha. | |
Perang saudara berlaku dalam kerajaan Rembau. | |
Haji Sahil menawan kubu di Bukit Tiga dan menyerahkannya kepada Datuk Gempa Maharaja Haji Mamat untuk memungut cukai di situ. | |
1873 | Inggeris mengakui Haji Sahil sebagai Penghulu Rembau yang ke 15 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. |
Julai | Inggeris meminta Datuk Haji Sahil berundur dari kubu Bukit Tiga. |
Datuk Kelana Sungai Ujong diminta jangan campur tangan dalan hal ehwal Rembau. | |
September | Tiga orang berbangsa Cina terbunuh di Rembau |
Datuk Syahbandar Sungai Ujong membakar benteng orang Rembau di Sungai Linggi. | |
November | Haji Mustapha, sebagai langkah menentang Haji Sahil telah mengakui Syed Hamid Tampin sebagai ‘berkuasa’ di Rembau. |
Disember | Datuk Haji Sahil menyerang dan memusnahkan kubu Haji Mustapha. |
Haji Mustapha mencari perlindungan di Singapura. | |
1874, 13 Februari | Satu rundingan damai diadakan di Singapura. Datuk Haji Sahil tidak hadir tetapi menghantar wakil. |
April | Orang Rembau melakukan kekacauan di Sungai Linggi. |
2 Mei | Satu pertemuan diadakan di Kuala Linggi untuk menyelesaikan masalah cukai di Sungai Linggi. Datuk Haji Sahil tidak hadir kerana uzur. |
3 Mei | Perjumpaan tersebut (2 Mei) dipindahkan ke Simpang. Datuk Haji Sahil tidak hadir tetapi mengirim surat menafikan penglibatannya dalam masalah cukai Sungai Linggi. |
5 Mei | Inggeris memusnahkan benteng di Bukit Tiga. |
Sept- Okt | Haji Sahil dan Tunku Kudin telah membuat persetiaan dengan Datuk Kelana melindungi keamanan Sungai Ujong. |
November | Orang Rembau membantu Datuk Syahbandar Sungai Ujong menentang Datuk Kelana. Orang Rembau turut membantu menawan Rasah daripada Datuk Kelana. |
1875 | Datuk Haji Sahil menyokong pelantikan Tengku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Seri Menanti. |
Disember | Datuk Haji Sahil menuslis surat kepada Inggeris memberitahu bahawa beliau tidak terlibat dalam Perang Bukit Putus. |
1876, 15 Januari | Datuk Haji Sahil perge ke Melaka untuk turut serta bersama Pembesar-pembesar Melayu Negeri Sembilan bagi membincangkan masalah Tengku Antah dengan Inggeris. |
1877 | Maharaja Abu Bakar mengunjungi Datuk Haji Sahil di kediamannya di Nerasau, Rembau. |
31 Mac | Datuk Haji Sahil menandatangani surat perjanjian peribadi dengan Inggeris. |
Jun | Suku Anak Melaka Kampung Bongek dan Bintongan menjadi suku yang berteduh di bawah naungan Penghulu dan tidak lagi berlembagakan Datuk Lela Wangsa. |
Ogos | Datuk Haji Sahil menghadiri persidangan Pembesar-pembesar Negeri Sembilan anjuran Maharaja Abu Bakar yang diadakan di Segamat, Johor. |
27 September | Datuk Haji Sahil menyerahkan Simpang kepada Inggeris melalui satu perjanjian. |
1878 | Datuk Haji Sahil mengiystihar Tampin sebagai sebahagian daripada wilayah Kerajaan Rembau. |
Januari – Februari | Perang Kecil Rembau – Tampin meletus untuk beberapa ketika. |
1879 Nov-Dis | Perselisihan antara Datuk Haji Sahil dan Syed Hamid membara semula. |
1880, Januari | Rembau menyerang dan berjaya menguasai Tampin. |
Mei-Jun | Atas campur tangan Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat, peperangan itu diberhentikan tanpa kemenangan mana-mana pihak. |
1881 | Pihak Inggeris (Weld) cuba menyelesaikan masalah Perang Kecil Rembau – Tampin tetapi gagal. |
April | Datuk Haji Sahil dijemput oleh Weld untuk membincangkan masalah Simpang di atas kapal Pluto. Datuk Kelana Muhammad Yusof turut hadir dalam perbincangan itu. |
Sempadan kawasan ditetapkan di Simpang. | |
1882 | Perhubungan Rembau – Melaka terganggu akibat masalah sempadan bersama dengan Naning (Wilayah Inggeris). |
Disember | Syed Hamid menjemput beberapa orang Datuk Rembau untuk mempengaruhi mereka agar menentang Datuk Haji Sahil. |
17 Disember | Hervey ke Rembau untuk menjalankan penyiasatan dan mempbuat laporan mengenai krisis Rembau – Tampin. |
18 – 28 Disember | Herver menemu bual Pembesar-pembesar Rembau dan Syed Hamid. |
1883, Januari | Hervey menyerahkan laporannya kepada kerajaan Inggeris. |
Februari | Laksamana Budin dihukum bunuh atas sebab menderhaka. |
29 Mac | Datuk Haji Sahil dibicarakan di Melaka atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan Weld telah menjadi hakim dalam perbicaraan itu. |
30 Mac | Datuk Haji Sahil dipecat dari jawatan Penghulu Rembau oleh mahkamah tersebut. |
31 Mac | Serun telah dilantik menjadi Penghulu Rembau yang ke 16 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. |
Datuk Serun dan Pembesar Rembau telah menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris bersama-sama Pmebesar-pembesar Melayu dari Selangor, Perak, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Linggi sebagai saksi. | |
Mei-Jun | Inggeris memberi pinjaman sejumlah $563.93 untuk pembangunan Rembau. |
1887, 17 September | Rembau menandatangani satu lagi perjanjian dengan Inggeris. Dua pertiga hasil Rembau diambil oleh Inggeris dan satu pertiga dipulangkan kepada kerajaan Rembau. Kerja mengutip hasil dan kepolisan diambil alih oleh Inggeris. |
Oktober | Hale dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Majistret di Rembau dengan berpejabat di Tampin. |
Sebuah pejabat daerah dibuka di Kendong. | |
1888 | Pejabat Daerah dipindahkan ke Kampung Lada dan kemudian di Chenong, Chengkau. |
1889, Mac | Datuk Serun menghadiri perjumpaan Pembesar-pembesar Negeri Sembilan dengan Gabenor Smith untuk menyatukan Negeri Sembilan. |
Datuk Serun dan Syed Hamid tidak bersetuju dengan cadangan itu. | |
Julai | Datuk Serun menandatangani perjanjian menggabungkan rembaud dengan Tampin, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Johol, Inas dan Gemencheh dan menerima seorang petugas British. |
Disember | Nama petugas British itu ditukar kepadaResiden British. |
Rembau diturunkan taraf daripada sebuah kerajaan yang berdaulat kepada sebuah subdaerah di bawah pentadbiran daerah Tampin. | |
1895, 24 Januari | Rembau menjadi anggota Persekutuan Negeri Sembilan yang lebih luas iaitu termasuk Sungai Ujong dan Jelebu. |
1898, April | Atas desakan Inggeris, Datuk Serun serta penghulu-penghulu lain di Negeri Sembilan terpaksa mengakui Muhammad sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan melalui Perjanjian Antara Yang Dipertuan Besar Seri Menanti dan Undang Yang Empat. |
Untuk kali pertama, istilah Undang digunakan secara rasmi menggantikan istilah Penghulu. | |
Datuk Haji Serun adalah Penghulu Rembau pertama yang menggunakan istilah Undang. | |
Datuk Haji Serun merupakan Undang Rembau yang pertama menerima elaun bulannan daripada Kerajaan Inggeris. | |
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Ekau suku apo? Selalu eh yang kito tau suku kek Nismilan ni ado duo boleh yo kan? Memang suku eh ado 12 tapi hampir setiap suku tu ado p...
-
1. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Malah kaya dengan adat istiadat, budaya dalam menjal...
-
-
ANAK BOCEK Bak ajak jalan Soghom ... ban ... Bak Batu yo Kikir jombatan bosi Ngulai yo udang satu bolango ... aiii ... Kato yo ombon...
-
Suku Yang Dua Belas Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang d...