Tok Bungkal binti Bendahara Dato Sekudai dilahirkan di Kampung Relong, Rembau sekitar tahun 1497. Beliau merupakan anak bongsu daripada adik beradik Dato Mudek, Dato Mengkudu dan Dato Bungkal. Semasa zaman kanak-kanak beliau telah diserahkan oleh ibubapa beliau kepada Pembesar dari Pagar Ruyung, Sumatera untuk dipelihara kerana Dato Leteh berserta rombongannya telah membawa pembaharuan dan Agama Islam di Rembau pada masa itu. Dato Bungkal telah diIslamkan semasa zaman kanak-kanak lagi.
Dato’ Bungkal telah berkahwin dengan seorang Pembesar dari Pagar Ruyung iaitu Dato Lela Balang sekitar tahun 1515 dan memperoleh 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Anak perempuan beliau yang sulung bernama Dato Pundong diikuti oleh Dato Siti, Dato Lijah, Dato Makraman dan anak lelaki Dato Seri Rama.
Dato Bungkal bersama dengan Dato Lela Balang iaitu suami beliau beserta dengan pembesar-pembesar yang lain telah bermuafakat melantik seorang penghulu bagi mentadbir Kerajaan Rembau. Atas kebulatan anak buah, maka Dato Seri Rama bin Dato Lela balang iaitu anak kepada Dato Lela Balang dengan Dato Bungkal telah dilantik sebagai Undang Luak Rembau yang pertama dan dikerjankan pada tahun 1540. Dengan wawasan dan pemikiran yang bernas dari Dato Bungkal dan Dato Lela Balang maka Institusi Undang Luak Rembau berkekalan sehingga ke hari ini.
Sumber: Balai Undang Luak Rembau
Makam Tok Bungkal bte Batin Sekudai, di Kampung Kota Lama yang telah di baik pulih pada Jun 2013.
Terdapat kesilapan tentang tag nama yang sepatutnya adalah Tok Bungkal bte Batin Sekudai.
Makam Tok Bungkal sebelum dinaik taraf seperti di atas.
Makam Tok Bungkal merupakah suatu sejarah penting di Rembau. Tidak ramai yang tahu di mana lokasi sebenarnya makam ini. Disarankan dibina dua PAPAN TANDA tunjuk arah untuk menunjukkan lokasi makam ini. Sebaiknya pihak kontraktor yang membaik pulih makam ini dapat menyediakan papan tanda ini yang sepatutnya diletakkan disimpang masuk ke Kampung Kota Lama dan juga berhampiran makam itu sendiri. Ini disebabkan kedudukannya agak terlindung dari jalan.
ReplyDeleteAssalamualaikom,
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk Allahyarhamah moyang kita itu dari keturunan Orang Asal.