Sunday, September 25, 2011

Sejarah Rembau - Bahagian 1


Tarikh
Peristiwa

Abad 12
1. Kedatangan perantau pelarian ke Tumasik (Marsden)

2. Penghijrahan daripada Tumasik ke utara Semenanjung Tanah Melayu : Sang Hyang Hujung, Kelang dan Muar – membuka penempatan

Abad 13


±1260
1. Kedatangan perantau pelarian ke Sang Hyang Hujung


2. Perantau pelarian masuk ke pendalaman Sang Hyang Hujung meneroka kawasan Rembau : di tebing Sungai Penajih

Abad 14


1365
Penempatan di Sang Hyang Hujung di bawah takluk Majapahit (Nagarakartagama)

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara (dusun). (Abas Haji Ali).

± 1338
Kedatangan perantau peneroka dan pedagang ke Rembau. Mereka membuat penempatan sementara. (Newbold)

Abad 15


± 1475
Batin Sekudai dilahirkan

± 1490
Batin Sekudai berkahwin

± 1490an
Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong.

±1497
1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong

2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat

± 1498 – 1500
Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina

Abad 16


± 1500
Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang)

± 1501
1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau.

2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau

3. Rembau mencapai tahap nagari dalam proses metamorfosis penempatan Minangkabau

± 1502
1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho.

2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal

3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang

4. Nama Rembau bertukar daripada Perabukepada Merbau Tua.

± 1504
1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho

2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang)

1511
1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis

2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell)

1512
Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang)

1514
Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang)

1515 – 1516
1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor

2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok

3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai

1516 – 1517
Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan

1519 – 1525
1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau

2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak

1520an
1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat.

2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat

1524 – 1525
Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok.

1539 -1540
1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama

2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja

3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaran Datuk Sedia Raja

4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa)

5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh

1540
1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota

2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok

3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh

4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat

1540 – 1541
1. Ambo bin Si Rama dilahirkan

2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh danRembau Darat

3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok

4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinan Nang Besar

5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang (sekarang disebut Datuk Ngiang)

1555
1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia

2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua

1586
1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka

2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka

3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja

4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja.


Adakah ini Maqam Dato' Lela Balang dan isterinya Dato' Bungkal. Satu kajian terperinci harus dijalankan.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

1 comment:

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK NEGERI SEMBILAN

Popular Posts