Tuesday, December 31, 2013
KEUNGGULAN ADAT PERPATIH
Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Menurut sejarah, Adat Perpatih yang berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa.
Adat Merupakan Peraturan Hidup
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.
Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.
Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Pepatah ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu kerana orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari satu-satu sudut sahaja. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori iaitu:-
Adat Yang Sebenar Adat - Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Undang/Penghulu wajib memahami peraturan ini. Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Kerapatan atau muafakat adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan, Gemuk berpupuk segar bersiram, Dianjak layu dicabut mati. Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah : Kalau tak patah, tiat, Kalau tak luka, congek, Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka, Tujuh musim padi tak jadi. Adat Yang Teradat dan Adat Yang Diadatkan - Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' bererti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang. Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala. Adat Istiadat - Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap pembesar adat dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.
Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
Keturunan dikira melalui nasab ibu : Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri : Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka : Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang : Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku : Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
Struktur Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama.
Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.
Perlantikan Pemimpin
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato Lembaga pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan sistem demokrasi.
Keutamaan Wanita
Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.
Pembahagian Harta
Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.
Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).
Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual
Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.
Harta Sepencarian
Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Amalan Adat Perpatih Masakini
Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.
Kesimpulan
Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut. Sumber: Waris Semenda
KEUNIKAN ADAT PERPATIH
Adat semenda-menyemenda
Jangan hukum tak menghambat
Adat tak menghalang
Bila dilihat tentang Adat Perpatih Negeri Sembilan, ianya membawa maksud yang sangat luas dan kompleks. Adat Perpatih Negeri Sembilan ini adalah merupakan satu undang-undang yang kompleks kerana Adat Perpatih Negeri Sembilan mengandungi segala undang-undang dan tatatertib atau lebih molek lagi disebut sebagai sebuah perlembagaan. Adat Perpatih Negeri Sembilan di anggap sebagai undang-undang atau peraturaan itu dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu:
a) Adat yang sebenarnya adat yang asasi seperti menterbitkan keturunan daripada sebelah ibu, hidup bersuku-suku, beraja berundang, berlembaga, tanah pesaka adat dan lain-lain lagi.
b) Adat yang diadatkan iaitu suatu yang disusunkan mengikut muafakatnya kemudian dijadikan adat.
c) Adat yang teradat iaitu kata muafakat yang telah diadatkan (resam) dan keadaannya berbeza antara satu tempat dengan yang lain.
d) Adat istiadat iaitu adat-adat resam yang terdapat dalam sesuatu upacara seperti adat istiadat perkahwinan, barkadim dan sebagainya.
Berdasarkan kepada kategori yang dinyatakan, adat yang sebenar adat itulah yang dikatakan sebagai ‘undang-undang’. Sesiapa yang melanggar adat tersebut haruslah menerima hukuman di atas perbuatannya. Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa adat wajib dijadikan panduan dan pegangan hidup. Maka di sini lahirlah pepatah yang berbunyi:
Ibu adat muafakat
Bapa adat berani
Adat yang bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Menghukum adil berkata benar
Tidak ada berpihak-pihak
Hukum adil dijalankan
Nan benar dianjak tidak
Adat ini juga bermaksud suatu aturan dan cara hidup. Ianya mencerminkan perbuatan yang adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada berpandukan bulan atau tahun. Itu ialah perkara yang selalu difahami khalayak berkenaan dengan adat. Suatu perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun dari aspek bunyinya ia berbeza, tetapi dari segi pengertiannya, ia adalah konsep yng saling bergantung dan sama. Adat yang ditafsirkan tadi adalah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya, misalnya kita melihat adat bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya. Maknanya, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat itu.
Adat dan budaya adalah dua entiti yang terlalu berkait sifatnya, kita pada hari ini selesa menjadikan adat dan budaya itu sebagai satu benda yang sama. Yang berbeza cuma cara sebutannya. Budaya yang difahami dan dilihat, hakikatnya ialah adat. Budaya bersifat tidak tetap iaitu boleh berubah. Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden, ini menunjukkan budaya lama dan budaya hari ini tidak sama, maka ia jelaslah boleh berubah. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah, oleh itu boleh kita katakan adat sebagai budaya yang asal.
Adat Perpatih sungguh tinggi nilai hidup bermasyarakat. Adat Perpatih berintisarikan nilai hidup yang lengkap, sesuai untuk kegunaan bimbingan masyarakat dari zaman ke zaman dan menitikberatkan hidup tolong menolong. ‘Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’. Negeri Sembilan telah mengamalkan Adat Perpatih sejak 600 tahun yang lalu. Adat Perpatih yang menjadi amalan merangkumi suatu sistem sosiobudaya yang kompleks, lengkap dan murni bahkan adat tersebut telah bersedia untuk menerima penyesuaian dengan keadaan serta kehendak zamannya.
Usang-usang diperbaruhi
Lapuk-lapuk dikajangi
Yang elok dipakai
Yang buruk dibuang
Kalau singkat minta disambung
Kalau panjang minta dikerat
Kalau koyak minta ditampal
Sistem Adat Perpatih boleh membina masyarakat yang bersopan santun, berbudi bahasa, adil, sejahtera dan bersatu padu. Ini akan mewujudkan keharmonian dalam masyarakat dan sukar untuk melanggar peraturan yang wujud dalam lingkungan sosialnya. Adat Perpatih adalah suatu sistem sosial yang kompleks dan peraturan hidup yang sistematik berdasarkan keharmonian hidup bermasyarakat serta mempunyai konsep dan ideologi yang disedari dengan jelas. Berasaskan amalan, falsafah dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya, maka Adat Perpatih boleh dijadikan paksi keintelektualan dan amat praktikal untuk dijadikan panduan hidup harian masyarakat hari ini. Seperti kata perbilangan;
Dianjak layu
Dicabut mati
Gemuk berpupuk
Segar bersiram
Kata tersebut membawa maksud, adat itu tidak akan hidup jika tidak dipelihara, diamalkan, dijaga dan dibajai kerana adat mempunyai nilai-nilai kerohanian dalam membentuk lahiriah manusia. Pemahaman yang tepat terhadap perbilangan adat yang mengandungi makna konotatif dan denotatif membolehkan individu itu bertingkah laku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat. Jika diperhalusi penyampaian sesuatu maksud itu mencerminkan kehalusan dan pemikiran tinggi pengamalnya. Bagi pengamal Adat Perpatih setiap aspek kehidupan itu ada nilai dan falsafanya yang tersendiri. Adat Perpatih tidak hanya dipraktikkan dalam urusan adat semata-mata tetapi adat ini mengajar masyarakatnnya bagaimana hidup bermasyarakat.
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa adalah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa
Adat bersaudara, saudara dipertahankan
Adat berkampung, kampung dipertahankan
Adat bernegeri, negeri dipertahankan
Adat berbangsa, bangsa dipertahankan.
Ini menunjukkan setiap ahli masyarakat dimestikan patuh kepada pemimpin dan masyaarakatnya serta tidak mementingkan diri sendiri. Individu tidak dapat berbuat sesuatu dengan hanya menurut kehendak hatinya semata-mata tetapi apa yang dilakukan mestilah menjaga maruah masyarakatnya, “bak telur sesangkar, pecah sebiji, pecah semuanya”
Bukit sama didaki
Lurah sama dituruni
Yang berat sama dipikul
Yang ringan sama dijinjing
Duduk sama rendah
Berdiri sama tinggi
Adat Perpatih amat unik. Didalamnya terkandung penggunaan pepatah dan petitih menerusi bahasa berlarik dan berirama yang begitu indah di dengar. Ungkapan-ungkapan tersebut mengandungi kehendak dan maksud tertentu sebagai peraturan dan undang-undang. Lebih menarik lagi dalam ungkapan yang dilahirkan tidak memaparkan maksud secara terus atau tersurat tetapi mengandungi makna yang tersirat. Kata-katanya pendek dan ringkas, namun mempunyai unsur pemikiran, falsafah dan kebenaran. Secara langsung, bahasa perbilangan Adat Perpatih memancarkan kehalusan perasaan yang diimbangi oleh keluasan, kedalaman serta ketajaman pemikiran pendukung Adat Perpatih terhadap alam yang berlandaskan kehidupan serta aktiviti sosial, ekonomi dan politik masyarakat dan alam sekitarnya.
Monday, December 16, 2013
ISU SEMASA DALAM ADAT PERPATIH
Program Dailog Adat Pepatih di Kem Seri Pilah (07 Dis 2013) Bersama Prof Madya Dato Paduka Dr Mohd Rosli Saludin, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI, TG Malim Perak mendapat sambutan yg menggalakan dpd Ibu Soko/Waris Soko dan pencita adat majlis diadakan secara santai.
Wednesday, December 11, 2013
Istiadat Menyalang kali keenam dihadapan Undang Luak Rembau
Rembau, 04 Julai -- "Bulat anak buah menjadikan buapak, bulat buapak menjadikan lembaga, bulat lembaga menjadikan undang, bulat undang menjadikan raja", demikian perumpamaan dan bahasa adat yang disarankan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan.
Makam Undang Rembau ke 19
Pada makam tertera nama Dato' Ipap, Undang luak Rembau yang ke 19. Beliau dilahirkan 1898, menjadi Undang 1938 dan meninggal dunia 1962.Untuk pengetahuan secara traditionalnya daerah Rembau di Negeri Sembilan merupakan sebuah luak atau negeri kecil yang memiliki ketua bertaraf raja bergelar Undang. Di sebelah adalah makam isteri beliau.
Sunday, December 8, 2013
SEJARAH MINANGKABAU AWAL
tukang yang membuatnya pun dibunuh, agar rahasia tidak terbongkar dan jangan dapat ditiru lagi. Waktu Sri Maharaja Diraja terbangun, mahkota itu diambilnya dan dikenakannya diatas kepalanya. Ketika pangeran yang berdua lagi terbangun bukan main sakit hati mereka melihat mahkota itu sudah dikuasai oleh si bungsu. Maka terjadilah pertengkaran, sehingga akhirnya mereka terpisah. Sri Maharaja Alif meneruskan pelayarannya ke Barat. Ia mendarat di Tanah Rum, kemudian berkuasa sampai ke Tanah Perancis dan Inggris. Sri Maharaja Dipang membelok ke Timur, memerintah negeri Cina dan menaklukkan negeri Jepang.
Friday, October 18, 2013
Wednesday, October 16, 2013
Keunggulan Adat Perpatih
Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Menurut sejarah, Adat Perpatih yang berasal dari tanah Minangkabau, Sumatera telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, diasaskan oleh seorang pemimpin Minang bernama Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang. Adat ini adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya adalah petani ketika itu, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Adat Perpatih yang diwarisi masih dipertahankan oleh orang-orang di Negeri Sembilan kerana adat itu boleh menerima perubahan masa ke semasa
Adat Merupakan Peraturan Hidup
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung. Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi. Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.
Biar Mati Anak Jangan Mati Adat.
Pepatah `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yang melanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat itu.
Pepatah ini sering disalahtafsirkan bukan sahaja orang biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin Melayu kerana orang-orang yang membuat tafsiran tentang nilai-nilai yang terdapat dalam adat sehubungan dengan ungkapan "biar mati anak, jangan mati anak" ini hanya melihat dari satu-satu sudut sahaja. Semua ini berlaku adalah disebabkan mereka kurang memahami apakah sebenarnya yang dikatakan adat itu. Adapun yang dikatakan "adat" itu terbahagi kepada empat jenjang atau kategori iaitu:-
Adat Yang Sebenar Adat - Maksudnya:- 'undang-undang'. Adat Perpatih telah wujud sejak lebih 500 tahun dan telah dipertuturkan secara lisan. Oleh itu, seseorang yang bakal dilantik menjadi tua Adat sama ada Buapak, Lembaga mahupun Undang/Penghulu wajib memahami peraturan ini. Mereka semua akan diuji terlebih dahulu oleh anak buahnya, dan setelah lulus barulah mereka dilantik. Pada zaman moden ini, 'adat yang sebenarnya adat' itu dikatakan sebagai undang-undang yang telah diwartakan atau digazetkan dan telah dibincangkan oleh pembesar-pembesar adat serta anak buah masing-masing sebelum dipakai. Kerapatan atau muafakat adalah tempat membincangkan masalah adat seperti Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri sekarang, cuma bentuknya sahaja yang berbeza. Tak lekang dek panas, Tak lapuk dek hujan, Gemuk berpupuk segar bersiram, Dianjak layu dicabut mati. Jika lambang keadilan ini tidak dipertahankan maka berlakulah : Kalau tak patah, tiat, Kalau tak luka, congek, Kalau ketulahan, tujuh tenggeng hilang pesaka, Tujuh musim padi tak jadi.
Adat Yang Teradat dan Adat Yang Diadatkan - Keduanya berbeza tetapi ia dapat dikatakan sama maksudnya. 'Adat yang teradat' bererti adat yang telah menjadi pegangan dan warisan dari nenek moyang. Pucuk dan buah nyiur muda, mayang pinang dan seumpamanya dapat kita saksikan dalam upacara adat seperti Adat melenggang perut dan mencukur anak ini. Manakala, upacara seperti bersemah, tepung tawar, semua ini terlingkung dalam 'adat yang teradat' dan 'adat yang diadatkan', ertinya sesuatu yang kebiasaan dan diwarisi dari nenek moyang dahulukala. Adat Istiadat - Menurut keputusan dan resam yang selalunya dipakai dalam perkara yang berhubung dengan adat istiadat seumpama nikah kahwin, adat di istana, mengadap pembesar adat dan yang terlingkung dalam seni budaya seperti yang disebutkan di atas.
Prinsip-prinsip Adat Perpatih
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
Keturunan dikira melalui nasab ibu : Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri : Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka : Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya
Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang : Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku : Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
Struktur Masyarakat Adat Perpatih
Masyarakat Adat Perpatih terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Perut, Suku dan Luak. Perut adalah unit sosio- politik yang terkecil di mana anggota sesuatu perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangat rapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama.
Setiap perut mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak. Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam sesuatu perut berkenaan. Kumpulan yang kedua ialah suku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelar Dato' Lembaga. Kumpulan ketiga ialah Luak. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang. Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima dipanggil Luak Tanah Mengandung. Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada lima luak kecil di Seri Menanti iaitu Luak Inas, Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Terachi dan Luak Jempol. Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua. Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada empat luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu. Setiap luak diketuai oleh seorang Undang.
Perlantikan Pemimpin
Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan yang majoritinya adalah keturunan Melayu Minangkabau. Mereka itu terbahagi kepada beberapa puak yang dipanggil suku. Perlantikan Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah satu-satunya warisan Adat Perpatih. Begitu juga dengan perlantikan Undang Luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujung, Johol dan Jelebu semuanya adalah berteraskan kepada Adat Perpatih. Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dibuat bukan mengikut keturunan dari bapa ke anak tetapi melalui kebulatan (mesyuarat) oleh Undang Luak yang empat iaitu Undang Rembau, Undang Sungai Ujung, Undang Johol dan Undang Jelebu. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato' Lembaga di luak (daerah) masing-masing. Dato Lembaga pula adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelar Buapak. Oleh itu secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat biasa. Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan sistem demokrasi.
Keutamaan Wanita
Adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik di Negeri Melayu kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu yang lain, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.
Pembahagian Harta
Persoalan yang sering wujud mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka yang memberikan kelebihan kepada perempuan. Inilah satu-satunya isu dalam Adat Perpatih yang selalu disalah fahamkan. Sebenarnya, pemberian pesaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Tanah adat ini adalah tanah yang turun temurun daripada nenek moyang sesuatu keluarga. Tanah adat ini diberikan kepada perempuan ialah semata-mata untuk menjaga kehormatan dan maruah kaum wanita Adat Perpatih.
Ini bermakna seorang wanita Adat Perpatih walau miskin macam mana pun tidak akan merempat atau menjual maruahnya untuk hidup. Jika pulang ke kampungnya dia sudah mempunyai tanah kampung dan sawah untuk dikerjakan sebagai penyambung rezeki. Manakala anak lelaki pula dianggap lebih teguh dan tahu untuk terus berusaha untuk hidup (survival).
Harta Pusaka Tidak Boleh Dijual
Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual. Dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti kata lain, di dalam sebuah kawasan, biasanya terdiri dari keluarga dari satu keturunan. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini.
Harta Sepencarian
Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita yang di bahagi mengikut hukum Islam. Harta atau tanah yang diperolehi sebagai harta sepencarian maka pembahagiannya adalah menurut hukum faraid (tidak ada kena mengena dengan tanah adat yang hanya untuk perempuan sahaja).
Amalan Adat Perpatih Masakini
Pada masa ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan hanya diamalkan pada urusan-urusan tertentu sahaja seperti nikah kahwin, pemberian pusaka dan perlantikan pemimpin. Selain daripada itu amat kurang adat ini dipraktikkan.
Kesimpulan
Walau pun adat Perpatih pada masa ini masih terus diamalkan oleh masyarakat Melayu Negeri Sembilan tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman iaitu berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini. Ini jelas dilaksanakan dalam adat perkahwinan dan adat resam semasa. Pelaksanaan adat ini mempunyai kelebihan dan hujahnya sendiri demi kebaikan anggota masyarakat yang mengamalkan adat tersebut. Setiap peraturan dalam Adat Perpatih ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum atau adat tersebut.
Sumber: warisemenda.blogspot
Struktur Suku Di Rembau
Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang dimaksudkan ialah Biduanda (1), Paya Kumbuh (2), Mungkal (3), Tiga Nenek (4), Tanah Datar (5), Sri Melenggang (6), Sri Lemak (7), Batu Hampar (8), Batu Belang (9), Anak Melaka (10), Anak Acheh (11) dan Tiga Batu (12). Begitu juga di Rembau, terdapat kesemua 12 Suku ini. Di antara keduabelas suku yang tersebut, suku Biduanda mempunyai kedudukan yang istemewa iaitu mempunyai hak mutlak untuk menjadi dan menyandang pusaka Undang Luak Rembau. Ini kerana dalam Adat Perpatih, suku Biduanda dianggap sebagai suku yang sesungguhnya merupakan orang asal di Rembau. Sementara suku-suku lain adalah terdiri dari dari orang-orang yang datang dari Minangkabau, Sumatra . Kedatangan mereka ini adalah secara berperingkat-peringkat.
Dipercayai terdapat empat suku yang mula-mula datang meneroka ke Rembau. Mereka ini terdiri dari pengikut-pengikut yang mengiringi Tok Lela Balang dan Tok laut Dalam iaitu dua orang ketua Minangkabau yang mula-mula datang. Tok Lela Balang diiringi oleh orang-orang dari suku Batu Hampar dan Mungkal sementara Tok Laut Dalam pula diiringi oleh orang-orang dari suku Paya Kumbuh dan Tiga Nenek. Selepas mendapat tahu kejayaan suku yang empat ini, maka suku-suku yang lain pula telah datang. Tiap-tiap suku itu pula mempunyai ketua masing-masing yang kemudiannya dikenali dengan gelaran Lembaga.
Pada peringkat awal, peneroka-peneroka ini telah membuka kawasan penempatan di kawasan Rembau Baruh. Apabila semakin ramai peneroka yang datang, mereka telah diarahkan agar membuka kawasan penempatan baru di kawasan Rembau Darat. Dengan itu terdapatlah pentadbiran adat yang dibahagikan kepada Baruh dan Darat. Oleh kerana adanya pecahan penempatan tadi maka terdapat lebih dari 12 suku kesemuanya di Rembau. Pentadbiran suku di Baruh dan di Darat juga adalah berlainan walaupun dari suku yang sama. Setiap satu pecahan suku mempunyai seorang Lembaga yang bertanggungjawab.
Sumber: warisemenda.blogspot.com/
Saturday, October 12, 2013
Tuesday, August 20, 2013
Muzium Negeri Sembilan usaha pulihara warisan sejarah
MAKAM Bungkal Sekudai yang dipulihara Lembaga Muzium Negeri Sembilan di Kampung Kota, Rembau sebagai menghargai sumbangannya dalam institusi Undang Luak Rembau.
REMBAU 16 Ogos - Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) telah menjalankan beberapa usaha memulihara dan mengekalkan warisan bersejarah di negeri ini supaya dapat dipertontonkan kepada generasi muda.
Pengarahnya, Drs. Shamsuddin Ahmad berkata, antara yang dipulihara ialah makam pemimpin adat dan pembesar negeri, yang ketika ini banyak menjadi rujukan dalam kalangan pengkaji sejarah, sama ada untuk tujuan dokumentasi, mahupun projek tesis pengajian mereka.
"Ini juga dapat memberikan ilham dan petunjuk kepada generasi muda terhadap budaya lampau, asal usul sesebuah kawasan serta mengetahui pemimpin yang pernah memegang kuasa di situ," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.
Katanya, usaha terbaharu yang dilakukan oleh LMNS ialah menjalankan usaha murni dengan memulihara Makam Datuk Bungkal yang terletak di Kampung Kota di sini.
"Berdasarkan daripada sumber Balai Undang Luak Rembau, Datuk Bungkal Bendahara Datuk Sekudai adalah seorang wanita yang dilahirkan di Kampung Relong, Rembau di sekitar tahun 1497.
"Beliau merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik iaitu Datuk Mudek, Datuk Mengkudu dan Datuk Bungkal," katanya.
Tambah Shamsuddin, semasa zaman kanak-kanak, beliau telah diserahkan oleh ibu bapanya kepada pembesar dari Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Datuk Leteh untuk dipelihara kerana ketika itu Leteh berserta rombongan telah membawa pembaharuan dan agama Islam di Rembau.
"Bungkal telah berkahwin dengan seorang pembesar dari Pagar Ruyong, Sumatera iaitu Datuk Lela Balang sekitar tahun 1516 dan memperoleh empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
"Anak perempuan beliau yang sulung bernama Datuk Pundong diikuti Datuk Siti, Datuk Lijah, Datuk Makraman dan anak lelaki ialah Datuk Seri Rama.
"Bungkal bersama dengan Lela Balang iaitu suami beliau berserta dengan pembesar-pembesar yang lain telah bermuafakat melantik seorang penghulu bagi mentadbir kerajaan Rembau," ujarnya.
Tambah Shamsuddin, atas kebulatan anak buah, maka Datuk Seri Rama iaitu anak kepada Lela Balang dengan Bungkal telah dilantik sebagai Undang Luak Rembau yang pertama dan dikerjankan pada tahun 1540.
"Dengan wawasan dan pemikiran yang bernas daripada Bungkal dan Lela Balang, maka Institusi Undang Luak Rembau telah ditubuhkan di sekitar tahun 1540 dan kekal sehingga ke hari ini," ujarnya.
Melihatkan perkembangan itu katanya, LMNS memulihara makam ini untuk menghargai dan mengenang jasa serta sumbangan Bungkal di samping menjadi tempat rujukan.
"Apabila dipulihara diharap dapat menjadi kawasan sumber maklumat berkaitan tokoh terutama dalam hubungannya dengan sejarah Institusi Undang Luak Rembau.
"Adalah diharapkan menerusi kerja-kerja menaiktaraf dan pemuliharaan makam ini nanti akan memperkayakan lagi produk pelancongan yang berasaskan warisan bersejarah yang terdapat di daerah Rembau," ujarnya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130817/ws_04/Muzium-Negeri-Sembilan-usaha-pulihara-warisan-sejarah#ixzz2cVGpN0mD
© Utusan Melayu (M) Bhd
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Suku Yang Dua Belas Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang d...
-
1. Kerajaan Pertama di Gunung Merapi 1. MAHARAJA YANG BERMAHKOTA Dikatakan pula oleh Tambo, bahwa dalam pelayaran putera-put...
-
ANAK BOCEK Bak ajak jalan Soghom ... ban ... Bak Batu yo Kikir jombatan bosi Ngulai yo udang satu bolango ... aiii ... Kato yo ombon...
-
BLUES GANG Kalau bertandang ke bumi adat, Ikut aturan jangan disanggah, Hidupnya kito di lingkung adat, Matinya kito di kandung ta...
-
Ekau suku apo? Selalu eh yang kito tau suku kek Nismilan ni ado duo boleh yo kan? Memang suku eh ado 12 tapi hampir setiap suku tu ado p...