Sunday, September 25, 2011

Sejarah Rembau - Bahagian 4

Abad 19


1801-02
Tertubuhnya Ikatan Suku Yang Lima atau Berlima Di Sebelah Baroh

Penghulu Rembau dengan rasmi mengiktiraf kewujudan ikatan : Berempat Berlima Suku Di Baroh dan Berlima Bersembilan Suku Di Darat dalam kerajaan Rembau.

1808
Raja Lenggang Laut ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Seri Menanti di Penajis, Rembau.

1812
Datuk Lela Maharaja Kosil meninggal dunia.

Bogok dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 12 dengan gelaran Datuk Sedia Raja.

1819
Raja Ali dan Raja Lenggang Laut mewujudkan institusi Lembaga Yang Berempat Di Darat.

Datuk Bogok meninggal dunia.

Ngonit @ Reneh @ Ramah dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 13 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

Raja Ali pula melantik Pakat, ahli waris suku Biduanda Jawa sebagai Penghulu Rembau. Pelantikan Pakat tidak mendapat pengiktirafan Lembaga Tiang Balai Rembau.

Jun
Timmerson Tyssen, Gabenor Belanda di Melaka menghantar utusan menjemput Penghulu dan Pembesar-pembesar Rembau ke Melaka.

Semasa di Melaka, mereka menandatangani satu perjanjian persahabatan dengan Inggeris.

1824
Raja Lenggang meninggal dunia.

1826
Raja Labu ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar di Penajis, Rembau oleh Penghulu Rembau, Penghulu Sungai Ujong dan Penghulu Naning. Baginda digelar Yamtuan Sati.

Raja Labu menyerang Raja Ali.

1829
‘Perang’ antara Raja Labu dengan Raja Ali tamat.

1830
Raja Labu diusir keluar daripada Seri Menanti dengan perkenan Datuk Kelana Sungai Ujong.

Pembesar-pembesar Rembau ke Melaka mengadakan rundingan dengan Inggeris. Kedua-dua pihak bersetuju menandatangani satu perjanjian.

1831, Ogos
Perang Naning meletus. Rembau membantu Dol Said, Penghulu Naning.

19 Ogos
Syed Syaaban berpaling tadah membantu Inggeris dengan mendapat bayaran $500 Sepanyol.

30 November
Inggeris membuat perjanjian dengan Rembau tetapi tidak sah kerana Lembaga Tiang Balai tidak turut serta.

1832, 28 Januari
Pembesar-pembesar Rembau menandatangani perjanjian (memperbaharui Perjanjian November 1831) di Simpang.

30 April
Syed Syaaban dan pengikutnya membantu Inggeris menyerang Naning dan memainkan peranan penting memastikan kemenangan Inggeris.

13 September
Raja Ali mengisytiharkan dirinya sebagaiYang Dipertuan Besar Rembau dan Syed Syaaban dilantiknya menjadi Yang Dipertuan Muda Rembau.

21 Oktober
Ibbetson, Gabenor Negeri-negeri Selat mengunjungi tempat kediaman Raja Ali di Bandar, Rembau.

1833, 9 Januari
Perjanjian sempadan Rembau-Melaka ditandatangani.

23 Januari
Syed Syaaban mula menjalankan aktiviti mencukai lalu lintas perdagangan Sungai Linggi di Simpang

Sept-Nov
Perang Rembau-Linggi meletus.

1834
Syed Syaaban melakukan percubaan membunh Datuk Ngonit tetapi gagal.

Datuk Ngonit berserta Datuk Kelana dan Raja Raden memihak Datuk Kattas Linggi menentang Syed Syaaban dan Raja Ali.

1836
Syed Syaaban dan Raja Ali diusir keluar daripada Rembau.

1837
Raja Raden, Yang Dipertuan Besar Seri Menanti melantik seorang ahli Biduanda Jakun daripada Kampung Chengkau belahan (perut) Chembong menjadi wakilnya di Rembau dengan gelaran Datuk Raja Diraja. Datuk ini diberi taraf Orang Besar Penghulu.

Institusi Yang Dipertuan Muda Rembau dihapuskan

1843
Datuk Ngonit meninggal dunia.

Berlaku pertelingkahan mencari pengganti.

Akhir dipilih menjadi Penghulu Rembau ke 14 dengan gelaran Datuk Sedia Raja. Calon lain terutama Lebai Kulop tidak berpuas hati pelantikan Datuk Akhir itu.

Lebai Kulop memanjangkan tuntutannya itu dengan menggunakan senjata.

Rembau meminta jasa baik Datuk Kelana menjadi orang perantaraan dalam pertelingkahan Datuk Akhir dengan Lebai Kulop.

Datuk Kelana Kawal melantik seorang waris Biduanda jakun Kampung Chengkau yang diberi gelaran Datuk Menteri Penghulusebagai wakil khasnya di Rembau.

1844
Pembesar-pembesar Rembau mulai melibatkan diri dalam aktiviti mengutip cukai di Sungai Linggi khususnya di Simpang.

Mula berlaku pertelingkahan sempadan di Sungai Linggi antara Rembau, Sungai Ujong dan Selangor.

1847
Syed Syaaban menyatakan kesanggupannya membantu Datuk Akhir memerangi Lebai Kulop dengan syarat beliau dilantik semula sebagai Yang Dipertuan Muda Rembau.

Satu majlis perundingan diadakan antara Pembesar-pembesar Rembau dengan Inggeris tentang Syed Syaaban.

Inggeris menolak permintaan Syed Syaaban

1848
Lebai Kulop meninggal dunia.

Gelaran Datuk Menteri Penghulu, wakil Datuk Kelana dalam pertelingkahan Datuk Akhir dan Lebai Kulop ditukar menjadi Datuk Menteri Lela Perkasa. Datuk ini diberi taraf Orang Besar Penghulu dan khas untuk disandang oleh waris Kampung Chengkau.

1850
Raja Ali meninggal dunia di Keru, Tampin

Syed Syaaban diberi kuasa oleh Inggeris untuk memerintah Tampin dan direstui oleh Pembesar-pembesar Rembau. Beliau diberi gelaran Tunku Besar Tampin.

1851
Inggeris mengadili satu pertemuan di Melaka di antara Datuk Akhir, Datuk Kelana Kawal dan Raja Raden untuk menyelesaikan kegiatan Lebai Kulop. Datuk Kelana tidak hadir. Datuk Akhir berjanji akan menyiasat perbuatan dan menghentikan aktiviti Lebai Kulop.

1855
Kegiatan mengutip cukai di Sungai Linggi semakin bertambah dengan terlibat tiga orang pembesar lain.

Ogos
Datuk Kelana Kawal menyerang tol-tol cukai di Sungai Linggi.

1857
Kapal perang Amethyst memusnahkan kubu percukaian di Pengkalan Kempas.

1859
Datuk Kulup Tunggal, Syahbandar Sungai Ujong melibatkan diri dalam kegiatan mengutip cukai. Berlaku pertelingkahan antara Datuk Syahbandar dengan Datuk Kelana.

Datuk Akhir diminta menjadi orang tengah dalam konflik Datuk Syahbandar dan Datuk Kelana.

Datuk Akhir, Datuk Kelana dan Raja Raden menaikkan cukai perlombongan ke atas pelombong Cina.

1860
Datuk Akhir memberi kuasa kepada Haji Musa untuk mengutip cukai di Lubok Cina.

Perbuatan ini menegangkan perhubungan Datuk Akhir, dengan Datuk Kelana dan Datuk Kattas Linggi.

1861
Inggeris cuba menyelesaikan konflik antara tiga orang pembesar itu.

1862
Temenggong Abu Bakar Johor menemui Datuk Akhir untuk cuba mendapat bantuan tentera Rembau bagi mempertahankan kedudukan Tun Mutahir, Bendahara Pahang tetapi gagal.

186
Wan Aman anak Bendahara Tun Mutahir, Pahang menenmui Datuk Akhir meminta izin membenarkan tenteranya melintasi kawasan Rembau untuk pergi ke Pahang Barat. Datuk Akir telah memberi keizinan tetapi tidak mahu campur dalam pertelingkahan di Pahang.

1870
Tunku Kudin (Selangor) menemui Datuk Akhir dan membuat perjanjian untuk menentukan sempadan Rembau-Selangor. Rembau berkuasa di Simpang dan Selangor di Pengkalan Kempas.

26 Julai
Perhubungan antara Rembau dengan Sungai Ujong dan Linggi menjadi tegang.

1872, Ogos
Datuk Akhir menghantar tentera Rembau ke Selangor membantu Tunku Kudin mengambil semula Kuala Lumpur daripada Raja Mahadi.

29 Oktober
Satu rundingan diadakan di Simpang yang dihadiri oleh Datuk Kelana Sendeng dan Tunku Kudin. Datuk Akhir tidak hadir kerana sakit. Tunku Kudin bersetuju membuka semula lalu lintas perdagangan di Sungai Linggi.

November
Datuk Akhir meninggal dunia di Lubuk Cina.

Haji Mustapha dan Datuk Perba Sahil berebut untuk mendapatkan pusaka tersebut.

Lembaga Tiang Balai Rembau tidak mendapatkebulatan mengenai pemilihan calon penghulu yang baru.

Haji Sahil memangku jawatan Penghulu Rembau. Perbuatan ini mendapat tentangan daripada Haji Mustapha.

Perang saudara berlaku dalam kerajaan Rembau.

Haji Sahil menawan kubu di Bukit Tiga dan menyerahkannya kepada Datuk Gempa Maharaja Haji Mamat untuk memungut cukai di situ.

1873
Inggeris mengakui Haji Sahil sebagai Penghulu Rembau yang ke 15 dengan gelaran Datuk Lela Maharaja.

Julai
Inggeris meminta Datuk Haji Sahil berundur dari kubu Bukit Tiga.

Datuk Kelana Sungai Ujong diminta jangan campur tangan dalan hal ehwal Rembau.

September
Tiga orang berbangsa Cina terbunuh di Rembau

Datuk Syahbandar Sungai Ujong membakar benteng orang Rembau di Sungai Linggi.

November
Haji Mustapha, sebagai langkah menentang Haji Sahil telah mengakui Syed Hamid Tampin sebagai ‘berkuasa’ di Rembau.

Disember
Datuk Haji Sahil menyerang dan memusnahkan kubu Haji Mustapha.

Haji Mustapha mencari perlindungan di Singapura.

1874, 13 Februari
Satu rundingan damai diadakan di Singapura. Datuk Haji Sahil tidak hadir tetapi menghantar wakil.

April
Orang Rembau melakukan kekacauan di Sungai Linggi.

2 Mei
Satu pertemuan diadakan di Kuala Linggi untuk menyelesaikan masalah cukai di Sungai Linggi. Datuk Haji Sahil tidak hadir kerana uzur.

3 Mei
Perjumpaan tersebut (2 Mei) dipindahkan ke Simpang. Datuk Haji Sahil tidak hadir tetapi mengirim surat menafikan penglibatannya dalam masalah cukai Sungai Linggi.

5 Mei
Inggeris memusnahkan benteng di Bukit Tiga.


Sept- Okt
Haji Sahil dan Tunku Kudin telah membuat persetiaan dengan Datuk Kelana melindungi keamanan Sungai Ujong.

November
Orang Rembau membantu Datuk Syahbandar Sungai Ujong menentang Datuk Kelana. Orang Rembau turut membantu menawan Rasah daripada Datuk Kelana.

1875
Datuk Haji Sahil menyokong pelantikan Tengku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Seri Menanti.

Disember
Datuk Haji Sahil menuslis surat kepada Inggeris memberitahu bahawa beliau tidak terlibat dalam Perang Bukit Putus.

1876, 15 Januari
Datuk Haji Sahil perge ke Melaka untuk turut serta bersama Pembesar-pembesar Melayu Negeri Sembilan bagi membincangkan masalah Tengku Antah dengan Inggeris.

1877
Maharaja Abu Bakar mengunjungi Datuk Haji Sahil di kediamannya di Nerasau, Rembau.

31 Mac
Datuk Haji Sahil menandatangani surat perjanjian peribadi dengan Inggeris.

Jun
Suku Anak Melaka Kampung Bongek dan Bintongan menjadi suku yang berteduh di bawah naungan Penghulu dan tidak lagi berlembagakan Datuk Lela Wangsa.

Ogos
Datuk Haji Sahil menghadiri persidangan Pembesar-pembesar Negeri Sembilan anjuran Maharaja Abu Bakar yang diadakan di Segamat, Johor.

27 September
Datuk Haji Sahil menyerahkan Simpang kepada Inggeris melalui satu perjanjian.

1878
Datuk Haji Sahil mengiystihar Tampin sebagai sebahagian daripada wilayah Kerajaan Rembau.

Januari – Februari
Perang Kecil Rembau – Tampin meletus untuk beberapa ketika.

1879
Nov-Dis
Perselisihan antara Datuk Haji Sahil dan Syed Hamid membara semula.

1880, Januari
Rembau menyerang dan berjaya menguasai Tampin.

Mei-Jun
Atas campur tangan Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat, peperangan itu diberhentikan tanpa kemenangan mana-mana pihak.

1881
Pihak Inggeris (Weld) cuba menyelesaikan masalah Perang Kecil Rembau – Tampin tetapi gagal.

April
Datuk Haji Sahil dijemput oleh Weld untuk membincangkan masalah Simpang di atas kapal Pluto. Datuk Kelana Muhammad Yusof turut hadir dalam perbincangan itu.

Sempadan kawasan ditetapkan di Simpang.

1882
Perhubungan Rembau – Melaka terganggu akibat masalah sempadan bersama dengan Naning (Wilayah Inggeris).

Disember
Syed Hamid menjemput beberapa orang Datuk Rembau untuk mempengaruhi mereka agar menentang Datuk Haji Sahil.

17 Disember
Hervey ke Rembau untuk menjalankan penyiasatan dan mempbuat laporan mengenai krisis Rembau – Tampin.

18 – 28 Disember
Herver menemu bual Pembesar-pembesar Rembau dan Syed Hamid.

1883, Januari
Hervey menyerahkan laporannya kepada kerajaan Inggeris.

Februari
Laksamana Budin dihukum bunuh atas sebab menderhaka.

29 Mac
Datuk Haji Sahil dibicarakan di Melaka atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan Weld telah menjadi hakim dalam perbicaraan itu.

30 Mac
Datuk Haji Sahil dipecat dari jawatan Penghulu Rembau oleh mahkamah tersebut.

31 Mac
Serun telah dilantik menjadi Penghulu Rembau yang ke 16 dengan gelaran Datuk Sedia Raja.

Datuk Serun dan Pembesar Rembau telah menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris bersama-sama Pmebesar-pembesar Melayu dari Selangor, Perak, Sungai Ujong, Seri Menanti dan Linggi sebagai saksi.

Mei-Jun
Inggeris memberi pinjaman sejumlah $563.93 untuk pembangunan Rembau.

1887,
17 September
Rembau menandatangani satu lagi perjanjian dengan Inggeris. Dua pertiga hasil Rembau diambil oleh Inggeris dan satu pertiga dipulangkan kepada kerajaan Rembau. Kerja mengutip hasil dan kepolisan diambil alih oleh Inggeris.

Oktober
Hale dilantik menjadi Pemungut Cukai dan Majistret di Rembau dengan berpejabat di Tampin.

Sebuah pejabat daerah dibuka di Kendong.

1888
Pejabat Daerah dipindahkan ke Kampung Lada dan kemudian di Chenong, Chengkau.

1889, Mac
Datuk Serun menghadiri perjumpaan Pembesar-pembesar Negeri Sembilan dengan Gabenor Smith untuk menyatukan Negeri Sembilan.

Datuk Serun dan Syed Hamid tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Julai
Datuk Serun menandatangani perjanjian menggabungkan rembaud dengan Tampin, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Johol, Inas dan Gemencheh dan menerima seorang petugas British.

Disember
Nama petugas British itu ditukar kepadaResiden British.

Rembau diturunkan taraf daripada sebuah kerajaan yang berdaulat kepada sebuah subdaerah di bawah pentadbiran daerah Tampin.

1895, 24 Januari
Rembau menjadi anggota Persekutuan Negeri Sembilan yang lebih luas iaitu termasuk Sungai Ujong dan Jelebu.

1898, April
Atas desakan Inggeris, Datuk Serun serta penghulu-penghulu lain di Negeri Sembilan terpaksa mengakui Muhammad sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan melalui Perjanjian Antara Yang Dipertuan Besar Seri Menanti dan Undang Yang Empat.

Untuk kali pertama, istilah Undang digunakan secara rasmi menggantikan istilah Penghulu.

Datuk Haji Serun adalah Penghulu Rembau pertama yang menggunakan istilah Undang.

Datuk Haji Serun merupakan Undang Rembau yang pertama menerima elaun bulannan daripada Kerajaan Inggeris.



Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)


Ulasan : Ringkasan ini hanyalah sebagai garis panduan mengenai sejarah yang berlaku di Rembau. Banyak lagi peristiwa yang tidak ditulis oleh penulis buku. Kajian terperinci harus dilakukan mengenai sejarah Rembau. Rembau pernah disebut di dalam Sulalatus Salatin. Ini menunjukkan bahawa Rembau telah wujud sejak zaman Kesultanan Melaka. Meriam-meriam yang digunakan oleh tentera Melaka dikatakan dibuat oleh orang Rembau.


Danau Sisek Emas salah satu tempat yang harus diziarahi oleh YTM Dato' Undang Luak Rembau semasa upacara 'Kerjan'

Kuala Dadih merupakan tempat mendarat Raja Melewar sebelum meneruskan perjalanan ke Legung Hilir (Astana Raja)


Pelabuhan atau tempat berlabuh Raja Melewar bersama pengikut-pengikutnya. Masih terdapat kesan peninggalan dan tembikar-tembikar ditemui di kawasan ini.


Nagari Nan Tuo

No comments:

Post a Comment

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts