Sunday, September 25, 2011

Sejarah Rembau - Bahagian 3

Abad 18


1705
Berlaku ‘kekacauan’ di Rembau berkaitan dengan hamba kepunyaan Encik Panda

1706
Rembau bangun memberontak menentang Johor
Julai
Pemberontakan Rembau dapat dipatahkan oleh Bendahara Tun Mas Anum dan Seri Nara Diraja.

1707
Bendahara Tun Mas Anum menganugerahkan cap mohor yang bertulis ‘dengan restu Bendahara Seri Maharaja’ kepada Penghulu Rembau

1715
Rembau didatangi oleh utusan Sultan Johor di bawah pimpinan Seri Bijaya Wangsa da Orang Kaya Paduka Seri Dewa serta Encik Yusof bersama satu angkatan perang meminta bantuan mengeluarkan orang Bugis daripada Linggi.

Angkatan Johor-Rembau-Sungai Ujong gagal mengeluarkan orang Bugis daripada Linggi.

Mei
Satu lagi angkatan Johor di bawah pimpinan Temenggung Tun Abdul Jamal tiba di Rembau meminta bantuan menyerang Linggi sekali lagi. Ekspedisi ini juga menemui kegagalan.

Julai-Ogos
Sekali lagi Rembau menghantar tentera membantu angkatan perang Johor di bawah pimpinan Laksamana Seri Nara dan Sri Bijaya Wangsa menghukum orang-orang Air Hitam dan Sungai Tuan kerana membantu orang Bugis dalam ekspedisi sebelumnya.

1716, April
Rembau membantu Raja Muda Tun Mahmud Johor mempertahankan Selangor daripada serangan Daeng Merewah. Angkatan Johor-Rembau mengalami kekalahan.

1721
Datuk Kurap menghantar utusan ke Pagaruyung meminta seorang putera raja.

1721-1722
Raja Melewar ditabalkan sebagai Raja Rembau di Penajih

1723
Rembau diserang oleh Raja Khatib. Satu pertempuran berlaku di Kampung Bukit. Raja Melewar telah kalah dan berundur ke Sepri.

1725
Datuk Kurap meninggal dunia.

Selepas kekecohan, Sobok @ Sabat telah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 8 dengan gelaran Datuk Sedia Raja.

1726-27
Angkatan perang Raja Melewar dari Rembau menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Raja Khatib melarikan diri ke Melaka (Naning).

1728-29
Raja Melewar diusir keluar dari Rembau oleh Datuk Sabat.

1740an
Raja Melewar meninggal dunia di Seri Menanti.

Raja Adil, seorang putera Bugis diletakkan di Rembau sebagai Raja Rembau II dan wakil kerajaan Johor di Rembau.

Raja Adil berkahwin dengan Cik Menek, wanita Tampin, anggita suku Tiga Batu.

Raja Adil ditempatkan di Pedas, Rembau Darat.

1750
Datuk Sabat meninggal dunia.

Datuk Lulinsuh telah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 9 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

1756
Daeng Kemboja berundur diri daripada Linggi ke Rembau setelah diusir oleh Yang Dipertuan Kecil Trengganu dan Daeng Tunik.

Julai
Daeng Kemboja membuat persetiaan dengan Rembau.

Oktober
Raja Adil serta tentera Rembau membantu Daeng Kemboja menyerang Melaka. Tranquera (Tengkera) dan Klebang ditawan. Perang berlanjutan lebih kurang sembilan bulan.

1757
Tentera Rembau-Bugis terpaksa berundur dari kawasan Melaka.

Julai-Ogos
Daeng Kemboja menetap di Rembau Hilir.

29 September
Pembesar-pembesar Rembau dan Kelang telah ke Melaka menemui Jacob Morsel untuk membuat perjanjian tetapi gagal kerana Linggi tiada wakil.

Semasa di Melaka, Datuk Lulinsuh telah berkahwin dengan seorang wanita Portugis.

November
Daeng Kemboja dan keluarganya berpindah ke Pedas berhampiran tempat kediaman Raja Adil.

12 Disember
Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani dan Johor menyerah Rembau dan Linggi ke tangan Belanda.

1758, 1 Januari
Rembau yang hanya diwakili oleh Raja Adil, Belanda dan Bugis (Linggi) menandatangani satu perjanjian di Fort Filipina (di Kuala Linggi sekarang)

1759
Satu lagi perjanjian menggantikan Perjanjian 1758 yang tidak sah telah ditandatangani oleh Pembesar-pembesar Rembau, Kelang, Linggi dan Belanda.

1761
Jenazah Tunku Raja Dibaroh yang meninggal di Selangor dibawa ke kediaman Daeng Kemboja di Pedas.

Daeng Kemboja bersama keluarga balik ke Riau mengiringi jenazah dan terus tinggal di Riau.

1775
Satu rombongan orang Bugis daripada Riau yang diketuai oleh Awaluddin dan Serilah datang ke Rembau untuk membuat perkampungan. Mereka telah diberi tempat di Bandar, Penajih.

1778
Raja Adil (Raja Rembau II) meninggal dunia.


Raja Asil bin Raja Adil dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda Rembau. Beliau menggelarkan dirinya Sultan Mahmud Syah.

1783
Orang Bugis yang membuat perkampungan di Bandar meninggalkan Rembau dan berpindah ke kawasan baru iaitu di kawasan Linggi sekarang.

Disember
Raja Ibrahim dari Selangor datang ke Rembau meminta bantuan menyerang Melaka.

1784, Januari
Orang Rembau dan tentera Selangor menyerang Melaka.

Orang Rembau Darat membantu Datuk Kelana Leha dan Bugis menentang Belanda di Simpang.

1787,
Mei-Jun
Rembau membantu Sultan Mahms Shah, Sultan Riau-Lingga mengepung Dinding dan membuat pendaratan di pantai Pulau Pinang.

1790
Datuk Lulinsuh meninggal dunia.

Pekak dilantik menjadi Penghulu rembau ke 10 dengan gelaran Datuk Sedia Raja.

Pasah, seorang lagi calon pusaka Penghulu yang tidak berpuas hati telah mengadukan hal kepada Sultan Mahmud Shah (1761-1812) di Lingga. Sebagai penyelesaian Pasah dikurniakan gelaran Datuk Mangkubumiyang bertaraf Orang Besar Penghulu dan jawatan ini kekal di kalangan waris Biduanda Jawa Kampung Tanjong.

1795
Raja Hitam ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Seri Menanti di Penajih, Rembau.

Datuk Pekak yang sedang uzur telah mewakilkan Datuk Perba Kosil pergi ke Melaka berunding dengan kerajaan Inggeris dan menandatangani persetiaan antara Rembau dengan Inggeris di Melaka.

Datuk Perba Kosil enggan meletakkan tarafwakil sekembalinya dari Melaka. Beliau memaksa Datuk Pekak menyerahkan pusaka Penghulu kepadanya.

Kosil dikerjankan sebagai Penghulu Rembau ke 11 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

Raja Ali merampas kuasa Yang Dipertuan Muda Rembau daripada Raja Asil.

Raja Asil mengundur diri ke Naning.

1795-96
Raja Asil meninggal dunia di Naning.


Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)


Cop Mohor Yang Dipertuan Besar Rembau


Cop Mohor Yang Dipertuan Muda Rembau

Sumber: Nagari Nan Tuo

Sejarah Rembau - Bahagian 1


Tarikh
Peristiwa

Abad 12
1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden)

2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjung Tanah Melayu : Sang Hyang Hujung, Kelang dan Muar – membuka penempatan

Abad 13


±1260
1. Kedatangan perantau pelarian ke Sang Hyang Hujung


2. Perantau pelarian masuk ke pendalaman Sang Hyang Hujung meneroka kawasan Rembau : di tebing Sungai Penajih

Abad 14


1365
Penempatan di Sang Hyang Hujung di bawah takluk Majapahit (Nagarakartagama)

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara (dusun). (Abas Haji Ali).

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara. (Newbold)

Abad 15


± 1475
Batin Sekudai dilahirkan

± 1490
Batin Sekudai berkahwin

± 1490an
Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong.

±1497
1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong

2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat

± 1498 – 1500
Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina

Abad 16


± 1500
Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang)

± 1501
1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau.

2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau

3. Rembau mencapai tahap nagari dalam proses metamorfosis penempatan Minangkabau

± 1502
1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho.

2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal

3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang

4. Nama Rembau bertukar daripada Perabukepada Merbau Tua.

± 1504
1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho

2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang)

1511
1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis

2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell)

1512
Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang)

1514
Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang)

1515 – 1516
1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor

2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok

3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai

1516 – 1517
Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan

1519 – 1525
1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau

2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak

1520an
1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat.

2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat

1524 – 1525
Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok.

1539 -1540
1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama

2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja

3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaran Datuk Sedia Raja

4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa)

5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh

1540
1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota

2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok

3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh

4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat

1540 – 1541
1. Ambo bin Si Rama dilahirkan

2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh danRembau Darat

3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok

4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinan Nang Besar

5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang (sekarang disebut Datuk Ngiang)

1555
1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia

2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua

1586
1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka

2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka

3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja.


Adakah ini Maqam Dato' Lela Balang dan isterinya Dato' Bungkal. Satu kajian terperinci harus dijalankan.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

Perbezaaan Adat Perpatih Dengan Adat Temenggong


Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19

Pengenalan

Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dan Utara Sumatera dan dikembangkan oleh dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang (Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di Pagar Ruyung (Adat Perpatih)

Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan Naning di Melaka yang mengamalkan Adat Perpatih. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, aturan hidup adat istiadat dan hidup bermasyarakat Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad 15 M dan Kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh Undang-undang Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang di Pahang dan Undang-undang 99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam dan hukum syarak bermazhab Shafie

Perbezaan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung

(a) Bersifat Matriarchal I Patriarchal
- Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
• kaum wanita mempunyai hak dan keutamaan dalam mewarisi harta
• nisab keturunan juga dikira melalui suku ibu
• anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku
— DalamAdatTemenggung, dalam keluarga kaum lelaki mempunyai kedudukan
• anak lelaki mempunyai hak dalam mewarisi harta
• susur keturunan diperkira dari sebelah lelaki
• Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga

(b) Perkahwinan
— Dalam Adat Perpatih, suami dikenali sebagai orang Semenda
• bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
• tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri

(c) Tarafperkahwinan
— Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku dan tidak mengalakkan perkahwinan antara sesama suku kerana suku yang sama adalah dianggap bersaudara
— Dalam Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asal tiada mempunyai talian persaudaraan
• sekiranya bercerai dengan talak tiga boleh kembali rujuk setelah isterinya diceraikan oleh suami barunya
• dilarang berkahwin dengan perbezaan agama

(d) Pentadbiran
— Adat Perpatih bersifat demokrasi
• kuasa dibahagi antara Undang, Lembaga, Buapak, dan masyarakat
• pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
• masyarakat akan memilih Buapak, tiga Buapak pula dipilih oleh Lembaga, Lembaga memilih Undang dan Undang memilih dan melantik Yang Dipertuan Besar
— Dalam Adat Ternenggung pula pentadbiran diberikan keistimewaan
• pentadbiran diketuai oleh Raja atau Sultan dan dibantu oleh pembesar denganjawatan tertentu dan pembesar di peringkat wilayah
• sultan melantik pembesar
• ketua peringkat paling bawah ialah Ketua Kampung
• sultan berperanan sebagai lambang pepaduan antara rakyat dan ketua negara
• anak lelaki sultan merupakan pewaris takhta
• sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
• jika kedua-dua di atas tiada, maka Bendanara akan menjadi sultan
• keputusan pentadbiran dilakukan secara mesyuarat antara sultan dengan pembesar

(e) Perundangan
— Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat menyedarkan manusia. bertimbang rasa dan berunsur pemulihan
• kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
• ganti rugi mengikut tahap seperti seseorang yang dicederakan akan dibayar dengan ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barangnya, dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa
• Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
• Buapak dan Lembaga boleh menjatuhkan hukuman lain
— Dalam Adat Temenggung undang-undang jenayahnya lebih tegas
• hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh
• raja akan menjatuhkan hukuman
(1) Semangat Kesukuan
Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan adalah melalui suku
• setiap ahli keluarga berasaskan kepada suKu
Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih
(g) Pembahagian harta
— Dalam Adat Perpatih, harta milik keluarga
• harta tidak dapat dipindah milik atau dijual kepada keluarga lainnya tanpa persetujuan ahli keuarga
— Dalam Adat Temenggung harta milik individu
• pindah milik harta dan penjualan ditentunkan pemilik harta berkenaan

Kesimpulan
Adat Perpatih dan Adat Ternenggung jelas mempunyai perbezaannya Walau bagaimanapun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai maksud yang sama untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi kepada peraturan berdisiplin. rnenghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat. Kedua-duanya merupakan antara jenis hukum adat yang diamalkan di Tanah Melayu pada waktu dahulu (sekitar ahad 17M) dan masih berlangsung hingga hari ini khususnya di Negeri Sembilan dan Naning di Melaka.

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts