Wednesday, July 22, 2015
Friday, June 26, 2015
Undang Abdullah banyak jasa dalam pembentukan negara
Wednesday, June 3, 2015
Asal Suku Minang Di Negeri dan di Tempat-tempat Lain
Masyarakat Minangkabau
2 Jenis Adatnya
Masyarakat Minangkabau
mengamalkan dua sistem sosial iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.
Adat Perpatih
mewariskan harta pusaka dari wanita kepada anak perempuan manakala Adat
Temenggung mewariskan harta pusaka dari lelaki kepada anak lelaki. Orang
Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung di Sumatera Barat, di Indonesia
moden, adalah suku kaum matrilineal yang paling terkenal di dunia. Dua suku
mengamalkan Adat Temenggung manakala dua lagi mengamalkan Adat Perpatih. Yang
mengamalkan Adat Temenggung itu ialah suku Koto dan Piliang. Yang mengamalkan
Adat Perpatih itu ialah suku Bodi dan Caniago. Adat Perpatih dan Adat
Temenggung akhirnya disatukan oleh Sutan Balun (dari suku Bodi dan Caniago
mengikut nasab ibunya), adik kepada Sultan Minangkabau bernama Sutan Marajo
Basa (dari suku Koto dan Piliang mengikut nasab bapanya
Adat Perpatih dan Adat
Temenggung disatukan menjadi Adat Tuah Disakato. Sutan Balun dikenali
sebagai Datuk Perpatih Nan Sebatang. Sutan Marajo Basa dikenali sebagai Datuk
Katamenggungan. Ibunda Sutan Balun berketurunan Sultan Minangkabau (mengikut
nasab bapanya). Bapa Sutan Balun adalah pembesar (bukan raja) dari suku
Koto dan Piliang. Manakala bapa Sutan Marajo Basa ialah Sultan Minangkabau. Suku
Bodi dan Caniago diperintah oleh Sutan Balun, cenderung kepada Adat Perpatih
dan mengamalkan sistem demokratik republikan berasaskan rundingan.
“Raja” untuk kedua-dua
suku ini adalah rundingan.Ketua kedua-dua suku ini tidak menyembah Sultan
Minangkabau.Suku Koto dan Piliang diperintah oleh Sutan Marajo Basa, cenderung
kepada Adat Temenggung dan mengamalkan sistem beraja.Kedua-dua suku ini
menyembah Sultan Minangkabau yang berasal darinya. Orang Minangkabau yang
menetap di Negeri Sembilan (Sungai Ujung) semasa zaman kesultanan Johor di abad
ke-14 telah berkahwin campur dengan orang Temuan (Johor) Sungai Ujung yang
mengamalkan Adat Perpatih.
Orang Temuan (Johor)
di luar Sungai Ujung mengamalkan Adat Temenggung. Sungai Ujung (atau Seremban)
adalah sebuah daerah dalam negeri Johor. Ia kemudian berpecah
menghasilkan 3 daerah baru iaitu Rembau, Johol (Kuala Pilah) dan Jelebu.Tampin
kemudian keluar dari Rembau manakala Jempol (tanah asal orang Semelai) keluar
dari Johol.
Daerah Ulu Klang
(sekarang daerah Ulu Selangor, Gombak, Kuala Lumpur, Petaling dan Ulu Langat)
di Selangor, Ulu Pahang (sekarang daerah Cameron Highlands, Lipis, Raub,
Bentong, Temerloh, Jerantut, Bera dan Maran) di Pahang dan Naning (Alor Gajah)
di Melaka telah bergabung dengan Sungai Ujung, Rembau, Johol, Jelebu, Tampin
dan Jempol pada tahun 1773 untuk membentuk Negeri Sembilan. Negeri
Sembilan telah dinaungi oleh Sultan Johor dan diperintah oleh Tuanku Melewar,
anak Sultan Minangkabau.
mohdiar : makanya
dapat dirumuskan disini, mereka berlainan cara hidup dan pengganut adat walau
berdarah minangkabau juga.. Maka penganut adat temenggung duduk di luar Negeri
Sembilan dan penganut adat perpatih di dalam Negeri Sembilan.
mohdiar : makanya
dapat dirumuskan disini, mereka berlainan cara hidup dan pengganut adat walau
berdarah minangkabau juga.. Maka penganut adat temenggung duduk di luar Negeri
Sembilan dan penganut adat perpatih di dalam Negeri Sembilan.
Sumber: http://nagariperpatih.blogspot.com/
Sunday, January 4, 2015
ANAK BOCEK
Bak ajak jalan Soghom ... ban ...
Bak Batu yo Kikir jombatan bosi
Ngulai yo udang satu bolango ... aiii ...
Kato yo ombong den
Nak ayo kato kan ghaso yo la sogan
Cubo yo la pikir yo la pikir di dalam ngati aiii ...
Ayo nyola bujang sudah lah lamo, aiii ....
Ai ko Melang monyisik pandan
Anak yo la pacek di dalam buloh
Salai yo lomang tidak boghapi ... aii ...
Botanyo yo lah pulak nguwan den
Apo yo la malang nasib nyo bodan
Apo lah cacek ai si batang tubuh aiii ...
Macam ni yo kacak tak ado bini ... aiii ...
Apo ngumpan anak bocek
Anak cacing la golang-golang
Macam mano gayo nak manjek
Kocik kocik yo bolom godang
Kael pendek tali eyy panjang
Poi momancing di waktu siang
Anak bocek umor eyy panjang
Dapek yo laghi colah monsiang ...
Alah bocek ...
Mano yo la kau nak poie tu bocek ...
Ni omak datang abah datang
Bawak nyo la kona pisang
Makan yolah pisang yo la bocek aiii ...
Pisang nangko kogheh bona
Pisang yo ngombun yo bosa bona
Pisang tanduk ngulit eyy toba
Pisang nyo ghajo kulit eyy kogheh
Pisang ngomeh kocik bona
Pisang yo kaghok bijik eyy banyak
Pisang kapeh masak eyy memek
Pisang nyo ngawak malu nyobut eyy ...
Ala bocek ...
Apo yolah suko bona kau tu bocek ...
Sanun sini moloncek-loncek
Pandai la kau monjago dighi la bocek ... aii ..
Ompang Bangkung ngaey eyy bosa
Tompek nyo oghang poie mongoca
Ompang Batu tobing eyy tinggi
Pandai la kau bocek mombawo dighi
Ko ngulu air eyy cetek
Ko nggilir air eyy dogheh
Ko tongah jalo bomain
Ko topi tangguk bomain ...
Ala bocek ...
Tingga yo la kau bocek ...
Ni omak nak pulang abah nak pulang
Pandailah kau monjago dighi la bocek ....aii ...
Tangtibau bughung sebaghau
Poi mongondap anak soluang
Bonghalih la kau panau
Yo nan ko dopan dan ko bolakang
Baghu la bocek ngondak pulang
Ala bocak ....
Friday, August 1, 2014
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Apo kojo buapak yg sebonar eh. Pakai baju lawa2 nunggu org datang ke kenduri yo ko? Mari kito pikirkan bersamo. Jgn salah faham m...
-
Suku Yang Dua Belas Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang d...
-
-
1. Kerajaan Pertama di Gunung Merapi 1. MAHARAJA YANG BERMAHKOTA Dikatakan pula oleh Tambo, bahwa dalam pelayaran putera-put...
-
Tarikh Peristiwa Abad 12 1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden) 2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjun...










