Saturday, February 2, 2013
Gunung Datuk
Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin. Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan ‘keramat’ sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau.
Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian. Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah. Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.
Thursday, December 27, 2012
Wednesday, December 26, 2012
Majlis Menyalang Pusaka Adat
23 Disember 2012
REMBAU - Penyandang pusaka adat diingatkan supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, terutama sekali bagi menyelesaikan masalah 'anak-anak buah' mereka.
Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Datuk Perba Yahaya Abdul Ghani berkata setiap penyelesaian hendaklah dibuat secara adil dan disegerakan.
"Walau bagaimana sukar sekali pun masalah itu, carilah jalan untuk menyelesaikannya," katanya pada majlis menyalang enam orang penyandang pusaka Buapak dan enam orang penyandang pusaka Besar Waris atau Besar Belinkongan Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Luak Rembau di kediamannya di Kampung Pulau Mampat di sini, hari ini.
Selain dapat menempatkan diri dalam majlis-majlis adat, beliau juga mengingatkan semua penyandang pusaka adat dan isteri agar dapat menjalin hubungan yang baik dan mesra dengan masyarakat sekeliling serta dengan 'anak-anak buah'.
"Sama-samalah kita menjaga institusi adat ini dengan baik dan berusaha bagi meningkatkan martabat adat ini," katanya.
Istiadat menyalang ini adalah istiadat merafak sembah sebagai tanda menjunjung kasih penyandang pusaka baru kepada Datuk Lembaga (Datuk Perba).
Istiadat ini dijalankan setelah Buapak dan Besar Waris berkenaan dilantik dan dipersetujui oleh 'anak-anak buah' suku tersebut.
Pada istiadat itu Yahaya turut menyampaikan watikah pelantikan dan penyandang pusaka kemudian melafazkan ikrar taat setia mereka.
Pada majlis itu, rombongan penyandang pusaka bersama 'anak buah' mengadap dengan beradat dan mempersembahkan 'pancho' dan 'semerit' (buah tangan) kepada Datuk Perba.
Mengikut adat, kehadiran mereka dengan rombongan ini menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.
Pelantikan penyandang pusaka adat di Luak Rembau merupakan amalan demokrasi yang diamalkan oleh pengamal adat sejak dahulu lagi.
Ia merupakan tanggungjawab setiap ahli dalam suku tersebut sebagai hak dan kebebasan untuk memilih dan dipilih. Kekosongan sesuatu pusaka adat selalunya disebabkan oleh kematian dan 'memuntahkan' pusaka dan sebagainya. - Bernama
Thursday, December 20, 2012
Pemuliharaan Telapak
Pada 23hb yang lalu, saya telah dijemput oleh YM Dato’ Samaraja Dzulkefli bin Ismail, Buapak Kampung Nan Delapan (Buapak Kampung Kota, Biduanda Lela Maharaja) untuk turut serta di dalam lawatan pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Balai Undang Luak Rembau ke rumah telapak YTM Dato’ Undang Haji Ipap bin Abdullah, Undang Rembau ke 19 di Kampung Kota Lama. Lawatan ini merupakan susulan permohonan YM Dato’ Samaraja Dzulkefli untuk memulihara rumah telapak makam Tok Bungkal bagi tujuan menjaga sejarah permulaan sejarah Rembau dan dijadikan pusat sumber maklumat sejarah Rembau.Turut hadir bersama Pengarah Politeknik Port Dickson, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Dato’ Perba, Dato’ Raja, Penolong Pegawai Daerah Rembau dan kakitangan LMNS. Perbincangan berkisar hasrat pemilik rumah untuk menjadi rumah telapak YTM Dato’ Ipap sebagai pusat maklumat sejarah Rembau. Ini adalah bersesuaian kedudukan rumah itu terletak di kampung asal dan bermulanya sejarah Rembau iaitu Kampung Kota. .Bersebelahan rumah ini, terletaknya makam Tok Bungkal dan suaminya, Dato’ Lela Maharaja. Kedua-duanya merupakan pendiri institusi Undang Rembau yang diwarisi oleh suku Biduanda Jakun dengan gelaran “Lela Maharaja“. Kemudiannya, jawatan Undang Rembau digilirkan di antara Biduanda Jakun dan Biduanda Jawa.

Sebaik sahaja selesai perbincangan di rumah, kami telah melawat kawasan makam. Saya dapati kawasan pokok buluh telah dibakar oleh penduduk kampung. Saya tidak faham kenapa pokok buluh tersebut dibakar kerana ia merupakan kawasan makam lama. Makam Dato’ Lela Balang terletak di dalam rumpun buluh yang dibakar.
Lanjutan daripada pertemuan yang pertama, LMNS telah bersetuju untuk menyediakan kertas cadangan memulihara semula rumah YTM Dato’ Undang Haji Ipap dan kawasan makam. Pada 29hb Oktober, Kurator LMNS dan konsultan telah melawat kawasan bagi menyediakan kertas cadangan. Saya dijemput untuk turut serta di dalam lawatan ini.

Rumah telapak YTM Dato’ Haji Ipap, Undang Rembau ke 19

Makam Tok Bungkal

Makam Dato’ Lela Balang
Sumber: Nagarinantuo
Monday, September 3, 2012
Monday, August 13, 2012
Salam Aidilfitri
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua ahli keluarga Waghih Biduanda Lela Maharaja. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberikan makna yang mendalam kepada semua anak-anak buah.
Sunday, April 29, 2012
Al Fathihah ... Tuk Laksemana Mohd Yatim Bidin kembali kerahmatullah
Al Fathihah ... DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Jam 6.55 pagi (30 April 2012) di Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.
Subscribe to:
Posts (Atom)
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Apo kojo buapak yg sebonar eh. Pakai baju lawa2 nunggu org datang ke kenduri yo ko? Mari kito pikirkan bersamo. Jgn salah faham m...
-
-
Suku Yang Dua Belas Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang d...
-
1. Kerajaan Pertama di Gunung Merapi 1. MAHARAJA YANG BERMAHKOTA Dikatakan pula oleh Tambo, bahwa dalam pelayaran putera-put...
-
Tok Bungkal binti Bendahara Dato Sekudai dilahirkan di Kampung Relong, Rembau sekitar tahun 1497. Beliau merupakan anak bongsu daripada adi...


