Wednesday, December 26, 2012
Majlis Menyalang Pusaka Adat
23 Disember 2012
REMBAU - Penyandang pusaka adat diingatkan supaya dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, terutama sekali bagi menyelesaikan masalah 'anak-anak buah' mereka.
Lembaga Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Datuk Perba Yahaya Abdul Ghani berkata setiap penyelesaian hendaklah dibuat secara adil dan disegerakan.
"Walau bagaimana sukar sekali pun masalah itu, carilah jalan untuk menyelesaikannya," katanya pada majlis menyalang enam orang penyandang pusaka Buapak dan enam orang penyandang pusaka Besar Waris atau Besar Belinkongan Suku Biduanda Waris Nan Dua Carak Luak Rembau di kediamannya di Kampung Pulau Mampat di sini, hari ini.
Selain dapat menempatkan diri dalam majlis-majlis adat, beliau juga mengingatkan semua penyandang pusaka adat dan isteri agar dapat menjalin hubungan yang baik dan mesra dengan masyarakat sekeliling serta dengan 'anak-anak buah'.
"Sama-samalah kita menjaga institusi adat ini dengan baik dan berusaha bagi meningkatkan martabat adat ini," katanya.
Istiadat menyalang ini adalah istiadat merafak sembah sebagai tanda menjunjung kasih penyandang pusaka baru kepada Datuk Lembaga (Datuk Perba).
Istiadat ini dijalankan setelah Buapak dan Besar Waris berkenaan dilantik dan dipersetujui oleh 'anak-anak buah' suku tersebut.
Pada istiadat itu Yahaya turut menyampaikan watikah pelantikan dan penyandang pusaka kemudian melafazkan ikrar taat setia mereka.
Pada majlis itu, rombongan penyandang pusaka bersama 'anak buah' mengadap dengan beradat dan mempersembahkan 'pancho' dan 'semerit' (buah tangan) kepada Datuk Perba.
Mengikut adat, kehadiran mereka dengan rombongan ini menunjukkan ikatan kukuh dan kesepaduan dalam memperakukan penyandang pusaka adat tersebut.
Pelantikan penyandang pusaka adat di Luak Rembau merupakan amalan demokrasi yang diamalkan oleh pengamal adat sejak dahulu lagi.
Ia merupakan tanggungjawab setiap ahli dalam suku tersebut sebagai hak dan kebebasan untuk memilih dan dipilih. Kekosongan sesuatu pusaka adat selalunya disebabkan oleh kematian dan 'memuntahkan' pusaka dan sebagainya. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN
Adat Perpatih berasal dari tanah Minangkabau di Sumatera, Indonesia. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin Minang, Sutan Balun yang bergelar Dato’ Perpatih Nan Sebatang dan mula diamalkan di Negeri Sembilan sejak 650 tahun lalu.
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Tanah Adat Perpatih. Renungan untuk anak-anak Negeri Sembilan
Rintihan Anak Rembau
Rintihan Anak Rembau 2
Rintihan Anak Rembau 3
Rintihan Anak Rembau 4
Tanah Adat Rembau Akan Tergadai!
Rintihan Anak Rembau 5
Rintihan Anak Rembau Terakhir
Dipetik dari Nagari Nan Tuo
Popular Posts
-
Ekau suku apo? Selalu eh yang kito tau suku kek Nismilan ni ado duo boleh yo kan? Memang suku eh ado 12 tapi hampir setiap suku tu ado p...
-
1. Masyarakat Melayu memang terkenal dengan sifat sopan santun dan berbudi bahasa. Malah kaya dengan adat istiadat, budaya dalam menjal...
-
ANAK BOCEK Bak ajak jalan Soghom ... ban ... Bak Batu yo Kikir jombatan bosi Ngulai yo udang satu bolango ... aiii ... Kato yo ombon...
-
BLUES GANG Kalau bertandang ke bumi adat, Ikut aturan jangan disanggah, Hidupnya kito di lingkung adat, Matinya kito di kandung ta...
-
No comments:
New comments are not allowed.