Monday, September 26, 2011

Sejarah Rembau - Bahagian 2

Abad 17


1605
1. Datuk Ambo meninggal dunia

2. Lenggang dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 3 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

1620
1. Datuk Lenggang meninggal dunia

2. Pandak dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 4 dengan gelaran Datuk Sedia Raja

1622
Rombongan Tunku Besar Raja Bujang sampai di Rembau Darat dan membuat penempatan di Kampung Ulu Penajis, Ulu Sepri.

1623 – 24
Sultan Abdul Jalil II (1623 – 77) Johor melantik Datuk Ganti Maharaja, Lembaga suku Anak Melaka sebagai wakil kerajaan Johor di Rembau

1640,
7 September
Rembau menghantar seramai 300 orang tentera membantu Johor dan Belanda menyerang Melaka.

27 Oktober
Rembau menghantar seramai 500 orang tentera dalam serangannya ke atas Melaka.

1641, 14 Januari
1. Melaka jatuh ke tangan Belanda

Februari – Mac
1. Lebai Muda dan Hitam ditahan oleh Belanda di Tampin

2. Hitam berjaya melepaskan diri dan mendapat perlindungan di Rembau.

1642, Januari
1. Jan Janz Menie menyekat lalu lintas di Sungai Penajis

Februari
1. Jan Janz Menie datang ke Rembau menemui Datuk Pandak

2. Belanda menebus pelarian Kristian daripada Rembau.

3. Belanda membuka semula lalu lintas di Sungai Penajis

April
Utusan Sultan Johor menemui Datuk Pandak dan meminta membayar denda $200.

1 – 2 Mei
Utusan Rembau berada di Melaka meminta Belanda menjadi pengantaraan dengan Johor mengenai denda $200.

1643, 5 Mei
Orang Rembau membakar kapal dan membunuh dua orang anak kapal Melaka di Sungai Baru

23 Mei
Peperangan di antara orang Rembau dan Melaka di Sungai Penajih berkaitan dengan perbuatan Melaka menutup sungai tersebut.

1644, Januari
1. Utusan daripada Sultan Johor sampai di Rembau

2. Penghulu Rembau disoal selidik oleh Sultan Johor di Batu Sawar tentang rompakan ke atas Jorge Fernandez dan pembunuhan orang kristian di Tampin

5 Februari
1. Forsenburgh dan Menie datang menemui Datuk Pandak di Rembau

2. Pergaduhan antara Rembau dan Belanda berlaku. Semua orang Belanda termasuk Forsenburgh dan Menie mati terbunuh.

7 Februari
Gabenor van Vliet dan pasukannya diserang hendap oleh orang Rembau. Belanda berundur ke Melaka dan meninggalkan peti berisi wang berjumlah 13,000 rial.

Ogos
Sekumpulan enam orang pengintip Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya mengumpulkan seribu orang tentera untuk melanggar Melaka.

16 Ogos
1. Orang Rembau-Naning di bawah pimpinan Hitam berjaya menawan Bukit Cina, Melaka.

2. Belanda berjaya mematahkan pemberontakan Rembau-Naning

3. Hitam dan kumpulannya kecuali telah dihukum bunuh oleh Belanda

1645
1. Tunku Besar Raja Bujang meninggal dunia.
Februari
2. Tentera Rembau-Naning mengalahkan Belanda di Melekek

3. Datuk Sedia Raja Pandak meninggal dunia

4. Uban dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 5 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja

1646
1. Tentera Rembau-Naning dikalahkan oleh Belanda di Taboh Naning

Mac
1. Rembau menghantar pewakilan yang diketuai oleh Datuk Jalila Muluk dan Khatib Sitam Muda ke Melaka merundungkan perjanjian persahabatan Rembau-Belanda

24 Jun
1. Pengampunan 24 orang rakyat Rembau-Naning oleh pihak berkuasa Belanda di Betawi yang akan dihukum bunuh

17 September
1. Rundingan damai diadakan di rumah Datuk Jalila Muluk – di antara Pembesar Rembau dan Naning dengan Abraham Steen, wakil kerajaan Belanda

2. Datuk Uban menandatangani perjanjian perdamaian Rembau-Belanda

1647
Neydert Clinkert datang ke Rembau mengutip bayaran ganti rugi Belanda

1649
Sekumpulan orang Sungai Ujong (suku Semelenggang) membuat perkampungan di Rembau Darat. Mereka bernaung di bawah Datuk Mendelika. Kelompok baru ini dikenali sebagai Semelenggang Empat Ibu.

1650an
1. Satu kumpulan orang Biduandan Jakun di bawah pimpinan Datuk Gindai Lautan datang membuat perkampungan di Rembau Darat

2. Sekumpulan orang Minangkabau yang berasal daripada Batu Hampar di bawah pimpinan Datuk Sutan Bendahara sampai ke Rembau Darat

1659
1. Keluarga Diraja Johor datang ke Rembau meminang anak gadis suku Biduanda Jakun bernama Seri Banun. Peminangan itu telah ditolak oleh Orang Kaya Kecil, ayah Seri Banun

2. Datuk Lela Maharaja Uban mengisytiharkan bahawa hak carak Biduanda Jakun menyandang pusaka Penghulu Rembau dicabut (dilucutkan) untuk sekali gilirankerana dianggap menderhaka menolak pinangan Diraja Johor

1660
1. Datuk Lela Maharaja Uban meninggal dunia

2. Sagah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 6 dengan gelaran Datuk Sedia Raja

1670, Disember
1671, Januari
Utusan Datuk Sagah menghadap Sultan Johor untuk meminta izin menyerang Belanda di Melaka

1676
Datuk Sagah menemui Penghulu-Penghulu Sungai Ujong, Kelang dan Naning merundingkan hal menjemput seorang putera raja dari Minangkabau

1677
Raja Ibrahim, putera raja Minangkabau sampai ke Rembau

Februari
Raja Ibrahim mengutus surat kepada Belanda di Melaka meminta Melaka jangan lagi mengganggu Rembau dan Naning. Surat itu tidak dijawab oleh Belanda

April
1. Raja Ibrahim dengan diiringi oleh 3,770 orang pengikut bersedia menyerang Melaka.

2. Raja Ibrahim berjaya menawan beberapa kawasan di pinggir bandar Melaka

Jun
Raja Ibrahim dan tenteranya berundur dari Melaka dan balik ke Rembau-Naning

November-Disember
Raja Ibrahim mengadakan beberapa rundingan dengan Sultan Kuantan, Sumatera untuk mengadakan pakatan atas dasar keturunan Minangkabau menyerang Belanda di Melaka. Mereka gagal mencapai kata sepakat.

1678
1. Raja Ibrahim membuat pemuafakatan dengan orang Bugis dan Makasar di Kelang atas dasar seagama untuk menyerang Belanda di Melaka

2. Belanda menyerang Rembau. Ikatan seagama yang cuba diwujudkan oleh Raja Ibrahim gagal.

Oktober
Raja Ibrahim mati dibunuh oleh Baggia, hamba kepunyaan Datuk Raja Merah, Penghulu Naning

November
Datuk Sagah memperbaharui perjanjian persetiaan dan persahabatan dengan Belanda

1680, Januari
Utusan Datuk Sagah ke Melaka merundingkan satu perjanjian dengan Belanda

13 Februari
Surat perjanjian damai Rembau – Melaka ditandatangani di Melaka

1690
1. Datuk Sagah meninggal dunia

2. Kurap dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 7 dengan gelaran Datuk Sedia Raja



Meriam dipercayai milik Dato' Syahbandar


Adakah ini maqam Datuk Leteh @ Latih? Kajian terperinci harus dijalankan oleh pihak berkenaan.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

Portal Nagari Nan Tuo

1 comment:

  1. Kalau mengikut cerita dan riwayat nenek moyang saya,mereka semua berasal dari suku biduanda Kampung Kota ini ( Kg Tanjung ),dan pada penghujung abad ke 19,mereka berhijrah dan menetap di Kampung Simpang Ampat ,Alor Gajah Melaka..dan di sini mereka menjadi Suku Semelenggang Bunga Tanjung.....saya juga pernah bertemu waris-waris mereka ini di kampung tersebut....di sebabkan orang-orang Tua yang lebih tau sejarah tersebut telah meninggal Dunia,maka terus lah terputus hubungan dan munkin sejarah dan hubungan tersebut akan di lupakan untuk selama nya......

    ReplyDelete

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts