Abad 18 | |
1705 | Berlaku ‘kekacauan’ di Rembau berkaitan dengan hamba kepunyaan Encik Panda |
1706 | Rembau bangun memberontak menentang Johor |
Julai | Pemberontakan Rembau dapat dipatahkan oleh Bendahara Tun Mas Anum dan Seri Nara Diraja. |
1707 | Bendahara Tun Mas Anum menganugerahkan cap mohor yang bertulis ‘dengan restu Bendahara Seri Maharaja’ kepada Penghulu Rembau |
1715 | Rembau didatangi oleh utusan Sultan Johor di bawah pimpinan Seri Bijaya Wangsa da Orang Kaya Paduka Seri Dewa serta Encik Yusof bersama satu angkatan perang meminta bantuan mengeluarkan orang Bugis daripada Linggi. |
Angkatan Johor-Rembau-Sungai Ujong gagal mengeluarkan orang Bugis daripada Linggi. | |
Mei | Satu lagi angkatan Johor di bawah pimpinan Temenggung Tun Abdul Jamal tiba di Rembau meminta bantuan menyerang Linggi sekali lagi. Ekspedisi ini juga menemui kegagalan. |
Julai-Ogos | Sekali lagi Rembau menghantar tentera membantu angkatan perang Johor di bawah pimpinan Laksamana Seri Nara dan Sri Bijaya Wangsa menghukum orang-orang Air Hitam dan Sungai Tuan kerana membantu orang Bugis dalam ekspedisi sebelumnya. |
1716, April | Rembau membantu Raja Muda Tun Mahmud Johor mempertahankan Selangor daripada serangan Daeng Merewah. Angkatan Johor-Rembau mengalami kekalahan. |
1721 | Datuk Kurap menghantar utusan ke Pagaruyung meminta seorang putera raja. |
1721-1722 | Raja Melewar ditabalkan sebagai Raja Rembau di Penajih |
1723 | Rembau diserang oleh Raja Khatib. Satu pertempuran berlaku di Kampung Bukit. Raja Melewar telah kalah dan berundur ke Sepri. |
1725 | Datuk Kurap meninggal dunia. |
Selepas kekecohan, Sobok @ Sabat telah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 8 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. | |
1726-27 | Angkatan perang Raja Melewar dari Rembau menyerang Raja Khatib di Seri Menanti. Raja Khatib melarikan diri ke Melaka (Naning). |
1728-29 | Raja Melewar diusir keluar dari Rembau oleh Datuk Sabat. |
1740an | Raja Melewar meninggal dunia di Seri Menanti. |
Raja Adil, seorang putera Bugis diletakkan di Rembau sebagai Raja Rembau II dan wakil kerajaan Johor di Rembau. | |
Raja Adil berkahwin dengan Cik Menek, wanita Tampin, anggita suku Tiga Batu. | |
Raja Adil ditempatkan di Pedas, Rembau Darat. | |
1750 | Datuk Sabat meninggal dunia. |
Datuk Lulinsuh telah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 9 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. | |
1756 | Daeng Kemboja berundur diri daripada Linggi ke Rembau setelah diusir oleh Yang Dipertuan Kecil Trengganu dan Daeng Tunik. |
Julai | Daeng Kemboja membuat persetiaan dengan Rembau. |
Oktober | Raja Adil serta tentera Rembau membantu Daeng Kemboja menyerang Melaka. Tranquera (Tengkera) dan Klebang ditawan. Perang berlanjutan lebih kurang sembilan bulan. |
1757 | Tentera Rembau-Bugis terpaksa berundur dari kawasan Melaka. |
Julai-Ogos | Daeng Kemboja menetap di Rembau Hilir. |
29 September | Pembesar-pembesar Rembau dan Kelang telah ke Melaka menemui Jacob Morsel untuk membuat perjanjian tetapi gagal kerana Linggi tiada wakil. |
Semasa di Melaka, Datuk Lulinsuh telah berkahwin dengan seorang wanita Portugis. | |
November | Daeng Kemboja dan keluarganya berpindah ke Pedas berhampiran tempat kediaman Raja Adil. |
12 Disember | Perjanjian Johor-Belanda ditandatangani dan Johor menyerah Rembau dan Linggi ke tangan Belanda. |
1758, 1 Januari | Rembau yang hanya diwakili oleh Raja Adil, Belanda dan Bugis (Linggi) menandatangani satu perjanjian di Fort Filipina (di Kuala Linggi sekarang) |
1759 | Satu lagi perjanjian menggantikan Perjanjian 1758 yang tidak sah telah ditandatangani oleh Pembesar-pembesar Rembau, Kelang, Linggi dan Belanda. |
1761 | Jenazah Tunku Raja Dibaroh yang meninggal di Selangor dibawa ke kediaman Daeng Kemboja di Pedas. |
Daeng Kemboja bersama keluarga balik ke Riau mengiringi jenazah dan terus tinggal di Riau. | |
1775 | Satu rombongan orang Bugis daripada Riau yang diketuai oleh Awaluddin dan Serilah datang ke Rembau untuk membuat perkampungan. Mereka telah diberi tempat di Bandar, Penajih. |
1778 | Raja Adil (Raja Rembau II) meninggal dunia. |
Raja Asil bin Raja Adil dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda Rembau. Beliau menggelarkan dirinya Sultan Mahmud Syah. | |
1783 | Orang Bugis yang membuat perkampungan di Bandar meninggalkan Rembau dan berpindah ke kawasan baru iaitu di kawasan Linggi sekarang. |
Disember | Raja Ibrahim dari Selangor datang ke Rembau meminta bantuan menyerang Melaka. |
1784, Januari | Orang Rembau dan tentera Selangor menyerang Melaka. |
Orang Rembau Darat membantu Datuk Kelana Leha dan Bugis menentang Belanda di Simpang. | |
1787, Mei-Jun | Rembau membantu Sultan Mahms Shah, Sultan Riau-Lingga mengepung Dinding dan membuat pendaratan di pantai Pulau Pinang. |
1790 | Datuk Lulinsuh meninggal dunia. |
Pekak dilantik menjadi Penghulu rembau ke 10 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. | |
Pasah, seorang lagi calon pusaka Penghulu yang tidak berpuas hati telah mengadukan hal kepada Sultan Mahmud Shah (1761-1812) di Lingga. Sebagai penyelesaian Pasah dikurniakan gelaran Datuk Mangkubumiyang bertaraf Orang Besar Penghulu dan jawatan ini kekal di kalangan waris Biduanda Jawa Kampung Tanjong. | |
1795 | Raja Hitam ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Seri Menanti di Penajih, Rembau. |
Datuk Pekak yang sedang uzur telah mewakilkan Datuk Perba Kosil pergi ke Melaka berunding dengan kerajaan Inggeris dan menandatangani persetiaan antara Rembau dengan Inggeris di Melaka. | |
Datuk Perba Kosil enggan meletakkan tarafwakil sekembalinya dari Melaka. Beliau memaksa Datuk Pekak menyerahkan pusaka Penghulu kepadanya. | |
Kosil dikerjankan sebagai Penghulu Rembau ke 11 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja. | |
Raja Ali merampas kuasa Yang Dipertuan Muda Rembau daripada Raja Asil. | |
Raja Asil mengundur diri ke Naning. | |
1795-96 | Raja Asil meninggal dunia di Naning. |
Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)
No comments:
Post a Comment