Rembau, 30 Januari, 2017: Perlantikan Besar Waris bagi Perut Hilir, Biduanda Lela Maharaja Kampung Kota yang membawa gelaran Tuk Laksemana
Monday, February 27, 2017
Friday, June 17, 2016
DATUK ADAT DI REMBAU MENINGGAL KEMALANGAN
NOR AINNA HAMZAH
16 JUN 2016
REMBAU - Lembaga
Suku Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung, Dato Perba Yahya Abd Ghani meninggal
dunia selepas terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Pekan Chengkau, di
sini, petang tadi.
Dalam kejadian
kira-kira jam 6.10 petang itu, mangsa berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia
oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.
Menurut Ketua
Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, berdasarkan siasatan
awal kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis
Mercedes Benz dan juga kereta jenis Proton Waja.
"Bagaimanapun
siasatan lanjut berhubung insiden ini masih dijalankan. Mayat mangsa di
hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat," katanya.
Susulan insiden
berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau
bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.20 petang.
Tuesday, April 5, 2016
LUAK REMBAU TERUSKAN TRADISI
NOR AINNA HAMZAH
5 APRIL 2016
Barisan pusaka adat dan wakil sukunya yang akan menjalankan istiadat menyalang.
REMBAU – Hidup
dalam lingkungan adat.
Luak Rembau
dikenali dengan jolokan 'Daerah Beradat' meneruskan tradisi Istiadat Menyalang
Dato’ Lembaga dan Buapak Delapan Kampung Suku Biduanda Luak Rembau kali ke-7 di
Kediaman Rasmi Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau, di sini, semalam.
Datuk Lembaga Suku
Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung, Dato' Perba Yahaya Abd Ghani berkata,
istiadat bagi membolehkan penyandang pusaka baru iaitu empat datuk lembaga adat
dan juga seorang buapak menjunjung kasih melalui istiadat merafak sembah kepada
Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Yang
Teramat Mulia Tok Puan.
Menurutnya,
istiadat dilakukan menarik kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri daripada
pemimpin masyarakat, dan anak Rembau pelbagai suku khususnya yang menyertai
istiadat hari ini iaitu suku Biduanda Setia, Seri Lemak, Batu Belang, Anak
Melaka dan Biduanda Lela Maharaja.
“Hari ini adalah
proses terakhir bagi meraikan penyandang pusakan baru setelah mengisi
kekosongan jawatan datuk lembaga adat atau buapak baik atas sebab kematian,
perletakan jawatan mahupun pelucutan jawatan.
“Terdapat tiga
peringkat perlu dilalui seseorang individu sebelum dilantik. Pertama ialah
individu yang layak memegang jawatan dipilih buapak dan anak buah melalui
majlis kerapatan di suku masing-masing.
Yahaya berkata,
individu ini kemudiannya akan melalui peringkat kedua iaitu ditemu bual datuk
lembaga adat lain di Balai Undang sebelum benar-benar terbukti layak memegang
amanah sebagai pemimpin adat.
“Setelah proses
ini selesai, individu dilantik tidak kira usia akan meneruskan istiadat
menyalang dan kemudiannya disampaikan sebilah keris pusaka, sepersalinan baju
dan juga watikah pelantikan Undang Luak Rembau.
Menurutnya, pusaka
adat baru dilantik itu diharap akan dapat memikul amanah meneruskan
keistimewaan adat perpatih terutama harta dan tanah pusaka mengikut nasab ibu.
“Di Luak Rembau
terdapat kira-kira 5,000 hektar tanah pusaka dan mereka perlu arih memastikan
tanah pusaka ini dibangunkan serta memberi manfaat kepada pewarisnya.
Martabat institusi
Adat Perpatih
Sementara itu,
Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Abd Razak Ab Said
berkata, istiadat menyalang mampu memartabatkan lagi institusi adat perpatih di
negeri ini.
“Secara tidak
langsung, mereka akan lebih memahami serta menghormati kepelbagaian adat
masyarakat terutamanya di negeri ini. Jika diteliti amalan adat perpatih ini
meningkatkan semangat kecintaan kepada negeri, negara dan komuniti.
“Bagi memastikan
adat perpatih terus diamalkan kita telah melaksanakan projek sekolah
rintis bagi mewujudkan Persatuan Adat Perpatih di lima buah sekolah terpilih di
negeri ini sejak lima tahun lalu.
Razak berkata,
lima sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendeta Za’Ba, Paroi,
SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti dan SMK Dato’ Abdul Samad, Tanjong
Ipoh.
“Kita mahu
generasi muda mengenali keunikan adat ini, selain mahu mengetengahkan adat
bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah dalam pengamalan adat perpatih
di negeri ini,” katanya.
Sempena istiadat
berkenaan, Datuk Sinda Maharaja Baharin Sharif dari Suku Seri Lemak, Datuk
Andika Muhammad Hanif Shaharuddin dari suku Batu Belang, Datuk Setia Maharaja
Mohd sharif Shahudin dari suku Biduanda Setia dan Datuk Ganti Maharaja Muhamad
Yusof Abdul Rahman dari suku Anak Melaka menyertai istiadat menyalang sebagai
datuk lembaga adat.
Sementara, Datuk
Menteri Maharaja Mohd Said Mustaffa dari suku Biduanda Lela Maharaja dilantik
sebagai Buapak Kampung Gadong dan menyertai istiadat menyalang.
Untuk rekod,
Sharip turut menganugerahkan gelaran kepada lima anak lelakinya sempena majlis
berkenaan dengan gelaran Dato' Lela setia, Dato' Lela Pahlawan, Dato' Lela
Putra, Dato' Lela Paduka dan Dato' Lela Bongsu.
Turut hadir di majlis
diadakan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Adun
Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; Adun Kota, Datuk Dr Awaludin Said dan
Pegawai daerah merangkap Pengerusi Bersama Istiadat Menyalang, Amino Agos Suyub
dan Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Mohd
Jan Abdul Ghani.
Friday, March 25, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Apo kojo buapak yg sebonar eh. Pakai baju lawa2 nunggu org datang ke kenduri yo ko? Mari kito pikirkan bersamo. Jgn salah faham m...
-
-
-
Abad 17 1605 1. Datuk Ambo meninggal dunia 2. Lenggang dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 3 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. ...
-
Tarikh Peristiwa Abad 12 1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden) 2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjun...





