Istiadat Mendirikan Adat Serta Pemulihan Pusaka Luak Rembau Suku Biduanda Waris Sedia Raja Kg Bukit. Hari Ahad, 19 Februari 2017.
Thursday, November 23, 2017
Kerajaan Tua Disebalik Gunung Datuk, Rembau
Walaupun tidak pernah dibukukan, tradisi Gunung Datuk sebagai lokasi istimewa serta beradat diteruskan dalam catatan sejarah yang dipaparkan di tapak kaki Gunung Datuk. Mengikut catatan berkenaan, pada tahun 1372, puncak Gunung Datuk digunakan Datuk Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan Ketua-ketua Adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga.
Artikel Penuh: http://www.orangnogori.com/kerajaan-tua-disebalik-gunung-datuk-rembau.html
© orangnogori.com
Wednesday, November 22, 2017
ASAL USUL PENGHULU DAN UNDANG
TUNKU Besar Tampin Tunku Syed Razman Syed Idrus
Al-Qadri menganugerahkan sepersalinan pakaian kepada Ketua Pembesar Balai Nan
Lapan Luak Tampin Datuk Panglima Raja Ali Omar dalam Istiadat Menghadap
Pembesar Balai Luak Tampin pada 2008. - GAMBAR HIASAN
SEPERTI negeri-negeri Melayu yang mempunyai
sistem pembesar, Negeri Sembilan juga mengamalkan sistem yang sama, namun
gelaran yang diberikan adalah berbeza. Istilah yang digunakan ialah penghulu
dan undang.
Sebelum kedatangan Inggeris, gelaran undang
ialah penghulu. Gelaran penghulu masih kekal hingga kini tetapi hanya wujud di
luak Tanah Mengandung.
Sementara itu, undang mengetuai luak Jelebu,
Johol, Rembau dan Sungai Ujong, manakala Tunku Besar mentadbir wilayah Tampin.
Menyelusuri sejarah penghulu dan undang,
terdapat pelbagai versi yang dikemukakan pengkaji. Riwayat yang terkenal dalam
kalangan penduduk Rembau iaitu Teromba mengaitkannya dengan Bendahara Sekudai
atau Batin Sekudai yang tinggal di Rembau.
Batin Sekudai mempunyai tiga anak perempuan
iaitu Tok Mudik, Tok Mengkudu dan Tok Bungkal. Tok Bungkal yang berkahwin
dengan Ketua Minangkabau, Tok Lela Balang yang berasal dari Batu Hampar,
Sumatera melahirkan keturunan Lela Maharaja Rembau.
Penghijrahan Tok Lela Balang sebelum itu bersama
rombongan berasal dari Batu Hampar dan Mungkal sementara saudaranya, Tok Laut
Dalam mengetuai rombongan yang berasal dari Paya Kumboh dan Tiga Nenek.
Setelah kedua-dua Tok Lela Balang dan Tok Laut
Dalam mendapat kurnia daripada Sultan Johor, mereka menubuhkan Persatuan Lembaga
Yang Empat di Baruh yang terdiri daripada Lembaga Lela Maharaja, Tok Lela
Balang, Sedia Raja Tok Laut Dalam, Suku Mungkal dan Tiga Nenek.
Meskipun taraf kuasa keempat-empat lembaga ini
adalah sama, namun taraf tertinggi adalah martabat Lela Maharaja dan Sedia
Raja. Dalam pada itu, perkahwinan Tok Bungkal dengan Tok Lela Balang melahirkan
tiga orang puteri dan seorang putera bernama Seri Rama.
Memandangkan Adat Perpatih menetapkan hak waris
di sebelah ibu, maka Seri Rama dilantik sebagai penghulu. Sultan Johor kemudian
melantik Seri Rama sebagai Undang Rembau dengan gelaran Dato’ Lela Maharaja.
Tok Laut Dalam bagaimanapun cemburu dengan Tok
Lela Balang kerana Seri Rama dilantik sebagai Undang Rembau. Dia juga berharap
keturunan Jawa sebelah isterinya diberi peluang seperti waris sebelah perempuan
Jakun.
Tok Laut Dalam berangkat ke Johor menghadap
sultan memohon keturunannya dari sebelah perempuan diberikan peluang yang sama.
Sejurus selepas Sultan Johor memperkenankan permohonannya, Tok Laut Dalam kemudian
mengahwinkan puteri sulungnya (Siti Hawa) dengan Dato’ Undang Seri Rama.
Pelantikan Undang Rembau kemudian ditetapkan
secara bergilir di antara keturunan sebelah perempuan anak cucu Tok Lela Balang
dan keturunan sebelah perempuan yang berkahwin dengan Undang Seri Rama.
Keturunan Tok Laut Dalam bergelar Sedia Raja.
Oleh kerana moyang lelaki sebelah Sedia Raja bukan keturunan perempuan berdarah
suku biduanda menyebabkan Waris Jakun merasa lebih tinggi darjat berbanding
Waris Jawa.
Sementara itu, pengkaji barat, T.J NewBold
menyatakan penghulu dan undang di Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/asal-usul-penghulu-dan-undang-1.163005#ixzz4zG3hZJck
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tuesday, November 21, 2017
DATUK LELA BALANG (LELA MAHARAJA) DAN DATUK LAUT DALAM (SEDIA RAJA)
![]() |
Datuk Abdullah Dahan Undang Rembau dari Sedia Raja Kg. Tanjung |
![]() |
Buku susunan Allahyarham Norhalim Ibrahim mengenai Negeri Yang Sembilan sebelumnya dikenali dengan Rembau |
DAERAH Rembau, tidak akan wujud seperti adanya hari ini tanpa
penglibatan dua tokoh pembesar Minangkabau yang bernama Datuk Lela Balang dan
Datuk Laut Dalam. Menurut buku Negeri Yang Sembilan, terbitan 1985)
susunan Norhalim Ibrahim (Allahyarham), kedua-dua tokoh ini adalah
pendatang dari kerajaan Minangkabau yang meneroka Rembau , daerah baruh yang
telah ramai didiami penduduk tempatan. Komuniti tempatan ini berasimilasi
dengan pendatang dari seberang. Komuniti tempatan ini diketuai oleh Batin
Skudai yang tinggal di Relong dan kemudian pindah ke Kampung Lada, Chengkau,
sebelum menjadikan Datuk Lela Balang menantunya dan tinggal sementara di Kota
Lama.
Menurut Norhalim, Datuk Lela Balang berasal dari Batu Hampar bersukukan
Caniago. Ada yang mendakwa Datuk Lela Balang adalah dari Suku Batu Hampar
Paya Bidara. Ada pula yang yakin bahawa Datuk Lela Balang ini berasal dari
daerh istana Pagar Ruyung, yang terletak dalam Suku Tanah Datar dan datang
bersama Batin Pak Tinjau dengan isterinya, Mak Inan. Datuk Lela Balang masih
bujang ketika berhijrah. Sebelum sampai di Kampong Kota Lama mereka ke Sungai
Barat di Sungai Sayong. Mereka menghadap Sultan Melaka yang ketika itu
bersemayam di Sungai Sayong setelah berundur dari Melaka akibat serangan
Portugis.
Sebahagian daripada pengikut Datuk Lela Balang dari Suku Mungkal bermukim
di kaki Gunung Datuk (Rembau) sementara Datuk Lela Balang sendiri tinggal di
Kampung Kota Lama bersama Datuk Leteh, yang datang lebih awal. Hari ini Kampung
Mungkal itu berjiran dengan Kampong Api-Api yang terletak di sebelah hulu.
Datuk Lela Balang kemudian berkahwin dengan Datuk Bungkal, anak Batin
Skudai. Atas persetujuan bersama Datuk Lela Balang dan isteri menetap terus di
Kota Lama di tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kiri, sementara Datuk Leteh
berpindah ke Kampong Perah, di tebing Sungai Rembau cabang mudik ke kanan.
Kawasan baru Datuk Leteh ini dinamakan Kampong Perah kerana terdapat banyak
pokok perah atau dalam bahasa latinnya disebut Elateriospermum Tapos di
kawasan itu
Menurut Sejarahwan C.W.C Parr dan W.H. Mackray, dalam bukunya Rembau,
One of the Nine States: Its History, Constitution and Customs, 1910, Datuk Lela
Balang berhijrah ke Rembau bersama seorang lagi pembesar Minangkabau bernama
Datuk Laut Dalam yang telah beristerikan seorang wanita berketurunan Jawa.
Dikatakan kedua-dua pembesar ini bersama-sama menghadap Sultan di Johor untuk
mendapatkan apa yang disebut hari ini sebagai watikah perlantikan bersama
pembesar daerah yang diberi gelar Datuk Penghulu.
Datuk Laut Dalam berasal dari Paya Kumbuh dari suku Tiga Nenek. Datuk
Laut Dalam membuka Kampung Lekok kira-kira 500 meter ke hilir Kampong Kota
Lama, di mana Datuk Lela Balang bermukim. Tidak dijelaskan nama isteri Datuk
Laut Dalam. Namun perkahwinan mereka meberikan empat orang puteri, iaitu Datuk
Sitimah, Datuk Shamsiah, Datuk Natimah dan Datuk Samadidi. Sementara perkhwinan
Datuk Lela Balang dengan Datuk Bungkal menghasilkan lima orang anak (empat
perempuan dan seorang lelaki. Anak-anak perempuan diberi nama Datuk Pandung,
Datuk Siti, Datuk Lijah dan Dtuk Makraman. Anak lelakinya (mungkin anak
bongsu) dinamakan Datuk Si Rama.
Bagi melaksanakan titah perlantikan Sultan di Johor dan mengelak daripada
timbulnya sebarang pertikaian politik dan pentadbiran, maka dipersetujuilah
supaya Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam memanfaatkan sistem perkhwinan
dengan hidup berbesan. Ini bermakna anak Datuk Lela Balang yang bernama Datuk
Si Rama dikahwinkan dengan anak perempuan Datuk Laut Dalam yang bernama Datuk
Siti Hawa. Perkahwinan Si Rama dengan Siti Hawa ini melahirkan seorang anak
lelaki bernama Datuk Amba, yang kemudian dilantik sebagai Penghulu atau
Undang Rembau ke-2 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. Ketika itu Penghulu atau
Undang Rembau ialah Datuk Si Rama yang memakai gelaran Datuk Lela Maharaja.
Maka di sini jelaslah bahawa kedua-dua pembesar dari Minangkabau ini
tidak mempunyai apa-ap hubungan kekeluargaan pada mulanya dan hanya menjalin
hubungan melalui perkahwinan setelah bermastautin di Rembau. Datuk Lela Balang
membuka kawasan di Kota Lama dan Datuk Laut Dalam di Kampung Lekok, sementara
peneroka awal, Datuk Leteh membawa diri ke Kampong Perah. Luas daerah
lingkungan pentadbiran tiga kampung ini sekitar satu km radius.
Ahli Prlimen Rembau hari ini, YB Khairy Jamaluddin adalah daripada waris
keturunan Datuk Lela Balang dengan Datuk Bungkal daripada nisab Datuk Undang
Rembau Ke-17, Haji Sulong Miah Lela Maharaja yang berasal dari Suku Biduanda
Lela Maharaja Kampong Gadong Darat. Namun berdasarkan sistem matrileneal yang
diamalkan Adat Perpatih (bersukukan sebelah ibu), bapa Khairy, Datuk Jamaludin
Abu Bakar adalah sah dari waris Biduanda Lela Maharaja, sementara Khairy yang
beribukan seorang wanita di luar lingkungan Adat Perpatih tidak masuk suku.
Sumber: Cucu Gunung Datuk
http://cgdg71350.blogspot.my/2016/02/datuk-lela-balang-lela-maharaja-dan.html
Sumber: Cucu Gunung Datuk
http://cgdg71350.blogspot.my/2016/02/datuk-lela-balang-lela-maharaja-dan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Suku Yang Dua Belas Dalam sistem Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan, secara asasnya terdapat dua belas suku. suku-suku yang d...
-
1. Kerajaan Pertama di Gunung Merapi 1. MAHARAJA YANG BERMAHKOTA Dikatakan pula oleh Tambo, bahwa dalam pelayaran putera-put...
-
ANAK BOCEK Bak ajak jalan Soghom ... ban ... Bak Batu yo Kikir jombatan bosi Ngulai yo udang satu bolango ... aiii ... Kato yo ombon...
-
BLUES GANG Kalau bertandang ke bumi adat, Ikut aturan jangan disanggah, Hidupnya kito di lingkung adat, Matinya kito di kandung ta...
-
Ekau suku apo? Selalu eh yang kito tau suku kek Nismilan ni ado duo boleh yo kan? Memang suku eh ado 12 tapi hampir setiap suku tu ado p...