PERKAHWINAN DALAM ADAT PERPATIH
Adat menggariskan
tata-atur, susun lapis yang begitu murni dalam nikah kahwin atau istilah adat
disebut Somondo Monyomondo
Nan perempuan
disomondo dek oghang
Nan lelaki monyomondo
ko oghang
Kundo monyala ko labu
Labu monyala ko kundo
Sirih Bojunjung
Ayam boghinduk
Sigai moncaghi onau
Onau totap
Sigai boghanjak
Ia bermula dengan
adat merisik, menghantar cincin tanya, bertunang, mengembang cincin, menjemput
mempelai, ijab dan kabul, bersanding, terinai, jamuan dan menyalang. Nikah
kahwin terbahagi kepada 2 iaitu :-
Lazim
Perkahwinan yang
lazim adalah mengikut tata atur adat nan diuco pakai iaitu bermula daripada
adat merisik sehinggalah menyalang. Adat berkata orang meminang, tanah berani,
berani surut, berani lalu, berani cepat, berani lambat, berani berolek dan
berani tak berolek.
Tak lazim
Perkahwinan tak lazim
adalah menyerah dan merumah. Menyerah dan merumah berlaku
kerana pinangan teruna atau bujang ditolak oleh keluarga pihak perempuan.
Menyerah dan merumah berlaku pada waktu malam di rumah anak gadis atau anak
dara. Waktu itu ibu dan ayah tiada di rumah menghadiri majlis agama di surau,
masjid atau kenduri. Lelaki ditemani oleh beberapa orang kawan-kawannya naik ke
atas rumah dan duduk di serambi.
Orang menyerah adat
berkata :-
Ditughun’an bulih
Diteghimo bulih
Manakala orang
merumah adat berkata :-
Hati boghani sonjato
tajam
Mulut baca omeh
banyak
Tepuk dado tanyo
selegho
Bujo lalu molintang
patah
Potamo tobilang
Keduo ilang
KEDUDUKAN ORANG
SEMENDA
Dalam adat orang
semenda dikatakan :-
Buek dek disughuh
Boghonti dek ditogah
Ibaghat abu di ateh
tunggul
Ibaghat tolo di ujung
tanduk
Ibaghat ombun di
ujung ghumput
Bagi orang somondo
Kocik anak,
Bosa tu pek mondo
Orang Somondo dongan
tompek mondo
Ibaghat montimun
dongan dian
Monggelek kono
Digelek pun kono
Ini adalah satu
sudut pandangan manakala di satu pandangan yang lain orang semenda itu mendapat
tempat / kedudukan yang amat baik. Disebut dalam perbilangan :-
Bondol nan ompek
Oghang somondo nan
punyo
Potang dio
moghoban’an
Pagi dio melopeh’an
Dijago ayam jangan
dapek dek musang
Dijaga kobau jantan
tak moghompok
Orang somondo
Tompek yakin
Tompek pocayo
Tompek bobona
Pado tompek mondo
Dan kunci bini laki
Orang semenda yang
baik dan bijak harus memahami sedalam-dalamnya pepatah :-
Tau bobilik kocik
Tau bobilik godang
Maksudnya orang
semenda yang tahu adat dapat membezakan yang mana urusannya sebagai bapa dan
yang mana menjadi urusan tempat mondo nan seadat yang tak boleh dicampur atau
masuk campur.
JENIS-JENIS ORANG
SEMENDA
Pertama
: Orang semenda sahaja
Maksud
: Orang semenda / pasangan yang tiada anak
Kedua
: Orang semenda bapa budak
Maksud
: Orang semenda yang berulit dengan anak-anak dan isterinya sahaja
Ketiga
: Orang semenda langau
hijau
Maksud
: Orang semenda yang berbibi-binian. Nikah dan cerai.
Adat berkata
:- Oghang bini-binian
Anak tak dapek
disughuh
Tanam-tanaman tak
dapek dighaso
Keempat
: Orang semenda kumbang jantan
Maksud
: Orang semenda berperangai seperti kumbang menghisap madu isterinya
dan menghabiskan harta benda isterinya.
Kelima
: Orang semenda alas / pelapik
tempat mondo
Maksud
: Orang semenda yang baik / ideal. Bertanggungjawab kepada
mentua-mentaya, ipar-lamai dan seluruh keluarga.
Adat berkata
:-
Ado samo dimakan
Tak ado samo
moncaghik
Banyak diboghi
boghumpuk
Sikit diboghi
moncocah
Banyak tando ado
Sikit tando ingat
Hati gajah samo
dilapah
Hati tungau samo
moncocah
PANTANG LARANG TEMPAT
MONDO DAN ORANG SOMONDO
Manakala dalam
menentukan keharmonian masyarakat adat, ada pula pantang larang yang perlu
dipatuhi.
Pantang Tempat Mondo
1. Beri
satu dua ditarik
Maksud
: Kakaknya dikahwini, adik iparnya dinodai
2. Pelesit
duo sekampung
Maksud
: Orang somondo berlaku curang dan cabul dengan isteri tempat mondo
3. Anau
sobatang duo sigai
Maksud
: Orang somondo menggalakkan isterinya menjual maruah untuk
keuntungannya.
Pantang Orang Somondo
1. Udah
diboghi diambik balik
Maksud
: Sorang somondo dilakukan curang oleh tempat mondo
2.
Diujo dipogang ekor
Maksud
: Orang somondo diberi harta contohnya kerbau. Bila kerbau tersebut
telah membiak, orang somondo tidak diberi tahu tempat mondo telah mengambil dan
menjual kerbau tersebut.
3.
Posan taghuh dipemalami
Maksud
: Orang somondo yang telah diseraya pergi menuntut duit adat dan
istiadat di rumah pihak lelaki dan bila sampai diturut oleh tempat mondo dan
mengambil tugas orang somondo mengatakan orang somondonya tak menuras
(monugheh)
No comments:
Post a Comment