

Assalamualaikum,
Satu Kerapatan /Majlis Ramah Mesra dan Silaturrahim bagi Suku Biduanda Waghih Lela Maharaja Kampung Kota akan diadakan ditelapak Suku Biduanda Waghih di Kampung Kota.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan kesemua anak-anak Waghih Suku Biduanda Waghih Lela Maharaja Kampung Kota yang kini bilangannya adalah ramai. Sudah pasti bilangan yang ramai ini memungkinkan akan berlakunya ketidak kenalan diantara ahli-ahli Suku Waghih ini terutama bagi generasi baru yang jauh dari mengenali salasilah keluarga Waghih ini disebabkan oleh keadaan semasa yang begitu pesat memisahkan kalangan ahli Waghih ini.
Masa: 12.00 petang
Tempat: Telapak Ibu Soko, Kampung Pulau Kota
Bagi menjayakan Majlis yang julungkalinya diadakan di Telapak Waghih ini, maka dipohonlah kepada semua ahli Waghih memberikan jawapan pada tarikh yang dicadangkan. Jawapan kehadiran ini (hadir atau tidak hadir) bolehlah dihantar melalui emel dengan segera bagi membuat kajian/bancian bagi penyediaan persiapan keperluan dimajlis itu nanti. Jawapan kehadiran ini bolehlah dihantar kepada:
YM Dato’ Samaraja Dzulkefli bin Ismail ( dzul59@yahoo.com), SMS 0192541757
Haji Mohd Arifen Naim ( m.arifen@gmail.com), SMS 0192421903
Ahli Waghih juga dipohon memberikan sumbangan dalam bentuk korban atau kewangan bagi menampung keperluan pelaksanaan Majlis ini.
Pendaftaran Kehadiran dan sumbangan Online