Monday, March 20, 2017

In Progress

Rumah pusaka di telapak Dato' Haji Ipap bin Abdullah Undang Luak Rembau ke19 di Kampong Kota Lama dalam proses baik pulih. Apabila siap nanti, rumah ini akan jadikan sebagai Galeri Dato' Haji Ipap bin Abdullah. Ianya akan di kenali dengan nama " ASTANA WARISAN D' KOTA. "












Tuesday, February 28, 2017

Istiadat Pengisytiharan YM Dato' Perba

Istiadat Pengisytiharan YM Dato' Perba, Dato' Lembaga Suku Biduanda Waris Nan 2 Carak, Lela Maharaja & Sedia Raja oleh YTM Dato' Undang.
Calon yang diisytiharkan ialah En.Abdul Razak Mohd Yassin sebagai Dato' Perba yang baru.














SESI FOTOGRAFI PENTADBIRAN LUAK REMBAU



Sekitar sesi bergambar sebelum mesyuarat Orang Besar Undang, Dato' Dato' Lembaga, Buapak delapan Kampung bersama YTM Dato' Undang Rembau.




ADAT PERPATIH


Undang Luak Rembau Undang berlembaga, berlembaga pada tiang balai nan delapan, empat di baruh empat di darat terdiri daripada :
Tiang Balai Baruh :
Dato' Gempa Maharaja,
Dato' Merbangsa,
Dato' Samsura Pahlawan,
Dato' Bangsa Balang.
Tiang Balai Darat :
Dato' Seri Maharaja,
Dato' Sinda Maharaja,
Dato' Mandelika,
Dato' Andika.
Delapan Tiang Balai Luak Rembau yang bertanggungjawab dalam perkara adat dan istiadat yang dipengerusikan oleh Dato' Gempa Maharaja dan Dato' Merbangsa. Dalam pentadbiran adat sekiranya Undang yang dilantik daripada waris Lela Maharaja ibunya adalah Dato' Gempa Maharaja dan ayahnya Dato' Merbangsa dan begitu juga sebaliknya sekiranya Undang yang dilantik daripada waris Sedia Raja maka ibunya adalah Dato' Merbangsa dan bapanya Dato' Gempa Maharaja.
Dato' Gempa Maharaja danatau Dato' Merbangsa bertanggungjawab sepenuhnya kepada Undang dan pentadbiran adat istiadat Luak Rembau yang juga merupakan penasihat dan pengerusi adatnya. Juga merupakan lembaga yang berkuasa untuk menandatangani apa-apa perjanjian.
Dua orang dato' lembaga yang menjadi aluan sembah :
Tiang Balai Baruh diadatkan kepada Dato' Bangsa Balang;
Tiang Balai Darat diadatkan kepada Dato' Seri Maharaja.
Dato' Gempa Maharaja dan Dato' Merbangsa tidak dibolehkan aluan sembah kerana sudah teradat keduanya bertaraf ibu dan bapa kepada undang.
dalam pentadbiran adat istiadat Luak Rembau tidak ada adat memangku seandainya undang meninggal dunia kuasa pentadbir terletak kepada Lembaga Tiang Balai Nan Delapan dengan dipengerusikan oleh sama ada Dato' Gempa Maharja atau Dato' Merbangsa bergantung kepada waris yang mana bakal menyandang pusaka.
Dato' Lembaga yang bertaraf Lembaga Dua Belas :
Lembaga Baruh Bertaraf Nan Dua Belas :
Dato' Perba,
Dato' Putih.
Dato' Ganti Maharaja,
Dato' Raja Senara
Dato' Lela Wangsa
Dato' Mangkuta
Maharaja Sutan (Orang Besar)
Dato' Lembaga Darat Bertaraf Nan Dua Be;as :
Dato' Setia Maharaja
Dato' Sutan Bendahara
Dato' Ngiang
Dato' Maharaja Jinda
Dato' Dagang
Dato' Panglima Dagang
Nang Besar (Orang Besar )
Empat Orang Besar Undang :
Dato' Shahbandar
Dato' Raja DiRaja
Dato' Menteri Lela Perkasa
Dato' Mangkubumi.
Dato' Lembaga mengikut adat tidak dibolehkan membawa tepak sirih dalam apacara sekalipun kerana membawa tepak teradat kepada bopak. Sekiranya bopak menjalankan adat yang membawa tepak adalah orang somondo, sesuai dengan dengan yang dikanunkan dalam perbilangan adat..orang somondo disuroh poi dipangge datang....naik berjenjang turun bertangga...lain lubok lain ikan lain luak lain pendekatannya...
Hidangan kepala kambing sebenarnya adalah hak mutlak bopak dan bukannya lembaga mengikut adat lembaga tidak boleh meminta hidangan kepala kambing kerana kambing seekor adat bopak adat lembaga seekor kerba, salah adat jika lembaga meminta hidangan kepala kambing kecuali atas izin bopak sahaja.

Namun terdapat 'dalam sombilan tuo tigo lombago satu...

Sumber: https://www.facebook.com/Adat.Perpatih/posts/793983257294510

Monday, February 27, 2017

PERLANTIKAN TUK LAKSEMANA, BESAR WARIS PERUT HILIR

Rembau, 30 Januari, 2017: Perlantikan Besar Waris bagi Perut Hilir, Biduanda Lela Maharaja Kampung Kota yang membawa gelaran Tuk Laksemana


Friday, June 17, 2016

DATUK ADAT DI REMBAU MENINGGAL KEMALANGAN

NOR AINNA HAMZAH
16 JUN 2016


REMBAU - Lembaga Suku Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung, Dato Perba Yahya Abd Ghani meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan dua kenderaan di Pekan Chengkau, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang itu, mangsa berusia 74 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif, berdasarkan siasatan awal kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Mercedes Benz dan juga kereta jenis Proton Waja.
"Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung insiden ini masih dijalankan.  Mayat mangsa di hantar ke Hospital Tampin bagi proses bedah siasat," katanya.

Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada jam 6.20 petang.

Tuesday, April 5, 2016

LUAK REMBAU TERUSKAN TRADISI


NOR AINNA HAMZAH
5 APRIL 2016
Barisan pusaka adat dan wakil sukunya yang akan menjalankan istiadat menyalang.




REMBAU – Hidup dalam lingkungan adat.
Luak Rembau dikenali dengan jolokan 'Daerah Beradat' meneruskan tradisi Istiadat Menyalang Dato’ Lembaga dan Buapak Delapan Kampung Suku Biduanda Luak Rembau kali ke-7 di Kediaman Rasmi Yang Teramat Mulia Dato' Undang Luak Rembau, di sini, semalam.
Datuk Lembaga Suku Waris Nan Dua Carak Delapan Kampung, Dato' Perba Yahaya Abd Ghani berkata, istiadat bagi membolehkan penyandang pusaka baru iaitu empat datuk lembaga adat dan juga seorang buapak menjunjung kasih melalui istiadat merafak sembah kepada Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman dan Yang Teramat Mulia Tok Puan.
Menurutnya, istiadat dilakukan menarik kehadiran lebih 1,000 tetamu terdiri daripada pemimpin masyarakat, dan anak Rembau pelbagai suku khususnya yang menyertai istiadat hari ini iaitu suku Biduanda Setia, Seri Lemak, Batu Belang, Anak Melaka dan Biduanda Lela Maharaja.
“Hari ini adalah proses terakhir bagi meraikan penyandang pusakan baru setelah mengisi kekosongan jawatan datuk lembaga adat atau buapak baik atas sebab kematian, perletakan jawatan mahupun pelucutan jawatan.    
“Terdapat tiga peringkat perlu dilalui seseorang individu sebelum dilantik. Pertama ialah individu yang layak memegang jawatan dipilih buapak dan anak buah melalui majlis kerapatan di suku masing-masing.
Yahaya berkata, individu ini kemudiannya akan melalui peringkat kedua iaitu ditemu bual datuk lembaga adat lain di Balai Undang sebelum benar-benar terbukti layak memegang amanah sebagai pemimpin adat.
“Setelah proses ini selesai, individu dilantik tidak kira usia akan meneruskan istiadat menyalang dan kemudiannya disampaikan sebilah keris pusaka, sepersalinan baju dan juga watikah pelantikan Undang Luak Rembau.
Menurutnya, pusaka adat baru dilantik itu diharap akan dapat memikul amanah meneruskan keistimewaan adat perpatih terutama harta dan tanah pusaka mengikut nasab ibu.
“Di Luak Rembau terdapat kira-kira 5,000 hektar tanah pusaka dan mereka perlu arih memastikan tanah pusaka ini dibangunkan serta memberi manfaat kepada pewarisnya.
Martabat institusi Adat Perpatih
Sementara itu, Exco Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Abd Razak Ab Said berkata, istiadat menyalang mampu memartabatkan lagi institusi adat perpatih di negeri ini.
“Secara tidak langsung, mereka akan lebih memahami serta menghormati kepelbagaian adat masyarakat terutamanya di negeri ini. Jika diteliti amalan adat perpatih ini meningkatkan semangat kecintaan kepada negeri, negara dan komuniti.
“Bagi memastikan adat perpatih  terus diamalkan kita telah melaksanakan projek sekolah rintis bagi mewujudkan Persatuan Adat Perpatih di lima buah sekolah terpilih di negeri ini sejak lima tahun lalu.
Razak berkata, lima sekolah itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendeta Za’Ba, Paroi, SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti dan SMK Dato’ Abdul Samad, Tanjong Ipoh.
“Kita mahu generasi muda mengenali keunikan adat ini, selain mahu mengetengahkan adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah dalam pengamalan adat perpatih di negeri ini,” katanya.
Sempena istiadat berkenaan, Datuk Sinda Maharaja Baharin Sharif dari Suku Seri Lemak, Datuk Andika Muhammad Hanif Shaharuddin dari suku Batu Belang, Datuk Setia Maharaja Mohd sharif Shahudin dari suku Biduanda Setia dan Datuk Ganti Maharaja Muhamad Yusof Abdul Rahman dari suku Anak Melaka menyertai istiadat menyalang sebagai datuk lembaga adat.
Sementara, Datuk Menteri Maharaja Mohd Said Mustaffa dari suku Biduanda Lela Maharaja dilantik sebagai Buapak Kampung Gadong dan menyertai istiadat menyalang.
Untuk rekod, Sharip turut menganugerahkan gelaran kepada lima anak lelakinya sempena majlis berkenaan dengan gelaran Dato' Lela setia, Dato' Lela Pahlawan, Dato' Lela Putra, Dato' Lela Paduka dan Dato' Lela Bongsu.
Turut hadir di majlis diadakan   Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Adun Chembong, Datuk Zaifulbahri Idris; Adun Kota, Datuk Dr Awaludin Said dan Pegawai daerah merangkap Pengerusi Bersama Istiadat Menyalang, Amino Agos Suyub dan Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Mohd Jan Abdul Ghani.


RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts